Kali ni mari kita review satu site yang aku rasa ramai yang minat nak masuk sebabnya adalah..FREE Download..haha..Pada mulanya aku agak terkejut gak sebab logo-logo yang diberikan di site ni kesemuanya boleh dikatakan logo yang baik serta menarik perhatian. Korang boleh jadikannya sebagai logo web korang atau korang leh adjustkan sedikit sebanyak supaya tampak lebih menarik.
Laman web yang aku maksudkan adalah LogoInstant.com, macam mana rupa sitenya? Korang leh tgk la gambar yang aku attach tu ha..cantik kan?
Antara kategori logo yang boleh korang dapat secara free adalah seperti Animal, Automotive, Business Logo,Communication, Corporate dan banyak lagi. Korang explore lah sendiri ye?
Adapun logo segera ni aku nasihatkan jangan la korang gunakan untuk produk korang atau jika korang serius dalam bisnes korang..memang tak digalakkan untuk ambil logo ini dan pakai.Sebabnya korang mesti fikir iaitu ada bape ramai yang akan download benda yang sama dan pakai logo yang sama dengan anda. Tak ke takde identiti gitu?
Tujuan logo direka adalah untuk mengenal identiti. Contoh, kalau aku kasi hint kat korang logo McDonald..apa yang terbayang kat fikiran korang..mesti huruf M tu kan? Kalau di Malaysia pula, sekali tengok logo Jusco orang dah tau dah..itu mesti AEON Jusco..kalau merah2 tu memang Jusco la tu..merah tu sudah melambangkan identiti korporat mereka. So sudahkan anda mendapatkan identiti anda sendiri? JIka belum, cuba selidik apakah antara warna yang sesuai dengan anda dan seterusnya menjadikan itu sebagai warna utama blog anda atau logo anda nanti.
Tapi, pastikan tone colour juga sesuai dengan warna yang anda pilih tu,sebabnya tak sedap mata memandang atau viewer tidak akan selesa untuk melihatnya dan seterusnya untuk mengingati logo anda itu dengan sekali pandang.
Post seterusnya adalah Tutorial Step By Step Design Fresh Web Layout Dengan Photoshop.Hasilnya adalah seperti dibawah.So kalau korang rasa taknak ketinggalan, jangan lupa Subscribe Blog ini.Untung-untung korang akan dapat psd filenye sekali..:D
Related posts:


good info bro!!logo memang mainkan peranan penting untuk membuatkan produk kita dikenali umum..tapi macam bro ckp, baik kita create logo sendiri dan boleh letak Trademark sendiri…supaya tak ditiru orang..