Korang nak masuk dalam dunia bisnes internet tak? Berapa plak ye kos nak menyediakan satu bisnes internet yang basic? Kat sini maksudkan yang basic, bukannya sampai tahap corporate company yang ada modal sebanyak RM200K ke atas. Tapi apabila kita berbincang tentang dunia perniagaan internet, korang perlu tau antara kos-kos yang perlu dipertimbangkan oleh korang semua sebelum memilih model-model yang korang nak join.
Entry kali ni aku akan list kan antara kos dan juga buat pengiraan sekali untuk korang, kalau ada yang masih tidak jelas tentang kos-kos yang terlibat untuk first internet business korang.
Kat bawah ni korang boleh lihat antara perkara yang korang kena pertimbangkan untuk bisnes internet yang basic..maksud aku, yang sangat-sangat basic..jangan risau..aku akan revealkan semua level nanti.
Beginner Level
1.Hosting
-kos hosting bagi beginner level yang masih baru biasanya adalah dalam RM60-RM200 sahaja.Jangan terpengaruh sangat dengan syarikat hosting yang menawarkan harga yang terlampau rendah sampaikan korang tak fikirkan support yang akan diberikan.
2.Domain
-domain name korang boleh beli dimana-mana laman web yang menjual domain name yang murah-murah serendah RM30 setahun dan kalau korang pandai cari, lagi murah korang boleh dapat.Domain ni adalah nama web korang seperti www.kedaiku.com,www.kedaimu.com,www.kedaikorang.com..korang boleh pilih nama domain korang sesuka hati, tapi pastikan ianya ada kena mengena dengan produk korang tu.Takkanlah korang jual basikal, tapi letak..www.sifuharimau.com. Pemilihan nama domain tak sama macam korang nak pilih nama syarikat korang tau! Jangan salah anggap plak.
3.Minisite
-bagi minisite pula, ada dua cara yang popular untuk korang mendapatkan design minisite yang best. Pertama sekali adalah design sendiri minisite anda itu (minisite adalah web jualan ringkas).Caranya tak susah sangat dan kalau anda tiada masa, jangan risau. Dapatkan khidmat designer minisite dengan harga yang amat berpatutan sekali.Biasanya harga untuk upah minisite designer dalam lingkungan RM100-RM300 sahaja.
4.Sales Letter
-sales letter aku suggest korang tulis je la sendiri sebabnya ini merupakan tahap pertama korang dan jika produk korang dah agak berjaya, upah copywriter atau ghostwriter dan biarkan mereka buatkan untuk anda. Kos yang terlibat lebih kurang RM100
5.Blog
-blog merupakan satu lagi elemen yang perlu ada jika korang nak setup internet business. Tak kira la besar atau kecil. Sebabnya adalah client korang selalunya takkan berminat nak beli pada kali pertama korang tunjukkan kepada mereka. Di blog tu la korang boleh show kan screenshot yang latest atau antara hasil yang korang telah dapat atau bukti-bukti terkini yang lain serta tips-tips yang biasanya tidak ada pada minisite sales letter korang tu..Kosnya? Korang boleh dapatkan free blog dengan Blogspot, tapi aku tak suggest korang pilih free, sebabnya nanti kalau dah banyak post, kalau Google delete je blog korang..tak ke putih mata dibuatnya.Beli hosting dan jika dah ada, beli domain je dan letak je la kat add on domain hosting korang tu.
4.Marketing
-kos bagi marketing biasanya merupakan kos yang paling tinggi sekali di dalam perniagaan. Tidak kira la perniagaan internet ke atau offline business sekalipun. Tak caya tanya sesape sahaja yang terlibat dalam dunia marketing ni.Antara kos yang terlibat biasanya kos advertising di blog atau website yang mempunyai hit yang tinggi.Kos yang terlibat adalah dalam lingkungan RM100-RM300, tapi terpulang juga bagaimanakah kos tersebut dikira. Sama ada bulanan, atau dicaj sekali sahaja.
Jadi secara matematiknya korang boleh tengok kat bawah ni:
Hosting+ Domain - RM100
Minisite - RM100
Sales Letter - RM100
Blog - -
Marketing - RM100
Total - RM400
Kos di atas boleh dikurangkan lagi jika korang buat sendiri minisite dan menulis sendiri sales letter. Tak susah kan? Tak payah pikir nak sewa kedai dan juga kos renovation kedai dan upah pekerja.Tak gitu?Satu lagi kos yang bagi yang betul-betul serius dalam bisnes internet ini adalah Autoresponder.Korang boleh dapatkan Norabots untuk autoresponder korang yang murah dengan harga lebih kurang USD9.90 sahaja sebulan.
Popularity: 1% [?]
Related posts:

great info. yayy!