Adakah anda silap dalam menilai tentang apa itu perniagaan internet dan anggapan anda mengenai perniagaan internet?Atau adakah anda baru mengenali perniagaan internet dan rasanya tak tahu sangat tentang perniagaan internet ni apa dia atau just dengar dari rakan-rakan anda sahaja? Ok, pada post kali ni aku nak berikan korang solution atau penyelesaian bagi semua kemusykilan yang korang hadapi selama ni dan juga pelbagai halangan bagi korang disebabkan oleh anggapan negatif korang tu.
Anda Silap Tentang Perniagaan Internet Jika..
1.Mengandaikan perniagaan internet semudah ABC, tak perlu buat apa, duduk diam saja dan klik-klik dah boleh kaya.
-Anda silap kerana sesebuah perniagaan internet sebenar bukan hanya menggunakan internet sebagai medium, tetapi perlu matang dan juga bermula dari step yang pertama. Paling pantas pun boleh start dapat duit secara berterusan adalah selama 3 bulan. Kalau Ebay pula, sebenarnya based on sales, tu pun amek masa juga kan?
2.Melabelkan perniagaan internet adalam MLM.
-Perniagaan internet bukan MLM, sebab? MLM merupakan satu sistem dan perniagaan internet terdapat pelbagai model business di dalamnya seperti menjual produk fizikal/digital dengan menggunakan internet, flipping website, adsense, affiliate dan banyak lagi. Manakala MLM pula terdapat produk-produk tertentu yang memonopoli pasaran Malaysia pada ketika ini dan menggunakan internet sebagai medium pemasaran mereka juga.
3.Produk Buat Duit di Internet Semuanya Penipu!
-Anda salah kerana, bukan kesemua produk yang berupa informasi yang boleh anda dapati diinternet secara percuma diinternet adalah untuk menipu anda. Adakah anda mampu mencari teknik yang diberikan oleh penjual berkenaan dengan hanya surf diinternet sedangkan anda tidak ada knowledge pun apa produk itu dan teknik tersembunyi yang ada?Mungkin anda akan jumpa, tapi tunggulah selepas 30 tahun atau mungkin anda tidak akan jumpa langsung.
-hasilnya berbeza mengikut tahap promosi atau sejauh mana anda berusaha untuk mendapatkan hasil dari strategi yang telah anda jalankan itu.
4.Merasakan Hanya yang Pandai Komputer Sahaja Boleh Berjaya
-amat salah sekali, kerana ada juga usahawan internet yang berjaya, tak tahu langsung nak buat website sendiri, tetapi lama kelamaan akan tahu sendiri tanpa menghadiri mana-mana kelas di kolej-kolej atau universiti-universiti awam.
5.Menganggap Anda Perlu Pandai ‘English’
-ini juga silap kerana anda boleh memasuki pasaran Malaysia.Web lelong sudah terbentang luas untuk anda menuai. So apa tunggu lagi? Kalau tak nak, pasarkan produk anda melalui blog anda sahaja. Mudah kan?
Cukup setakat ini pendedahan yang diberikan. Diharapkan korang faham lah apakah antara kesilapan tentang perniagaan internet yang selama ini korang musykilkan.Kalau ada lagi silap tanya dan aku akan cuba jawab dengan jayanya.
Popularity: 1% [?]
Related posts:

Aku tengok ada tiga cara dapat duit dari internet
1.Perniagaan Internet yang dapat duit dari perjualan produk .
2. Peniklanan yang dapat duit dengan iklan kan sesuatu produk . Program jana duit pun dalam kategori ini contohnya nuffnang and the geng , adsense , affilate.
4. Hari ini join esok kaya . Asal log in facebook jer dapat RM100 . Tapi tak kaya-kaya . Mungkin sebab bayar hosting dengan bandwith facebook .
sebenarnya ada 4 model je..publisher,vendor,affiliater dan juga product owner..:D semuanya boleh buat online
Apa beza publisher dengan vendor ?
publisher tu lebih kepada blogger..vendor tu macam Ebayer
pada saya, ramai kena paham apa sebenarnya perniagaan internet…kadang-kadang mereka keliru khususnya dalam soalan keselamatan data serta maklumat peribadi mereka jika beurusan dalam perniagaan internet…itu yang menyebabkan ramai yang masih ragu-ragu untuk menceburi dan berurusniaga secara maya di internet.
betul tu , yang kelakar nya siap ada sorang kawan mengatakan haram buat bisnes Internet. Bila dicerita tak mau dengar. Lepas ni kalau dia kata macam tu lagi, terus direct ke entry ni. senang. ^_^
Memang pernah jumpa manusia yang macam nie , aku yang bukan Internet Marketing pun naik boring bila diorang kata camtu .
Entry yang bagus sekali berkenaan bisnes Internet. Ramai sangat orang yang salah faham sebenarnya. Pilihlah mana-mana model pun, tetap kena pandai bermain-main di Internet ni.