Kenangan The 80′s

YouTube Preview Image

aha..zaman 80 an, adakah anda seorang yang lahir pada tahun 80 an atau tidak? Jika anda dalam kategori berkenaan sila tinggalkan komen dan juga ingat kembali lah, apa la yang rasanya digilai oleh ramai orang pada masa tersebut.

Aku lahir pada tahun 84 dan aku juga dah terkena tempiasnya walau zaman kanak-kanak aku masa 80an tu kejap je. Zaman rock kapak yang mula-mula sekali aku kenal.Masa tu kumpulan rock macam Search,BPR,Wings dan ramai lagi la. Memang hot masa tu aku cakap. Aku ingat lagi masa aku kecik, memang pakcik aku yang masa tu belum kawen ikut trend wo..pakai baju ala-ala rockers..jeans koyak kat lutut, pakai key dan sebagainya..

YouTube Preview Image

Then kalau korang perasan zaman b boy ala-ala acapela. Masa tu 4u2c plak menjadi igauan ramai anak muda sama ada laki atau pompuan. Lagu ‘Fiona’ yang aku bleh ingat skek2 bait-bait lagunya..tapi tak hafal. :P Lepas tu plak muncul lagi kumpulan seperti Exist, serta ramai lagi yang amat popular pada masa tu. Rasanya Siti pun belum muncul lagi.

Zaman kegelapan dunia rock kapak pun bermula apabila 3 orang anak muda yang korang kenal sampai skang ni yang digelar KRU menerobos ke alam hiburan tanah air pada masa tu memeranjatkan ibu suara semua orang..haha.(cakap macam wartawan hiburan la plak…:P) Lagu-lagu mereka meletup dengan AWAS! meletup terus budak 3 orang neh. Fuh, sampai semua masa tu tukar dressing ke ala-ala hip hop la konon dan muncul la lagi plak Nico dan ramai lagi yang seangkatan dengannya..

Dan sekarang, aku rasa lagu-lagu evergreen seperti Jamal Abdillah,Search,WIngs tetap lagi jadi pilihan kalau nak gi karaoke. Tak caya tanya le sesape pun. Tapi sesape yang lahir lewat 90an mesti tak best..sebab zaman tu dah muncul dah modern rock dari barat dan juga runut-runut bunyi dari indon..

Antara lagu yang aku rindu nak dengar adalahdari,Manbai,Medicine,Mega,Ekamatra,Gersang,Fotograf,Kris,Blackrose dan banyak lagi..

Popularity: 1% [?]

Related posts:

  1. Juara AJL 24 Milik Aizat
  2. 5 Kenangan Masa Raya Puasa
  3. Saya Masih Ingat by MOCCA
  4. Cinta Sayangku Dalam Kenangan…
  5. This Is It Michael Jackson Review

Dapatkan FREE Updates:
*Please click on the confirmation link sent in your Spam folder of Email*
Recent Related Posts

9 thoughts on “Kenangan The 80′s

  1. wah rupanya kita sama tahun daa 84. aku layan banyak yg kapak2 tangkap leleh la. BPR punya lagu2 yang sedu sedan boleh layan. tapi btul la kata ko, fiona tu mmg kegilaan, boleh kata satu kelas gak la hapal, fiona…tercipta lah irama..cinta kita~ itu je aku igt, lebih skit dari ko :p

       0 likes

  2. ohhh… lagu2 diorang memang best, kalau perati lirik lagu pun best, bukan macam sesetengah lagu sekrang , lirik pun macam dah kurang sentuhan seninya.

       0 likes

  3. hahaha… rock kapak la best..
    evergreen beb.. dari dulu sampai sekarang, masih ramai lagi org dengar.
    tak lapuk dek ujan, tak lapuk dek zaman, tak lapuk dek masa, tak lapuk dek muzik terkini, tak lapuk dek……………..
    banyak betul aku ni… lol
    hmmm, aku suka dgr lagu memburu impian (ost citer yg faizal hussein berlakon, lupe tajuk)..
    best giler r, dgr je, mesti terasa memburu impian aku yg tak tercapai-capai lagi ni.. hehe

       0 likes

  4. laa muda lagi ko niih aku plak sampai skang memang minat giler kat otai rock search maser tuh jugak zaman raper 4u2c perg seluar semua besar2 baju pun besar labuh … pakai cap ….yang aku tak lupa pasal 4u2c lagu rayer diaorang Selamat HARI raya ,hari mulia, sambil menari ala ala sopan melangkah-langkah jerk …. kalo terkenangkan zaman dulu rase rindu plak nak jadik budak2 balik

       0 likes

  5. wah.jiwa kita sama la.aku pon layan gak search,wings,4u2c dan cam2 lagi grup time tu. skrg ni tgh hot konsert jelajah search. jom la layan.amy search masih mantap agi even umur dia dah masuk 50.

       0 likes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>