Blogger Kah Anda?

1

Posted by reezluv | Posted in blogger | Posted on 08-09-2009

Photobucket

Hari ni secara rasminya aku telah ubah skop blog ni kepada sesuatu yang lebih luas yang mana tagline blog ni pun aku dah ubah kepada sesuatu yang lebih web 2.0 la konon..hehe..iaitu aku tukar kan menjadi Blog,Blogger, Blog lah!Tujuannya supaya aku rasa lebih santai dan lebih dekat dengan reader semua tentang dunia blog kat Malaysia ni.

Ya, memang aku suka berblog dan ini rasanya dah masuk tahun ke tiga aku ada blog dan blog ni bakal melangsungkan ulangtahunnya yang pertama tak lama lagi. Domain aku dulu tak sempat aku nak renew sebab masalah yang tak dapat dielakkan..lagipun domain dulu tak bape best sangat la, panjang pun panjang..last2 domain yang ni baru best..hihi

Adakah korang juga seorang blogger? Jom kongsikan korang seorang blogger yang bagaimana? Bagaimana korang berblog dan bagaimana pula korang handle blog korang tu? Adakah ianya sekadar suka-suka atau ada tujuan tertentu berblog ni?

Jom kita tengok antara jenis blogger yang ada di Malaysia ni..taknak la aku sentuh blogger kat tempat lain, kita kan Malaysian…hehe

Blogger suka-suka

-blogger jenis ini kebiasaannya akan mendaftar blog secara percuma seperti blogspot,wordpress dan sebagainya.Tiada matlamat apa pun dalam berblog, sekadar memenuhi masa lapang katanya…mereka tak kisah sangat jika ada orang lawat atau tidak sebab mereka tulis hanya untuk suka-suka sahaja.

Blogger Politik

-blogger jenis ni lebih cenderung kepada isu-isu politik dan lebih popular berbanding blog-blog yang lain kerana blog jenis ini mendapat rating yang tinggi di Malaysia. Kalau berani, try la buat…cuba kita lihat di berita tu..kerana buat blog post yang mampu menyinggung perasaan mana-mana pihak..itu yang bahaya blog jenis politik ni.

Blogging For Money

-blogger jenis ini biasanya takkan ada blog yang sedikit.Sebabnya mereka ini akan mencuba pelbagai jenis niche yang berlainan dan sumber income mereka biasanya melalui advertising. Ada yang berblog di Malaysia sahaja dan ada yang berblog di luar dan di dalam negara juga. Golongan ini mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang blog dan amat arif dalam SEO,building traffic dan sebagainya dengan cara yang amat popular digunakan di luar tu seperti menggunakan Google Adword, Text Links Ads, YSM(Yahoo Search Marketing), Twitter, Facebook dan banyak lagi.

Blogger Fotografi

-biasanya mereka akan share kan kebanyakan gambar-gambar yang telah mereka shoot. Tak kira la gambar tersebut candid ke, wedding ke, IR ke, Strobist ke atau apa sahaja yang mereka suka. Biasanya blog mereka dijadikan portfolio untuk client mereka yang ingin lihat hasil kerja photographer tersebut secara online.

Blogger  Shop Online

-blogger jenis ini akan meletakkan segala produk mereka di blog mereka dan selalunya mereka ini akan bergerak melalui Myspace, Friendster, Facebook dan mereka tidak mempunyai knowledge yang banyak tentang dunia blogger atau internet advertising. Cara yang paling popular yang selalu mereka lakukan adalah melakukan ‘mouth to mouth’ advertising dan melalui poster dan juga buletin yang mereka post kan di social networking sites yang mereka sertai. Mereka lebih kuat di offline marketing disebabkan oleh mouth to mouth advertising ini.Traffic dijana menerusi promotion yang dibuat oleh mereka melalui kawan-kawan dan tidak mempunyai modal yang besar untuk mengiklan di blog atau website-website yang tinggi hitnya.

Blogger jenis ini juga mungkin seorang Ebayer yang meletakkan segala produknya di post-post dan seterusnya menjual direct ke customer yang mengkehendaki barangan tersebut.Biasanya produk yang unik lebih digemari oleh pembeli kerana tidak terdapat di tempat lain seperti custom mug, custom cute teddy bears, custom stickers, custom greetings card dan banyak lagi yang boleh anda niagakan melalui blog anda.

Blogger Hiburan

-Blogger jenis ini juga mampu mendapat hit yang tinggi di Malaysia. Sebab? Blogger jenis ni ala-ala Melodi dan Abang Nas dalam Melodi tu. Tajuk-tajuk post yang biasa mereka letakkan akan mengundang kontroversi seperti “Mawi Menari Bogel di Australia!“, Farah Fauzana Kahwin Senyap-Senyap di Thailand?”..mereka ini sama seperti majalah-majalah hiburan yang adakalanya membongkarkan isu sebenar artis tersebut dan adakalanya sengaja diperhebahkan.

Blogger Download Link

-Blogger ini juga popular dikalangan yang amat suka dengan link download. Downlod mp3?Movie free?Tv show?Ebook Free? Banyak sungguh rasanya. Paling popular tak lain dan tak bukan adalah blog-blog yang meletakkan link download lagu-lagu terkini di blog-blog mereka dan blog mereka amat popular sehinggakan ada yang mencapai 10,000 sehari atau lebih. Risiko blogger jenis ini adalah, jika mereka menggunakan blog free, kemungkinan blog mereka akan diflag adalah cerah kerana jika ada syarikat rakaman yang report tentang lagu-lagu mereka yang diedarkan secara meluas di laman blog tu, senang-senang je blog provider tu delete blog anda tanpa notis…bahaya kan?

Blogger Tutorial

-mesti korang suka dengan tutorial kan? Tak kira la tutorial grafik ke, tutorial blogging ke, atau tutorial dalam bidang IT ke apa ke..ada juga yang berblog  dengan hanya prove tutorial kepada visitornya. Blog jenis ini rasanya tak begitu banyak di Malaysia. Tetapi amat banyak di luar negara. Aku pun taktau kenapa la kat Malaysia ni agak kurang. Kalau tutorial grafik tu aku bleh kira dengan jari je bape orang je yang sudi kongsikan tutorial-tutorial yang best-best untuk visitor mereka.

kalau tak silap aku, ada lagi..tapi kalau ada lagi cuba beritahu aku ye?

Tak kira lah blogger jenis apa ada kat atas tu, korang plak dalam kategori mana ye?erm…

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Bagaimana Nak Jadi Blogger Yang Hensem?
  2. Berita Baik Bagi Blogger!
  3. My Next product..Anda Sanggup Bayar Berapa?
  4. Nak Jadi Blogger Kena Tahu Html Betul Ke?
  5. Blogwalking Adalah Kepercayaan Karut Blogger,Misterinya…

Comments (1)

Aku rasa aku blogger syok sendiri spt biasa..term itu aku yg punya!