Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet | Posted on 20-08-2009
Pernah kah korang membeli produk digital kat internet?Kalau korang taktau pun apa benda produk digital tu meh la aku terangkan sikit tentang apa itu produk digital yang ada diinternet. Produk digital yang dijual diinternet biasanya adalah seperti ebook,software,audio,video dan sebagainya yang hanya anda boleh view atau dengar sahaja tanpa anda boleh menyentuhnya seperti barang fizikal yang memang boleh pegang punya.
Tapi ramai yang ragu dan juga rasa rugi beli produk digital ni sebab takut kena tipu. Untuk itu meh aku kasi guide kat korang macam mana nak membeli produk digital diinternet dengan cara lebih selamat dan juga korang akan rasa tak rugi membeli produk berkenaan walaupun harganya mahal!
Jom ikuti tips hebat ni….
Cari REVIEW terlebih dahulu
-ini ramai yang ambil sambil lewa sahaja kerana mengikut ‘PANAS’ nya produk tersebut.. jangan disebabkan produk tu panas dan ramai yang membelinya anda tak sabar-sabar nak beli..pastikan korang lihat dahulu review pembeli sebelumnya di web-web atau buat carian kat Google dan lihat hasilnya.Contoh: Buat carian keyword seperti “Produk A review” dan lihat ada yang review atau tidak. Lihat review dan juga feedback dari pembeli. Contoh paling senang korang leh tanya sendiri di forum-forum yang menjual produk berkenaan.
Beli ketika perlu
-pastikan korang membeli produk tersebut ketika perlu.Sebagai contoh, jika korang nak buat video marketing, jangan plak korang nak beli produk tentang buat grafik dan sebagainya. Kalau korang banyak duit takde hal, tapi kalau korang beli akan membuatkan korang hilang fokus terhadap sesuatu dengan cepat.
Cara beli dengan kadar DISKAUN
-ha..cara ni best kan? cara ni best kalau korang selalu join forum-forum seperti Wangcyber. Kalau korang perhatikan ramai yang buat tawaran rebet untuk beli dari laman affiliate mereka. Ada yang beri rebet sehingga RM20 atau lebih untuk produk yang HOT tu..
AWAS Produk Sampah!
-perkara inilah yang selalu dirisaukan oleh pembeli. Antara produk-produk yang tak digalakkan untuk anda beli adalah produk-produk yang biasanya penjual akan menawarkan bonus-bonus yang terlalu banyak seperti 1000 MRR Produk PERCUMA!,600 icon hebat!,1000 Artikel PERCUMA MRR dan banyak lagi. Untuk pengetahuan korang kebanyakan produk tu adalah berupa informasi yang amat lama dan tidak sesuai lagi untuk anda baca. Sebagai contoh, ebook Adsense For Newbie dan banyak lagi lah. Walaupun anda tidak pernah baca, anda hanya perlu lawat blog-blog internet marketer yang banyak diinternet dan subscribe newsletter.
-Jika melibatkan produk grafik pula, ramai yang menawarkan icon,button,template dan banyak lagi. Bagi saya kesemua itu adalah produk yang hanya bakal memenuhkan ruang hard disk korang dan korang sendiri tak pernah jenguk pun bila dah beli..last-last delete je.
Lihat Design dan juga Salesletter
-cara paling mudah nak tau senang je, jika pembeli berkenaan serius untuk membeli, penjual berkenaan akan mengupah designer minsite yang akan menampakkan page mereka amat menarik perhatian dan tidak dibuat dengan carca marba sahaja.Ada yang design sendiri, tapi kebanyakan produk yang bagus, mereka tidak akan design sendiri..sebab mereka sendiri tahu produk itu amat bermanfaat untuk pembeli mereka.
-jangan terpengaruh sangat dengan salesletter yang telalyu ‘HYPE’ atau terlalu menjanjikan sesuatu yang anda rasakan boleh anda buat tetapi sebenarnya diluar kemampuan anda.
Knowledge is POWER!
-Ilmu tentang produk tersebut juga perlu ada. Bukan maksud aku ilmu dalam bahasa Inggeris tetapi perkara basic tentang perkara tersebut anda telah pun kuasai.Sebagai contoh anda ingin membeli produk yang berunsurkan teknik menjana wang dari Clickbank. Diterangkan di dalam tu korang akan diberikan hosting percuma selama setahun,theme wordpress premium,web template professional dan banyak lagi. Tapi korang tak pernah tau pun apa benda tu wordpress blog dan juga tak pernah tengok pun hosting tu camne rupanya…apatah lagi nak customize template tu mengikut citarasa korang.Antara ilmu basic yang korang perlu ada adalah at least basic html seperti cara nak create link..ini perlu supaya korang leh create link yang membolehkan orang click untuk membeli..
Related posts:













bagus bro atas guide ni, huu kadang-kadang baca testimonial , bukan main hebat lagi produk tersebut, otai-otai pun bagi testimonial. Tapi rupa-rupanya boleh dapatkan percuma jer informasi tu.