Komputer merupakan salah satu alat terpenting yang korang perlu ada kalau korang nak berblogging bukan?Sudah semestinyalah connection internet juga perlu. Tetapi kekadang ramai yang tak tahu sangat buying guide pasal komputer ni sebab kebanyakan mak bapak memang akan beli jek selagi ada duit.Tak gitu?
Aku dh tgk fenomena ni dah lama sejak 2,3 tahun lepas dan melihat gelagat mak bapak yang belikan komuter komputer untuk anak mereka semasa PC Fair berlangsung.Ha..korang pun beli gak ke?hehe..aku selalu gi PC Fair tgk barang apa yang murah..selalunya RAM,Hard disk,Pendrive antara barangan yang amat laris la gak masa PC fair dan ramai gak la yang duk rambang mata dengan spec-spec komputer yang ‘bagak’ punya gile dan harga pun standard ar kan..berbaloi ar dengan spec yang diberikan. Kalau 10 tahun dulu sebuah PC amat mahal.Kalau anda ada bajet RM3000-RM4000 rasanya masa tu anda hanya dapat P4 punya PC,Hard Disk 40GB,RAM256mb, tul tak?Tapi skang neh?Kalau bajet RM4000 tu rasanya korang dh bleh bukak studio muzik rasanya kat umah dengan peralatan yang ada..hahaha..
Oklah..cukup aku membebel..meh aku nak kongsikan antara buying guide yang perlu korang patuhi kalau korang nak belian korang itu berbaloi.
1.Jenama ke Brand?
-dua perkara yang sama tapi tak serupa..banyak syarikat komputer mempunyai brand..tapi tak semua mempunyai jenama..means?Jenama yang dikenali dan juga reputasinya amat baik dikalangan penggunanya.Ini adalah fahaman aku sendiri, so korang jangan la amek ‘port ‘ sangat eh..hehe.Pilihlah antara jenama komputer yang banyak terdapat di pasaran dan dikenali ramai dikalangan top 10
-meh aku kasi antara jenama komputer yang disegani ramai:
i.Apple
ii.Compaq/Hp
iii.Sony
-bagi aku dua jenama tersebut adalah menjadi pilihan kalau nak beli komputer.Reputasi memang number 1!
2.Kemahuan atau Keperluan?
-sini ramai yang keliru antara kemahuan dan juga keperluan.Contoh:Amir nak beli komputer untuk digunakan untuk buat kerja sekolah,buat assignment,folio,etc..Dia request kat bapak die suh beli komputer macam iMac atau Sony Vaio.Bapaknya pun belikan la iMac yang HDnya sampai 1TB, RAM4GB..
-cuba korang pikir,adakah itu satu keperluan?Biasanya kalau spec seperti itu sama ada korang adalah video editor ataupun seorang graphic designer layaknya..Selalunya kalau untuk basic usage takat nak taip2 atau print surat dan hantar emel atau mungkin buat web sedikit2..cuba tgk spec camni kat kedai :
Hard Disk-below 160GB
RAM-Minimum 1GB
Contoh komputer di pasaran:HP,Compaq,Dell dan banyak lagi yang bleh dpt spec camtu lau tak silap.
3.Cari banyak kedai
-Ini rasanya selalu anda buat bukan?Tips ni mesti ramai yang dah tau.Tapi nak tau kedai mana tu agak adventure juga.Jangan sesekali pegi cari di Jusco atau di pasaraya seperti Tesco dan banyak lagi.Korang akan rugi kalau korang pegi tgk kedai komputer cam Lowyatt atau Yik Fong.
4.Review
-baca review mengenai komputer tersebut diinternet dan juga pastikan anda cari komen2 mengenai komputer tersebut di internet.Download di Youtube atau tanya rakan anda yang pernah membeli komputer berkenaan.
5.Masih dalam Bajet
-ni selalu orang miss tgk..memang pada mulanya korang akan rasa murah beli,then setelah dipujuk dan diracun oleh salesman tu,maka korang pun add lagi barangan yang tak perlu bagi korang.Contohnya,Sebakul CD-R atau DVD-R,glossy paper, dan sebagainya atau mungkin monitor atau speaker yang Maha hebat!Jangan beli!Itu karut saja..hahaha
6.Laptop atau Desktop?
-kedua-duanya mempunyai pro dan kontranya.Antara kelebihan desktop berbanding laptop adalah, korang bleh tukar ganti spare part dalam casing korang tu cam keter..nak jadikan Wira korang tu Evo?Takde masalah kalau ada duitnya..camtu la kalau korang beli desktop.Korang bleh jadikan desktop korang tu macam studio muzik,TV dan sebagainya. Kekurangannya dah tentu la takleh nak bawak gi memane ye tak? Takkan nak heret ke mana pegi kan?
-Kelebihan laptop pula adalah lebih ringan dan juga memudahkan korang nak wat keje di sana sini.Dan juga kebanyakan laptop skang ni dah ada built in wireless dan terbaru korang bleh surf internet terus dengan NETBOOK.Paling tak best tentang laptop ni adalah korang takleh nak convert apa-apa pun.Cuma korang bleh upgrade RAM jek..siot je kan..tapi pastikan korang beli yang lasak kalau korang selalu gi travel sana sini.
7.Service Center kat Mana?
-haha..kalau korang terer cuba korang cari kat mana ye Authorised service center jenama laptop /desktop korang kat mana sekarang jugak?ha…dapat dah?Kenapa penting?Sebabnya korang bleh dpt full support dari service center dari korang gi kedai untuk tanya apa masalah..kan?
8.Knowledge is Powersupply..
-ini adalah paling penting bagi penggunaan komputer
.Jangan korang taktau yang ada sesetengah user ni taktau pakai pun.Cuma tau guna internet jek.Tapi penjagaannya taktau. Jangan malas nak belajar tips penjagaan komputer korang.Jangan main belasah je sebelum beli.Korang kena la tau komputer korang tu bape lama gak warranty nya dan juga apa software yang patut korang install dan tidak.
9.XP ke Vista ?
-ini soalan biasa depa tanya..ni Vista ke XP? ori ke tak? Sepanjang pengalaman aku duk tanya ngan sales person tu, biasanya korang takkan dpt CD tu.Aku pun taktau nape die kasi CD Recovery jek.erm..kalau betul dh install ori OS kat dalam tu nape tak kasi jek Box nya sekali beserta semua code yang adalah dalam cd pack tu eh?Ini salah satu yang aku duk musykil sampai skang. Mungkin ada yang pernah jual komputer bleh jelaskan..hehe.
-aku suggest korang gunakan XP dari Vista..tapi terpulang la kan kat korang..aku lebih prefer XP sebab sudah lama dipasaran dan tidak ada masalah untuk cari software untuk Win XP.Driver pun senang nak cari kalau CD ilang..hehe.
10.Check PC/Laptop Selepas Beli
-pastikan korang suh die tunjukkan satu-satu dalam description yang korang beli tuh.Antaranya adalah seperti Processor biasanya dalam unit Ghz atau Mhz,untuk RAM biasanya dalam unit MB,Hard disk pula dalam unit GB dan jangan lupa korang check sama ada diinstallkan sekali office kat dalam tu.Selalunya ada,tapi sekarang aku taktau la ada ke tak.Tanya la dulu sbelum beli tu
Tips lagi skek:
Antivirus-pastikan juga ada diberikan antivirus atau korang bleh beli sndiri Antivirus yang murah skang ni iaitu Kaspersky.
Related posts:

Saya tengah cari computer / laptop untuk kerja2 harian saya. Saya memerlukan perkakasan adop photoshop kerana saya bekerja dalam bidang fotogerafi. Apa jenama komputer / laptop yang sesuai dan berapa bajet nya
untuk yang menggunakan perisian Adobe Photoshop sahaja, sekarang ni komputer pun semua dah update dengan motherboard dan grafik kad yang power..untuk suggestion, saya rekemenkan beli iMac. Sebab dapat true colour dengan iMac tu..Bajetnya dalam RM5K-RM8K sahaja..:D
kalau tak mampu, boleh beli je mana-mana desktop yang ada di pasaran sekarang ni..laptop pun boleh..contohnya seperti HP Pavillion..pun ok, Sony Vaio pun ok
tq tengah jengok2 untuk dapatkan yang agak termampu
Salam..
saya baru belajar dlm bidang komputer ni dan saya ingin membina sebuah desktop.
Komputer ni di gunakan utk membuat keje2 pejabat je dan utk main game..
1) apakah perkakasan yg perlu saya beli ( isi perut dlm CPU cth moterbord, internal modem dll)
2) Spec peralatan tersebut dan jenama
Aku senang jer , desktop rojak , Bajet dalam 2000 pandai-pandai pusing duit . Hari tu aku beli desktop rojak dalam 2000 dapat 23 Led Full HD , I5 Proccessor , 2GB Ram , 1GB Graphic Card , Intel Motherboard , 500 GB hardsik .
Lagipun desktop rojak nie boleh ubah suai macam-macam . Sesuai untuk kaki-kaki komputer nie.
Sedangkan kalau laptop baru I3 processor .
“ini soalan biasa depa tanya..ni Vista ke XP? ori ke tak? Sepanjang pengalaman aku duk tanya ngan sales person tu, biasanya korang takkan dpt CD tu.Aku pun taktau nape die kasi CD Recovery jek.erm..kalau betul dh install ori OS kat dalam tu nape tak kasi jek Box nya sekali beserta semua code yang adalah dalam cd pack tu eh?Ini salah satu yang aku duk musykil sampai skang. Mungkin ada yang pernah jual komputer bleh jelaskan..hehe.”
Kalau komputer tersebut didatangkan dalam keadaan pre-install atau OEM anda memang tidak akan mendapat cd/dvd Microsoft Windows tersebut. Anda hanya mendapat CD/DVD Recovery sahaja. Ini berbeza sekiranya kedai tersebut atau anda sendiri yang meng-install OS tersebut. Harap anda faham dengan penjelasan saya. Terima kasih.
salam…ada orang tak?? aku baru pegi pc fair baru2 ni kat klcc usha2 laptop.aku ingat nak angkut satu.usha2 ada 2 laptop yg dalam perhatian..
1) Lenovo G450
-intel C2duo T6600
-DOS
-2gb ddr3 sdram
-320gb sata hdd 5400rpm
-dual layer multiburner drive(dvd-rw)
-nvidia geforce GT210M 512mb
-14.1 WXGA LED
-6cell Li-ion
-1 year carry-in regional warranty
-wifi
-bluetooth
-webcam
-Rm1999
2) ASUSK40in c660
-intel C2duo T6600
-DOS
-2gb ddr2 ram
-nvidia geforce GT102M 512mb vram
-14? HD
-1.3pixel webcam
-8x super multi-double layer DVD Rom
-WiFi
-RM2199
aku student lagi n suke gak men game.. bajet around Rm2k …kalo ikutkan nak amik lenovo tu, lg murah n cam lagi power… tapi skrin die WXGA jer..jauh beza ke WXGA ngan HD?? :unsure: pastu aku tgk kat lowyat.net(http://www.lowyat.net/v2/latest/should-you-get-extended-warranty-for-your-laptop-when-available.html) lenovo antara brand brand failure rate paling tinggi dan asus yang paling rendah..aku ada usha2 kat blog2 org len ramai kate asus paling tahan, pakai 4 thn pon smootth jer..pe pndpt korg?? ataupon ada suggest model lain ke?? aku mmg xde experience langsung pasal laptop nih..aku harap sangat ada org reply n jutaan time kasih kalo sudi tolong aku dapatkan yg terbaek ….salam… :blush:
laptop untuk main game?yap..memang ASUS yang jadi pilihan dari Lenovo..setakat yang aku tahu banyak review..ASUS la the best kalau nak compare kan dengan Lenovo dari segi gamers punya spec ar..laptop edition..tapi baik pakai desktop dari laptop untuk men game..lagi power..upgrade ar graphic card power2…haha
aku terasa kapersky terlalu berat bagi aku.. hohoho sekarang ni aku menggunakan laptop tapi semakin hari semakin susah aku nak guna latop ni.. hohoo tak mampu weh nak buat kerja berat-berat ni..
ha.sekarang aku pakai laptop.rasa cam nak angkat yang lagi best bila baca tips ni.anyway dah banyak dah upgrade n harganye pon boleh tahan.