Tools Penting Grafik Design

7

Posted by reezluv | Posted in grafik | Posted on 07-06-2009

Graphic design adalah suatu bidang yang amat luas..sama ada korang sedar atau tak ada banyak part dalam graphic design ni yang korang atau aku sendiri rasanya tak tahu pun ada atau mungkin tak sdar kot.Contohnya dalam bidang graphic design ada banyak cabang seperti 3d artist,Web designer, carricatur artist, storyboard artist, corporate designer, book designer, advertising designer, photographer, painter dan banyak lagi yang rasanya korang sendiri pun bleh godek2 sendiri bukan?

So kalau sesape yang minat dalam bidang neh, apa ye antara tools-tools yang korang perlu tau untuk melibatkan diri dalam arena ni?hehe..cam nak masuk game ar plak kan? Ini la antara tools yang penting korang mesti ada..iaitu kumpulan software seperti berikut:

1.Adobe Illustrator

-software paling berkuasa dalam dunia graphic design kerana kehebatan kualiti vektornya yang tak dpt ditandingi oleh mana-mana software graphic di dunia ini.Aku kasi 1000 markah untuk Ai(nama gelaran).Aku amat sukakan Ai ni sebab kualiti yang dihasilkan amat tinggi dan file size pun kecil je kalau nk dibandingkan dengan software yang lain. Terdapat 3d tools yang aku amat suka gunakan.Digunakan secara meluas dalam bidang advertising.

2.Adobe Photoshop

-editing tools for raster image atau lebih dikenali sebagai software untuk photo editing.Paling berkuasa dalam menghasilkan efek-efek untuk photo.Boleh juga digunakan dalam web design dan tak lupa juga untuk semua jenis bidang graphic design. Paling popular oleh semua pengguna internet di dunia.Aku kasi 900 markah kepada PS(nama gelaran..)

-software lain popular digunakan juga adalah seperti CorelDraw.Banyak company pakai. :D

3.Adobe Indesign

-majalah yang korang baca hari-hari atau setiap bulan tu takkan dapat disusun dengan mudah dan design2 yang cantik2 kat majalah tu korang takkan dapat best quality kalau tak guna software neh.Software ni merupakan generasi baru kepada Adobe Pagemaker yang mana korang boleh hasilkan majalah,buku,flyers dan sebagainya dengan guna software ni je.Aku pun dah tak ingat dh cara nak setting layout dalam tu.Maklumlah, jarang pakai..aku kasi 700 markah je untuk software Indie neh..:D

4.Adobe Dreamweaver

-khas untuk web designer atau developer yang inginkan kesenangan dunia akhirat dalam web designing. Tools yang mempercepatkan keje-keje scripting, CSS dan sebagainya.Memang cepat dan mudah plak toolsnya.Pengalaman aku pakai DW CS3 memang best..CS4 version tak try lagi..cuma sempat PS sahaja..

5.Adobe Lightroom

-adik beradik Photoshop sebenarnya.Lebih dikenali dikalangan photograher.Amat memudahkan photographer dalam photo editing mereka untuk enchancekan gambar mereka ke tahap maksimum!

6.Xara 3D,3d Max, Maya, Lightwave,Cinema 4D

-sesape yang terlibat ngan dunia 3d mesti tau la semua software tu kan.Ha..itulah antara software yang digunakan untuk membuat 3d model dan juga 3d movie macam yang korang ushar cite Upin dan Ipin tu..

Rasanya itu je kot antara software yang paling penting mesti kuasai kalau nak digelar otai dalam bidang neh..susah wo nak terer semua..amek masa tu..

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. 10 Perkara Pelik Dalam Grafik Design
  2. Koleksi Web Rujukan Untuk Web Design & Graphic Design
  3. Sifoo.com Expert ke Bab Graphic Design?
  4. Update Design Service Mulai 1 Oktober 2009
  5. Sapa Kata Dengan Grafik Tak Boleh Buat Duit?

Comments (7)

light room je yg aku xpnah try lagi.. yang lain semua aku dah try.. skrg ni tgah belasah bantai AI kaw2.. hohohoho

lightroom best woo. memang smart gambo past edit dengan mende tu

satu tool pun tak reti nak guna..uhuk

rugi tak belajo, senang je. mulakan dengan photoshop.

aku baru berjinak dengan AI, memang best guna, draw dia memang tip top la.

ko terlupa satu tool penting lagi reez. adobe premier dgn after effect unt video editing. he

aiyak..aku lupa plak dua software tuh..hehe..nanti aku masukkan..:P