Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet | Posted on 15-06-2009

Kedai Online memang ramai yang nak buat pada zaman sekarang dan ramai yang secara mudah menggunakan medium Blogger atau blog sebagai platform untuk mereka mempromosikan produk dengan mudah dan percuma. Tetapi adakah mereka tahu bahawa jika mereka menggunakan blogspot sebagai web promosi mereka terdapat beberapa kelemahan yang tak dapat dikawal, antaranya adalah seperti:
1.Jika Google mendapati anda melanggar mana-mana syarat yang dikenakan atau mungkin web anda di flag oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, RISIKO untuk web anda hilang adalah tinggi.
2.Anda tidak ada sistem pembayaran yang fleksibel dan anda sukar untuk mengawal produk anda apabila ianya telah listing dengan banyak kategori.
3.Kredibiliti anda sebagai penjual tidak nampak professional dan sukar mendapat jualan yang tinggi jika kurang promosi
Antara kelebihan pula jika anda menggunakan hosting sendiri dan install shopping cart di hosting anda dan anda customizekan shopping cart anda itu:
1.Anda mudah untuk menyusun setiap kategori produk yang anda ada.Tidak ada masalah jika produk anda menjadi bertambah banyak dari semasa ke semasa.
2.Anda mempunyai sistem pembayaran yang mudah dan nampak professional di mata pembeli dan pembeli akan merasa lebih yakin dengan web yang lebih professional.
3.Anda mempunyai ruangan contact/support yang membolehkan pembeli mengadu atau menanyakan pelbagai soalan mengenai web atau produk yang anda jual di web anda itu.
Jadi, mana lagi baik?Sistem Kedai Online atau menggunakan blogspot sebagai medium pemasaran?Semuanya terpulang kepada anda.Kos untuk anda mendapatkan sebuah kedai online hanya semurah +-<RM200 sahaja jika anda mendapatkan hosting company yang berpatutan.Bagaimana nak pilih hosting yang baik? Sila rujuk di post Tips Penting Pilih Hosting Yang Baik di post sebelumnya.
Bagi yang dah pro tu tentu menganggap ini semua kerja mudah sahaja dan mereka sudah tentu mempunyai laman kedai online mereka sendiri dan telah menghasilkan ribuan ringgit menerusi kedai online tersebut.
Terdapat pelbagai jenis Shopping Cart software di pasaran, antaranya adalah seperti Zen-Cart,osCommerce,Magento, Cubecart dan banyak lagi.Semuanya terpulang kepada anda untuk mendapatkan yang mana satu pilihan anda sama ada secara PERCUMA atau berbayar.Boleh rujuk 35++ Online Shopping Cart untuk maklumat lanjut tentang jenis shopping cart.
Untuk mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang kedai online, anda boleh mendapatkan pelbagai produk digital dan juga buku-buku di kedai-kedai berhampiran.Insyallah nanti aku akan keluarkan satu report free untuk anda dapatkan info menarik tentang Bagaimana Anda Mampu Install Sendiri Kedai Online Anda dan bagaimana caranya anda dapat promote produk anda dengan lebih teratur dan berkesan.
Related posts:











kalo boleh buat dengan percuma dan kena dengan gayanya memang mantap laa. kalo yang tak der idea bleh jugak upah orang lain untuk mantapkan lagi kedai online.
bleh try nih untuk ke sekian kalinya secara percuma…
aku sekarang syorkan guna magento, prestashop atau joomla utk buat kedai online..
sebab semuanya opensource.. boleh buat secara percuma je..
tak lama lagi aku nak setup satu kedai online gak.tapi pasaran m'sia la..agak2 ko,antara 3 yang ko list tu mana bleh dapat template best2?atau ko ada template joomla ke.Senang2 ko je la aku hire setupkan,bleh?kasi tmplate lawa2 ke..hehe..bape eh caj?hihi
ko tak nak hire aku ke reez. hehe
boleh,tapi aku kena tgk dulu la contoh yang ko dah buat..hehe
mantap .. dah ada servis tu.. meamng baguslah pendekargrafix. teringin gak nak tengok contoh
aku lebih suka guna joomla dengan virtual mart. user friendly and nampak pro. he
first time aku dengar virtual mart.. hehehe boleh cuba ni..
Bro .. memang penjelasn yang menarik .. namun begitu saya nampak rami yang buat blogshop guna blogspot memandangkan mereka baru berjinak2 dalam bidang ini.
perasan jugak memang ramai yg guna blogspot. myb lebih senang guna kot
kalau nak bina kedai online untuk percetakan macam kad perniagaan, kad kawin.. ape yang sesuai ek…
yang dicadangkan pon agak sesuai dengan sedikit touch up yang cun2… hohoohoh
menarik jugak kedai online ni.. hohoh sekarang ni semakin ramai tgah naikkan jualan internet diorang…
pakai WP dan guna theme berbayar di themeforest.net. cute dan smart