Sah, Produk IM Malaysia Menipu!

Photobucket

Salam semua..adakah korang pernah beli produk-produk IM yang banyak dipasaran sekarang ni? Tentu ramai yang anggap kesemua produk ni adalah produk SAMPAH atau semuanya ada diinternet sahaja. Ya betul! Memang kesemua maklumat ada diinternet sahaja dan anda hanya perlu mencarinya sahaja.

Berbalik kepada tajuk di atas, adakah korang setuju dengan kenyataan tu?100%?? Bagi aku, aku tak setuju 100% dengan tajuk post kali ni, sebab? Semasa awal pembabitan awal aku dalam dunia IM(Internet Marketing) ni memang aku tak beli apa-apa pun produk IM diinternet ni..sebabnya memang aku takde duit masa tu nak beli dan juga banyak lagi yang aku patut belajar dulu sebelum aku masuk ke dunia sebenar. Sebenarnya aku lebih dulu membaca banyak ebook free dari IM-IM luar negara dan aku tahu pasal dunia di internet business ni pun melalui Moneyclicking iaitu web milik Kidino yang merupakan salah seorang ahli WC juga. So dari situ aku baca banyak artikel dan juga ebook free hasil dari subsribe newsletter mereka dan dari situ aku start build my first blog dan memang masa tu start from zero dan main belasah jek dan dari situ aku mula terjun ke dunia blogging..masa tu la aku kenal dengan Social Network,List Building,Feed, dan banyak lagi..kalau dulu, nak dapat traffic memang aku buat cara yang spamming..tapi sekarang tak lagi..

Baru-baru ini aku ada terbaca satu post yang amat hangat tentang produk IM Malaysia.mula-mula produk Ridzuanrichie dan yang latest plak produk bro Zamri Nanyan yang dah lama aku kenal sejak aku mula-mula masuk ke WC. Pasal bro Zamri, memang tak dinafikan, memang dia dah berjaya dalam dunia IM ni walau tak ramai yang tahu..rasanya jadi macam ni, elok dia stay je buat internet business dia di luar tu, sebab kat sini ramai la mentaliti Malaysian yang belum sedia untuk menerima akan dunia internet business sebenar. Kalau ada yang pernah explore tu, tau la camne dunia sebenar dan realiti berbanding produk-produk IM yang ada sekarang. Maklumat lanjut tentang thread yang panas tu korang bleh jenguk di Rahsia Clickbank Menipu Rakyat Malaysia

Aku tak anggap produk depa ni produk sampah sebab ada juga aku beli produk IM tempatan yang aku rasa memang amat berguna dan setakat ni paling aku kagum adalah produk Panduan Minisites dan juga Sistem Affiliate. Kedua-dua produk tu adalah bersifat teknikal yang rata-rata tak ramai yang tahu dan berpengalaman dalam bidang sedemikian. Tak lupa juga ebook Sifu-Lan iaitu Panduan & Teknik Rahsia Ebay yang mana memang terbukti..aku dapat sales yang best dengan adanya ebook itu hasil teknik dropshipping yang beliau dedahkan itu.

So, macam mana nak elakkan dari ‘terkena’ dengan pelbagai sales letter ‘HYPE’ yang mampu membuatkan anda mengeluarkan duit dari akaun bank anda dan seterusnya membayar untuk produk-produk yang anda lihat diinternet itu? Jom aku kasi kat korang antara tipsnya.

1.Kalau ebook bersifat teknikal seperti panduan cpanel,panduan minisite,panduan sistem affiliate dan banyak lagi tu, elok untuk dibeli kerana ianya tidak menjanjikan apa-apa kepada anda untuk mendapatkan sales beriban dan juga taklah plak screenshot yang memukau mata tu kan? So elakkan dari beli kalau korang rasa korang tu pada tahap ‘newbie’ atau masih terkial-kial lagi dalam dunia bisnes internet ni.Penuhkan ilmu didada dulu sebelum melangkah masuk.

2.Baca review, serta komen produk tu atau korang boleh subscribe newsletternya atau dapatkan ebook free dari owner produk tu dan kat situ je korang boleh dapat sedikit sebanyak ilmu yang bermanfaat dari owner tersebut. Jangan lupa lawat selalu blog beliau dan cuba selidik, apakah yang membuatkan produk beliau itu menjadi idaman ramai dan baca juga, kalau taktau macam mana nak tanya…tanya soalan sedemikian kepada owner, tak salah bertanya. Cuba tanya soalan ini “Saya seorang newbie dalam bisnes internet ini, pada pendapat anda, adakah relevan bagi saya untuk mendapatkan produk ini dan seterusnya menjadi seperti saudara?Adakah terdapat review dimana-mana yang dapat saya rujuk mengenai produk saudara?”

Cuba isikan soalan tersebut dimana-mana contact form yang boleh anda sampaikan kepada produk owner dan tanyakan juga adakah produk ini sesuai untuk newbie atau intermediate.Jika anda mendapat reply lebih dari 3 hari, saya nasihatkan anda tinggalkan sahaja produk tersebut dan jika reply tersebut hanya ayat-ayat yang memujuk anda untuk membeli dan bukan ayat untuk menolong anda..anda harus lupakan sahaja, kerana memang itu bukan produk yang anda patut beli!

3.Salesletter terlalu HYPE? Itu sudah pasti..sebabnya hanyalah satu, untuk menarik perhatian pembaca. Itu memang tak boleh disalahkan kerana ianya merupakan salah satu strategi untuk pemasaran sahaja. Tips saya, kalau korang tengok screenshot yang ribu-ribu tu jangan terpengaruh sangat..sebabnya memang beliau boleh buat sales yang sebegitu..tapi…ramai yang tak sedar dan mungkin tak tau yang mana kebanyakan sales mereka terhasil dari Email List yang mereka ada.Kebanyakan dari mereka ini mempunyai lebih dari 10K list dan dengan hanya satu mesej, mereka boleh dapatkan lebih dari 100 sales hanya dengan menghantar satu mesej mudah. Tak lupa juga marketing yang mereka jalankan bukan hanya 1 atau 2 jam sehari..rata-rata mereka menghabiskan 70% masa mereka adalah dengan meneruskan aktiviti marketing mereka sama ada untuk blog,produk atau apa sahaja yang boleh buat duit diinternet ini.

4.Jauhkan dari produk affiliate jika anda tiada list dan juga anda tak tau pun macam mana cara yang terbaik untuk dapatkan sales dari affiliate.Kalau korang baca banyak ebook luar negara memang banyak kali menyebut iaitu Money is In The List…kalau korang biasa kunjungi forum internet marketing luar negara, korang akan mudah dapat ebook yang 100% sampah yang aku boleh jamin korang akan rugi apabila membacanya..kebanyakan ebook-ebook itu dalam range harga yang murah-murah dan jika ada yang menyediakan video, dan juga online seminar..ada yang baik dan ada yang anda pernah dapat dan itu yang anda buat seharian..anda akan berasa tertipu juga nanti. Tapi produk IM-IM di Malaysia ni aku tengok, ramai yang tertarik termasuk aku, bukan sebab produknya dan juga screenshotnya..tetapi bonus-bonus yang diberikan sekali dengan produk tersebut..Tak percaya? Cuba korang banding kan jika korang kena pilih antara BMW yang ada FREE Pemandu dan juga dilengkapi dengan Bonus Minyak sebanyak RM300 dan juga hanya BMW tanpa bonus-bonus tersebut?Mana yang korang akan pilih?Sebab korang pilih mesti sebab bonus tu bukan? dan bukan sebab produk tersebut. Disinalah ramai yang tak sedar dan tujuan sebenar anda ingin dapatkan produk tersebut telah tersasar.

p/s: Ada cerita hangat tengtang Ewen Chia..Ewen Chia Scam, betul?

Popularity: 3% [?]

Related posts:

  1. Cara & Tips Hebat Membeli Produk Digital
  2. Baca Komik Free Secara Online Edisi Malaysia
  3. Senarai Affiliate Malaysia Anda Boleh Sertai PERCUMA!
  4. Produk Berkualiti vs Produk Sampah
  5. Blogger & Produk Sendiri

Dapatkan FREE Updates:
*Please click on the confirmation link sent in your Spam folder of Email*
Recent Related Posts

9 thoughts on “Sah, Produk IM Malaysia Menipu!

  1. Pernah gak duit aku terbang , buku janji teknik nak dapat trafiic beribu . Harga dalam RM20 camtu . Aku pun beli ahhh , sekali dia bagitaw pasal Blogwalking jer.

       0 likes

  2. Kebanyakan ebook dalam pasaran malaysia adalah lebih kepada kaedah dapat duit cara mudah dan pantas kerana mentaliti orang kita yang mahukan cara singkat untuk mendapat wang. walhal realitinya, cara sedemikian tidak wujud. Memang ada kaedah dan strategi untuk memendekkan masa untuk menjana wang seperti program affiliate dan adsense, tapi kita perlu mempunyai ilmu mengenainya.Setiap kejayaan perlukan usaha yang bukan sedikit. percayalah dengan kebolehan diri sendiri dan tambah ilmu yang berkenaan.

       0 likes

  3. bagi saye.. ebook yang di kate kan ok tue adalah sesuatu yang dpt membantu kite dlm sesuatu persoalan yang kite inginkan… kalau kite beli ebook affiliate.. dah tentu kite nakkan ebook yang memberikan jawapan keseluruhan tentang affiliate dan seterusnya membantu kite menjana pendapatan melalui affilaite… ini pandangan saya….

       0 likes

  4. Produk IM di Malaysia ader pelbagai jenis.ader yang ok dan tak ok..Matlamat mereka terhadap produk yang dicipta pun berbeza,ada yg just mahukan untung semata-mata..ada yang ikhlas nk kongsi ilmu..apa2 pun, sebagai pengguna, kita jarus bijak memilih..

       0 likes

  5. wah! mantap sekali kupasan kali ni, berkenaan produk IM Malaysia menipu, saya tidak pasti tapi ada produk yang saya beli sebenarnya boleh didapati secara percuma di blog. Saya ingatkan produk ebook tersebut lagi lengkap daripada informasi dalam blog-blog yang saya lawat. Rupa-rupanya tidak. Tapi saya tidak kisah sangat kerana memang tujuan beli ebook tersebut sebenarnya untuk memenuhi rasa ingin tahu, samaada produk tersebut bagus atau tidak. Awalnya saya sendiri ingin promosi produk tersebut, tetapi selepas beli saya rasa tak berbaloi untuk dipromosi.

       0 likes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>