10 Sebab Kenapa Blogging Menyeronokkan

3

Posted by reezluv | Posted in blogger | Posted on 09-11-2009

Blogging atau menjadi seorang blogger tentu satu kerja yang tak pernah korang dengar suatu masa dulu. Kali pertama aku terbaca tentang blog adalah di Reader’s Digest. Pada masa tu aku terbaca tentang peningkatan jumlah blogger dan juga pembaca blog dikalangan masyarakat Asia. Masa tu aku taktau lagi blog tu sebenarnya apa..yang aku tau, cuma tempat orang meluah isi hati dan tulih cam diari hari-hari..

Tapi lama kelamaan apa yang aku anggap betul tu sebenarnya jauh dari imaginasi aku..orang dah boleh buat USD1000 atau lebih sebulan just buat blog, kasi orang baca..pergh..macam ada newspaper sendiri plak dan pasarkan seluruh dunia..haha..apa pun bukan aku nak cite camne nak buat USD1000 tu..tapi aku nak kongsikan kenapa blogging ni best bagi aku..ni bagi aku la..bagi korang aku taktau la kan.

Ok.Kenapa Blogging ni Amat Menyeronokkan? Sebab pertamanya adalah blogging ni..

1.Free To Write

-maksudnya cenggini, korang bebas untuk tulih apa je yang korang nak.Tak kira la korang nak cite pasal apa atau kongsikan pasal apa..tapi korang kena ingat, blogging ni ada rules yang tersendiri..barulah dinamakan blogger sejati dan mengikut peraturan..selalunya peraturan Google yang selalu ikut satu per satu..nak naik ranking la katakan..haha..tapi kalau kat Malaysia ni ada yang cite pasal politik tu, hati-hatilah sebabnya boleh membangkitkan rasa tidak puas hati atau kurang senang sesetengah pihak.

2.Masa Menulis Santai

-korang tak dibebankan dengan masa..korang boleh update blog korang bila-bila masa yang korang nak. Kebanyakan blogger yang sentiasa ingin Google cintakan blog depa…depa akan update selalu..sebabnya Google amat mencintai blog yang selalu update..haha..main-main cinta la plak..hahahaha..nak update 3 kali seminggu ke, tiap-tiap hari ke atau sekali je sebulan (yang ni tak digalakkan..hehe)

3.Pembaca Ramai

-mesti ada yang berfikir..betul ke ramai yang baca blog?Kalau tak ramai, takkan la setiap hari ada je wujud blog baru dan ada je pembacanya..cuma kena la pandai marketkan blog itu supaya dibaca..selalu orang akan pegi kalau content yang diletakkan tu seronok untuk dibaca dan info nya memang digilai ramai..

4.Dapat Duit

-betul ke pun blogging ni boleh dapat duit?Cuba korang rujuk topik ini untuk maklumat lanjut. Sape yang penah baca blog aku ni dari awal tentu tahu post aku yang ni http://reezluv.com/blogging-boleh-dapat-duit-ketanya-wanmus-tak-caya

5.Kawan Ramai

-kalau selama ni korang hanya ada kawan secara offline sahaja, tapi sekarang ni aku dah ada ramai kawan secara online. Walaupun kebanyakannya aku tak penah jumpa..tapi aku tetap happy sebab aku dah jumpa dah beberapa orangnya..antaranya adalah Rohaizad.com dan juga Wanmus.com. Memang tak sangka yang depa ni memang cool dan best bersembang..sembang dah macam lama kenal plak..padahal baru aritu je jumpa..haha..

6.Gain Knowledge

-jadi blogger ni sebenarnya secara tak langsung meningkatkan pengetahuan korang..terutamanya dalam bidang IT..kalau tak caya, tanya la mana-mana blogger yang dah lama tu..ada tak antara mereka yang taktau langsung apa benda tu HTML?kalau depa betui taktau tu..mereka bukan blogger sebenar..at least tau cara nak letak image, edit code pada theme dan banyak lagi..:D

7.Gain Skill

-macam-macam skill korang dapat asah masa blogging ni. Contohnya kalau selama ni korang menaip sikit punya lembab macam C70..sekali dah 3,4 tahun blogging, sambil tengok tv pun korang boleh update blog.(cam aku buat sekarang..hahaha..).Skill lain seperti skill menulis, skill berkomunikasi dan banyak lagi..

8.Creative

-jadi blogger ni seronok sebab korang boleh jadi seorang yang kreatif gak..tak caya ke apa aku cakap ni? Try korang post satu entry kat blog korang, then ada orang baca dan orang komen..ha..itu dah cukup membuktikan yang korang memang kreatif..sebabnya?Entry blog korang tu membuatkan orang minat nak baca dan komen di blog korang.Kenapa orang tu baca dan komen? Itu kita tak tau…hanya korang je tau jawapannya bile jadi blogger.

9. Minda Terbuka

-minda korang lebih terbuka kalau korang jadi blogger.Korang akan menerima segala kritikan dan juga pujian melambung kat blog korang kalau korang post sesuatu yang bermanfaat. Paling best kalau blog post korang tu siap masuk dalam paper atau majalah lagi tu..jadi popular la plak. Fikiran korang tak sempit dan korang akan cuba berfikir di luar pemikiran orang lain sebabnya korang kena attract orang untuk membaca blog korang tu..topik apa nak pilih dan sebagainya.

10.Blogging Itu ‘Cool’

-blogging ini juga cool sebab kalau ada orang tanya, “Apa ko buat, aku tengok rilek je ko beli Myvi tu, ko tak keje pun aku tengok, dah dekat 2 tahun..”, “Aku jadi blogger jek..:P“..itu je dah buat korang jadi cool..sebab jawatan blogger ni takkan korang dapat kat memane post di SPA atau mana-mana jawatan tetap dalam kerajaan..try le pi isi borang dan cuba cari jawatan blogger kat borang tu..mesti tak jumpa..melainkan korang kenal menteri mana-mana dan mohon satu post khas..jadi blogger untuk menteri..hehe..

Blog Widget by LinkWithin
Share and Enjoy:
  • Digg
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Ping.fm
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Yahoo! Buzz
  • del.icio.us

Related posts:

  1. Rezeki Blogging Di Petang Hari
  2. Blogging Boleh Dapat Duit Ke?Tanya Wanmus Tak Caya..
  3. Income Hasil Blogging dan Buat Duit Dengan Grafik
  4. US Semua Hebat, Realiti Atau Fantasi?
  5. Reezluv.com Akan Berubah Wajah Ke?

Comments (3)

Aku suka yang nombor 10 tu..hehehe. Bila la SPA nak open post as BLOGGER

setuju. Sebab tu ramai orang suka menulis blog. Sebab apa? banyak sangat sebab untuk menulis blog. ni baru 15 sebab aje..banyak lagi tu..

Paling penting, blogging boleh gain knowledge.

Copy Protected by WP-CopyProtect Thanks to Chetan.

Dont want to go to the cinema? Watch Movies Online.