Posted by reezluv | Posted in blogger | Posted on 03-09-2010
Apa yang bakal aku revealkan kat sini bukan skim cepat kaya atau judi haram ye. Ini khas untuk blogger..dan category post ni pun hanya untuk blogger sahaja tau. Kalau korang tau apa itu blogger dan juga blogging mesti ada yang mencari cara nak dapatkan income dari blognya kan?
Ini ada satu berita baik lagi menggembirakan bagi yang ada blog PR3 dan ke atas. Kalau korang sebagai blogger taktau PR tu apa, maknanya korang tak pernah gunakan Google dalam optimize dan monetize blog korang tu. Sebabnya? Hanya Google sahaja menganugerahkan PR kepada blog-blog pilihannya. Kepada yang tak terpilih tu, jangan kecewa, sebab setiap 3 bulan selalunya Google akan update PR..sama ada naik atau turun. Macam blog yang sedang korang baca ni, merupakan blog PR2 sejak penubuhannya. Dalam masa 3 bulan tak silap aku dapat PR2 dan still maintain dari dulu sampai sekarang.

Cerita panjang tak guna, jom klik RahsiaReward yang mana program ini adalah salah satu program duduk diam dapat duit..tak la duduk diam sampai tak bergerak gitu, tapi kena la buat sesuatu yang senang untuk melayakkan korang mendapatkan hasilnya. Apa yang best..amaun yang dibayar boleh transfer terus ke akaun Local Bank korang..fuh..best kan?
Posted by reezluv | Posted in info | Posted on 30-08-2010
Pada malam tadi di Chemor, Perak telah berlansung satu majlis berbuka puasa bersama Hot Fm dan juga 100 Plus selaku penaja rasmi bagi program Majlis berbuka puasa yang mana first time aku join dan jumpa dengan artis. Apa lagi, kesempatan yang ada, grab kamera la..puas aku tangkap gambar merata-rata..paling best dapat jumpa ngan Leya Hot Fm yang amat kiut tu walau dah ada anak dua..ehehe..
Sebenarnya program ini untuk pemenang, yang menang adalah officemate mak aku..so die jemput la mak aku dan aku sekali ke majlis tu..so ni la antara gambar-gambar pada majlis berkenaan



Posted by reezluv | Posted in blogger, info | Posted on 29-08-2010
Seorang blogger sejati sentiasa memikirkan yang terbaik untuk blognya. Tak kira la blognya ada satu, dua mahupun 100 bilangannya. Apa beza orang yang ada satu blog dan ada lebih dari satu blog? Kebiasaannya bagi mereka yang mempunyai lebih dari satu blog merupakan mereka yang mendapat pendapatan dari blog mereka. Tak kira la dari adsense ke, dari teks pengiklanan ke, banner pengiklanan ke, sebagai contoh cuba korang lihat sendiri apa yang ada dibawah ni.

Jelas dan nyata yang beliau inginkan sesuatu dari salah satu blog yang telah aku bina selama ni. Untuk pengetahuan korang juga, blog berkenaan sudah 3 bulan tak update pun..hehe..cuma masih menunggu jawapan dari pihaknya. Sekali lagi yang paling best adalah..advertiser tersebut merupakan dari UK. Hidup seorang blogger ni tak semestinya kita akan didekati oleh golongan tempatan sahaja. Kalau dah nama pun blogger, kalau tak pernah dihubungi oleh orang lain di luar sana tu, sure die bukan berblogging dalam kategori niche blogging.
Bagi yang dah biasa dihubungi oleh advertiser tu, mesti perkara di atas tu tak menjadi kehairanan. Ini disebabkan memang sudah lumrah, ramai yang inginkan promosi secara berkesan walaupun ianya gila!
Posted by reezluv | Posted in berita hot | Posted on 25-08-2010
Ketika ramai yang duk bising tentang bonus akhir tahun, Alhamdulillah kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa sejumlah wang akan diberikan kepada kesemua kakitangan awam bagi Gred 1 hingga 54 dan juga pesara kerajaan iaitu sebanyak RM500 sebelum Syawal menjelma.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Duitraya_RM500untukkakitanganawam_pesara/Article
Rasanya memang amat ditunggu oleh kesemua kakitangan awam yang mengharapkan sesuatu, dan juga mesti ada yang akan bising terutamanya kakitangan swasta. Mereka sudah pasti ada rasa tak puas hati walaupun mereka kekadang tu dapat bonus sampai 6-8 bulan gaji, tidak seperti kakitangan awam. RM1000 bonus tu pun dah kira banyak..ini kan pula bonus sampai 6 bulan gaji.

Antara perkara yang selalu diutarakan adalah kerja yang dilakukan oleh penjawat awam tidak berkualiti, lembab, selalu curi tulang dan sebagainya. Aku sebagai kakitangan awam juga tak dapat lari dari isu ini yang mana ianya bergantung kepada nilai dan akhlak bagi seseorang kakitangan awam. Untuk pengetahuan korang, semua kakitangan awam sebenarnya sebelum mereka menjawat jawatan yang sedia ada, mereka sentiasa diterapkan dengan aspek atau nilai integriti sebagai kakitangan awam demi menjawa reputasi dan juga prestasi kakitangan awam.
Mungkin ada segelintir yang amat selesa dengan kerja ‘makan gaji’ yang mana tiap ujung bulan akan ada je duitnya dan oleh itu, ramai yang bersikap sambil lewa dan tidak berusaha untuk memantapkan prestasi kerja mereka kerana takut digelar..“GILA KUASA” dan sebagainya.
Apa pun tahniah diucapkan kepada semua kakitangan awam dan semoga dapat mempertingkatkan prestasi diri dan juga prestasi kerja dari semasa ke semasa supaya tidak digelar sedemikian rupa.
Aku lega gak sebab raya ni leh gak la raya sakan sikit sebab ada duit raya tambahan dari kerajaan Malaysia dan juga duit raya dari Google..:P
p/s: dengar cite nanti ujung tahun ada bonus sampai RM2000..betul ke?