Tips Ketika Cuaca Panas

10

Posted by reezluv | Posted in info | Posted on 08-06-2009

Sekarang ni di tempat aku iaitu di Ipoh mengalami musim panas yang rasanya amat luar biasa dirasakan.Tak pernah rasanya sebelum ni sampai pukul 6 pun masih boleh jemur baju dan kering di luar..ha..bayangkan betapa teriknya bila waktu tengah hari.

Mungkin di tempat korang tidak berlaku dan ada yang tak ambil peduli sebab rumahnya ada aircond..hehe..umah aku takde..so berkipas la atau berlenggeng(tiru ayat orang Johor,betul ke?..hihi..) la kat dalam bilik aku neh..

Ok, jom kita sama-sama kongsikan antara tips yang perlu korang semua leh apply masa cuaca panas ni:

1.Banyak minum air masak.Diulangi..air masak ye..bukan air Coke,Pepsi,7Up dan pelbagai lagi minuman bergas lain yang bagi aku memang tak elok.Ini untuk mengurangkan dehidrasi serta mengimbangkan suhu badan.DIgalakkan minum lebih 12 gelas sehari.kiranya kalau lebih satu botol besar air mineral tu la.kalau 10 botol sekali pun orait gak, tapi kang tak lalu nak jalan plak..

2.Pakai pakaian yang sesuai ketika cuaca panas.Mungkin korang tak pernah dengar kan?Tapi ini juga tips berguna untuk korang.Jangan pakai short yang terlampau short(terutamanya pompuan) bila kuar rumah tu.Jangan plak berani je korang gi sidai baju depan rumah pakai t-shirt labuh je…fuuhh..banyak mata memandang nanti…bahaya ooo..Digalakkan korang pakai pakaian yang berwarna selain hitam,kerana hitam akan menyerap haba, so korang nanti akan bertambah panas le..

3.Mandi dari bawah ke atas.Ek?camne le tu..maksud aku, kalau korang pakai gayung, curahkan dari kaki dahulu..dan sambil tu baca selawat..curah sampai at least 3 kali..7 kali pun takpe..memula dari kaki then peha..then bahu dan akhir sekali kepala la..selalu mandi gak bagus ketika panas ni..tak la ada bau yang tidak diingini.

4.Makan buah-buahan, sayur-sayuran segar.Dikala musim panas ni elok korang gi beli buah-buahan seperti epal hijau (cam aku ngah makan neh..) untuk korang punya diet..eh ada kena mengena ke…ada juga buah yang boleh sejukkan badan korang..tak ingat la apa nama buahnya..cuba korang tanya mak atau opah korang..mesti depa tau la..

5.Kurangkan aktiviti di waktu 11-3 petang..kalau korang nak buat aktiviti luar seperti bersukan ke apa ke dalam tempoh waktu tersebut, tak digalakkan la..kalau nak gi jogging tu elok pagi atau petang sahaja..sebabnya?Jogging waktu pagi adalah untuk bakar lemak, dan jogging waktu petang adalah untuk endurance..so memane pun boleh..

6.Pegi shopping (ini tipu) sebabnya..shopping complex ada air cond..so memang sejuk..tapi poket korang akan jadi panas nanti..

So selamat menghadapi cuaca panas di Malaysia..ramai mat saleh minat cuaca cenggini..nape tah..

Sedikit hiburan untuk korang masa cuaca panas ni

YouTube Preview Image

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Kasi Panas Di Malam Hari
  2. Cara & Tips Hebat Membeli Produk Digital
  3. Tips Memilih Kamera, Apa Yang Anda Harus Tahu?
  4. Rezeki Blogging Ketika Demam
  5. Pertandingan Semakin Panas…

Comments (10)

hohoh memang panas skrg ni.. terasa cam nk dok dlm peti ais je tiap2 hari…

kalau panas, aku suka tidur. Itu lagi mudah. Hehe..

tempat aku pun panas jugak… tp aku suke layan cendol

hehe. ko wat lawak la reez. p kat trg, kat kg aku pun panas jgak,rumah aku lagi panas, pemakan oksigen ramai kat umah ku. he

ngah2..kat mesir xda ais kacang..shopping complex pun xbanyak :)

ko macam duk kat mesi je sekarang ni, he

panas2 macam ni, sellau dok depan PC jer, kalau nak kuar pun rasa malas.. tapi kalau keluar mesti terpikir nak gi cari cendol.
Fuhh.. sedap betul nampak ABC tu

aku duk lepak dalam opis, jadi tak pasan panas sangat kat luar

ala….Pic ABC ko x berapa myelerakan aku la.. tp picture ABC usz kat mpc tu, buat aku terliur..
baik ko letak pic tu…hahaha =P

hoho tengok lagi sekali memang agak kurang menyelerakan sebab warna dia tak pelbagai.. hohoho kalau ada macam-macam warna ni lagi menggiurkan ni..