Pakej Fotografi Perkahwinan Ipoh

Cara Keluarkan Duit Dari Paypal

Photobucket

Bisnes internet dan juga Paypal memang tak dapat dipisahkan. Bagi sesiapa yang terjun ke dalam dunia internet marketing atau internet business wajib tahu tentang Paypal. Sebab? Hampir 90% transaksi melalui online dijalankan dengan banyak sekali dengan menggunakan akaun paypal kerana dengan hanya memasukkan alamat email sahaja, korang dah boleh transfer duit ke akaun orang lain.

So bagi sape yang tak kenal lagi dengan Paypal tu meh aku cite sikit antara mitos/cerita dongeng paypal ni

1.Paypal tiada no akaun, so kalau ada yang kata, paypal tu menipu je, bukan macam bank lain, takde no akaun, biasa bank ada no akaun apa..ops..pembetulan…Paypal bukan bank ye..lagi satu alamat email anda digunakan sebagai no akaun anda dan segala transaksi adalah dalam mata wang asing dan tiada dalam Ringgit Malaysia (MYR)

2.Cara nak dapatkan akaun paypal amat susah dan leceh sungguh. Jika dulu anda berkata sedemikian mungkin benar..tapi sekarang ni tidak lagi kerana korang boleh dapat lebih dari 10 akaun Paypal dalam masa sehari kalau ada duitnya nak bayar le kan service tu..jap lagi aku citekan..:D

3.Duit di Paypal tu tak boleh withdraw ke akaun di Malaysia.Itu adalah cerita dongeng ketika 10 tahun dahulu sebenarnya. Jika dulu tak boleh, sekarang ni setiap rakyat Malaysia boleh melakukannya dan aku sendiri dah merasa duit tu..memang best.

Jom kita tengok macam mana la plak korang semua yang ada akaun Paypal boleh withdraw duit dari paypal korang tu ke akaun korang di Malaysia.

Anda Harus Ada Debit Kad

-untuk mengeluarkan duit dari akaun paypal anda, anda haruslah mempunyai debit kad. Debit kad? Apa tu? Rujuk bank untuk maklumat lanjut.Taknak aku cite panjang lebar kat sini.So debit kad mana yang bagus untuk keluarkan duit dari Paypal?

Public Bank Debit Kad

-cara nak apply korang pegi ke mana-mana bank PB di Malaysia ni dan pegi ke kaunter service tu dan amek borang nak apply debit kad public bank.Korang takyah ada akaun PB pun kalau nak apply.Kalau dah ada, boleh dapat lagi cepat.

-kad ini sahaja aku suggest dan setakat ini, ini adalah yang terbaik no 1 di Malaysia.Kalau korang tanya kad lain tak boleh ke? Macam mana dengan Maybank?

-Kalau korang taknak kecewa dengan service bank lain dengan paypal, cuba lah..tak caya korang boleh rujuk di Thread ini untuk maklumat lain tentang kad yang boleh digunakan untuk withdraw duit dari Paypal

Carany Keluarkan Duit Dari Paypal

1.Kalau korang dah dapat kad tu, link kan akaun korang dengan kad tu, pastikan korang dah edit terlebih dahulu kesemua maklumat pada akaun paypal korang dan pastikan ianya sama seperti di dalam kad korang.

2.Then dah success link akaun tu, pegi ke ruangan withdraw. Pilih kad korang tu

3.Then dah ok, masukkan amaun yang korang nak keluarkan, let saya nak keluarkan USD300, masukkan amaun 300 di dalam kotak yang disediakan.(Max amaun korang leh keluarkan sehari adalah USD500 sahaja)

4.Tekan OK/Withdraw untuk langkah seterusnya.Tunggu mesej paypal yang mengatakan transfer successful.Check statement anda dan lihat jika ada details withdraw.

5.Biasanya ambil masa 3-5 hari untuk masuk ke akaun Debit Kad anda tu. So selepas 5 hari korang leh cucuk ke ATM korang, atau biar je atau nak gunakan untuk shopping.

*Pastikan untuk transfer, korang mesti ada minimum RM50 dalam kad tu..kad tu tak boleh nak withdraw 100%, at least korang mesti tinggalkan RM50

Related posts:

  1. Cara Terpantas Verified Akaun Paypal
  2. AWAS!!Pengguna Kad Debit Visa Maybank…
  3. Cara Send Fund Paypal As Gift
  4. Adakah Blogger Harus Mempunyai Akaun Paypal?
  5. Soalan Umum Mengenai Akaun Paypal Part 1

Dapatkan FREE Updates:
*Please click on the confirmation link sent in your Spam folder of Email*
Recent Related Posts

16 thoughts on “Cara Keluarkan Duit Dari Paypal

  1. ish . saye ni betul2 ketinggalan la pasal paypal ni ..

    nak tanye sikit la ..

    1. saya dah buat akaun paypal .. tapi belum verified lagi .. boleh tak saya buat payment atau terima payment kalau belum verified ? kalau saya nak buat payment tanpa verified debit card boleh tak ? means 100% guna duit yang ada di paypal ? proses berjalan macam biasa right ? same with kalau kita terima duit ke paypal tanpa verified kan ?

    2. saya ni student , jadi saya cuma ada debit card bank islam .. kalau saya nk verified guna bank islam debit card boleh ke ? ada caranya tak ?

    3. kalau saya tak verify untuk jangka masa yang lama , adakah duit saya akan di’freeze’kan ? means saya taknak pon verify guna debit or kredit card untuk jangka masa lama . kene freeze tak duit kite ?

    banyak lagi nak tanye acctually , tapi macam dah banyak soalan sangat . hope dpt reply dengan terperinci .. :)

       0 likes

    • 1.Akaun paypal yang belum verified, boleh terima payment je..tapi nak buat byrn dgn funds dalam tu tak boleh.Means takleh nak kuarkan duit yang ada dalam tu selagi tak verified.

      2.Untuk kepastian kad mana yang bleh, sila rujuk post ini http://reezluv.com/2012/01/cara-bisnes-di-ebay-part-2/

      3.Takde masalah..akaun tu tetap ada dan kalau ada duit dalam tu, takde apa-apa berlaku..berlaku kena freeze kalau ada unusual transaction je atau paypal syak semacam je kat akaun tu..kalau tak digunakan, takde masalah pun

         1 likes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>