Pernahkah korang kenal akan pengarah tersohor ini?Teringatkah korang kan filem Mokhsin, Talentime, Gubra, Sepet dan banyak lagi karya beliau yang mendapat perhatian terutamanya iklan-iklan keluaran Petronas yang bagi aku memang tinggi nilainya dan tidak ramai yang mampu menghasilkan karya yang sebegitu baik seperti beliau?
Namun pada malam tadi negara dikejutkan dengan satu berita yang amat sedih iaitu Yasmin Ahmad telah meninggalkan kita semua rakyat Malaysia yang dahagakan filem-filem kreatif beliau yang mampu menusuk ke dalam kalbu dan jiwa Malaysia walaupun ada mendapat tentangan yang hebat dari pelbagai lapisan masyarakat.
Walau apa pun keburukan dan juga kisah mengenai beliau, diharapkan janganlah kita dedahkannya kerana tak baik menceritakan aib orang yang telah tiada.Bersama-sama kita sedekahkan al-Fatihah kepada roh arwah dan semoga berada di kalangan orang yang beriman. AL-FATIHAH…
Related posts:

setuju tu reez, memang tak boleh dedahkan aib orang. Biarlah macammanapun yang berlaku. Baik dan buruk Allah sendiri yang akan hitung.
Ya marilah kita bersama-sama mendoakan kabahagian beliau di sana, kerana kita jua suatu hari nanti akan mengikuti beliau.
Saya doakan agar keluarga beliau dapat menerima dugaan ini dengan semangat yang kuat, dan dapat melalui liku-liku kehidupan ini tanpa beliau disisi.
Al-Fatihah
Al Fatihah dan salam takziah untuk beliau sekeluarga..aku suka betul ngan filem-filem arahan die cm sepet & muhsin….lagi satu, iklan-iklan yang die arahkan..cm iklan Petronas dulu..sangat best dan penuh bermessage..kehilangan beliau akan pasti dikenang..
Takziah buat keluarga beliau