Tips Beli Hosting Untuk Web Anda

Hosting dan domain memang tak dapat dipisahkan kalau korang nak buat bisnes internet dengan lebih serius lagi..Kenapa? Cuba korang tgk di dunia offline, adakah ada yang menjual di kedai tu tak dikenakan sewa kedai oleh penguatkuasa tempatan? Kecuali la dia meniaga secara haram kat tepi jalan kan..

Ok, mari aku berikan sebab kenapa anda perlu ada hosting sendiri untuk buat bisnes internet:

1.Anda mempunyai kebebasan mutlak untuk masukkan apa sahaja kandungan yang anda inginkan.TAPI..biasanya syarikat hosting di Malaysia menetapkan syarat tertentu tentang kandungan yang anda boleh isikan dan publishkan as a web di internet.Sebagai contoh, ada yang melarang anda membuat web porno,web yang ada unsur-unsur phising atau mana-mana yang melanggar Undang-undang SKMM.So check dulu syarat yang web hosting anda kenakan kepada pelanggan mereka.Jika di luar negara, saya tiada pengalaman lagi.

2.Anda boleh mendapatkan alamat email anda dengan percuma sahaja dan ianya lebih professional.Contohnya jika anda reply email seperti ini ke salah seorang pelanggan anda dengan alamat email admin@domainanda.com.Jika anda sebagai pelanggan melihat anda seorang yang professional dan serius dalam perniagaan anda. Tapi bagaimana pula jika ada yang hanya menggunakan email free seperti Yahoo, Google dan lain-lain? Tak salah sebenarnya, malah ramai diantara IM-IM tempatan menggunakan email free untuk menjawab pelbagai persoalan dan check jika ada income masuk atau apa sahaja kerana web Yahoo atau Google 99% kebarangkalian server mereka akan down.Tapi ada kemungkinan jika anda menggunakan email domain anda sendiri, jika server anda down, anda tidak dapat access ke email.So bahaya bukan?

3.Kebanyakan web untuk anda join memerlukan anda menggunakan laman self hosted untuk submit ke site mereka jika anda membuat permohonan ke program mereka seperti CPA,Sell Text Links dan sebagainya.

Baiklah tak nak cakap panjang lebar, jom mari aku kongsikan beberapa tips mudah dan ringkas untuk anda membeli hosting anda.

1.Pastikan anda siap sedia dengan domain name yang anda inginkan.Buat research dulu keyword anda.Check dahulu sama ada domain anda sudah dipunyai atau belum

2.Jangan dan JANGAN sama sekali terpengaruh dengan OFFER GILA yang syarikat hosting itu tawarkan.Sebagai contoh Company Hosting A menawarkan Pakej Unlimited Webhosting dengan FREE domain selama 5 tahun.Unlimited Bandwith dan banyak lagi yang unlimited.KARUT!!Kalau anda pernah terbaca ini, tinggalkan segera web berkenaan.

3.Pastikan anda search di internet dahulu komen orang ramai tentang company hosting berkenaan.Jangan setelah dapat 1komen yang mengatakan web hosting ni amat bagus, terus sahaja beli tanpa fikirkan dahulu apakah antara kelebihan dan kekurangannya.

4.Anda hubungi sendiri web hosting berkenaan melalui contact page yang mereka sediakan untuk pelanggan mereka. Tanyakan mengenai berapa lama ambil masa untuk aktifkan akaun anda dan tanya juga beberapa perkara lain seperti proses transfer domain berapa lama atau adakah boleh jika anda ingin tukar ke web hosting lain dan berapa lama pula masa tersebut dan apa yang perlu.Jika anda mendapat reply dari syarikat hosting berkenaan kurang 24 jam.Saya amat syorkan anda mengambil hosting berkenaan kerana support hostingnya begitu pantas.Jangan hanya tanya sekali dua..tanya berkali-kali sampai anda puas hati.

5.Tanya juga soalan adakah hosting web mereka berada di dalam server yang sama.Ini boleh menjadi masalah apabila hosting anda down dan anda tidak dapat access ke laman mereka untuk menghantar email pertanyaan tentang hosting anda.

Sekarang mari aku tunjukkan pula antara kerugian yang ditanggung jika anda tersalah pilih hosting:

Aku rugi beratus-ratus RM sehari dua ni

Ini pula quote dari Saudara Mazlie:

pagi tadi sekali lagi problem dengan salah satu laman web utama saya. Nak tranfer file tak boleh, kata disk full. Menatang ape fullnya, saiz 200MB sedangkan file yang dalam server tu tak sampai 10MB pun.

Bila email, diorang cakap dah ok. Sory, ada benda nak setting. Lupa nak inform

pelanggan yang dihargai (server i-xxxx),

Kami memohon maaf atas masalah yang berlaku dalam tempoh 2 hari ini. Ia berpunca daripada server utama kami yang mengalami masalah kerosakan powersuply. Kami tidak sempat untuk menghantar email kepada anda
disebabkan email server kami berada dalam server yg sama.

Antara lain, baru sahaja sebentar tadi server mengalami masalah database connection dan masalah ini berjaya ditangani segera.

Sehubungan itu, kami memohon jasa baik anda untuk memberikan maklumbalas agar kami dapat memperbaiki mutu perkhidmatan kami. Kami memberi jaminan perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi.

Sebarang masalah, sila hubungi kami segera melalui support ticket. http://xxxxx

Kami Memohon Maaf dan Segala Kesulitan Amat Dikesali.

Dah tgk akibatnya kan?mari kita tgk pula antara webhosting yang paling digemari dan aku suggest untuk beli:

Ini merupakan post dari saudara gmos di forum WC:

edia maklum kalau website luar ni slow sikit..
kalau market malaysia elok amik yang duk are sini ja..

alternatif =

1) exabytes – mahal sikit tapi mmg antara yang terbaik di malaysia
2) datakl – tak mahal dan tak murah jugak. juga tiptop
3) serverfreak – sama macam datakl
4) ipserverone – mahal sikit tapi prestasi server/uptime mmg baik
5) internet-webhosting – support cemerlang, harga berpatutan, tinggal ada dengar2 kekadang tu oversold, jadi ikut nasib la.kalau dapat server dia yg ok mmg takde masalah..

tapi nasihat saya, bila anda yg buat pelancaran ebook ni..elok amik pakej yg power sikit..amik semi dedicated ataupun VPS/VDS terus untuk sebulan dua…sebabnya kalau produk kita ‘letup’, dan kita pakai shared hosting, boleh jadi cpu proses kita overlimit..dah server akan problem..
bila dah bukan kedua atau ketiga atau bila kita tengok traffik dan normal baru kita pindah ke shared..sekadar cadangan

p/s:aku buat post ni supaya korang tak silap langkah macam aku..hehe..

Popularity: 2% [?]

Related posts:

  1. Cara Install Backup Di Hosting Anda
  2. Hosting Mana Best Untuk Blogging?
  3. Tips Elak Email Dipenuhi SPAM
  4. 3 Akaun Hosting, 3 Domain Untuk Diberi
  5. Tips Grafik 5:Bagaimana Membina Portfolio Anda Yang Pertama?

Dapatkan FREE Updates:
*Please click on the confirmation link sent in your Spam folder of Email*
Recent Related Posts

22 thoughts on “Tips Beli Hosting Untuk Web Anda

  1. Salam,

    Kalo domain atau hosting oversea, yang saya tahu otai2 kita cadangkan Godaddy (domain) dan Hostgator (hosting & domain). Tapi saya setakat ni baru pakai netKL.Ok ja performance. Support pun laju.

       0 likes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>