
Ini serius…begitulah kata-kata dalam kartun Wonderpets yang sesape duk suka tengok tu ye..memang comel dan kelakar gak la cite katun tu sampaikan orang tua pun minat nak tengok cite tu kan?
Ni pehal lak cite pasal Wonderpets plak tetibe je? Kata nak cite pasal facebook?Owh..salah eh..haha…Betul ke facebook ni haram?
BOLEH MENJADI HARAM
Keasyikan pengguna-pengguna Facebook melayan kuiz dan permainan, di samping sembang bual yang pada masa ini jumlah warga jaringan Malaysia mencecah lebih 800,000 orang, boleh menghasilkan suatu ketagihan seperti apa yang pernah menimpa pengguna perkhidmatan chatting MiRC suatu ketika dahulu. Tambahan lagi, dengan kemudahan akses Facebook melalui telefon bimbit, tahap ketagihan itu bisa jadi melampau dan merosakkan.
Dalam keadaan seperti ini, keharusan menggunakan Facebook boleh bertukar menjadi HARAM ke atas individu yang menyalahgunakan Facebook hingga berlaku kelalaian di tahap yang ekstrim.
Begitulah antara petikan dari blog post dari SaifulIslam yang menghujahkan beberapa point penting mengenai facebook ni.
Memang tak dapat dinafikan yang Facebook ni sudah semakin popular diinternet..dan tak hairanlah kalau dah begitu popular sampai para ustaz pun sudah mempunyai laman Facebooknya sendiri untuk bersuka-ria berdakwah dengan menggunakan teknologi. Baru tengah hari tadi sewaktu di office aku ada tazkirah sempena Ramadhan yang mana tazkirah tu dikendalikan oleh panel yang berlainan setiap hari pada bulan Ramadhan ni yang mana hanya diadakan pada waktu Zohor.
Ustaz tersebut mengatakan yang Facebook tu adalah sia-sia dan tiada manfaat..aku agak sinis mendengar apa yang Ustaz tersebut cakapkan..pastu setelah dia terangkan apa yang dia tahu tentang Facebook tu baru lah aku tau..setakat yang dia tau, Facebook tu tak ubah seperti laman-laman social network yang lain yang mana takde faedah pun dengan hanya just nak cari kawan-kawan lamanya sahaja..Camtu lah yang beliau tanyakan kepada rakan-rakan beliau..aiseh Ustaz…rasanya kena banyak pembacaan lagi ni Ustaz tentang Facebook ni…
Kita lihat lagi antara petikan artikel di blog post SaifuIslam ini yang berbunyi..
Di dalam Majalah al-Islam keluaran September 2009, terdapat sebuah artikel yang tajuknya amat serius berbunyi, “ZUCKERBERG GUNA FACEBOOK UNTUK BUNUH PENDUDUK PALESTIN”.
Apa yang tidak wajar berlaku ialah, makalah tersebut hanya mendedahkan aktiviti biasa pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, sebagai seorang Yahudi yang ‘multazim’ (mempraktikkan agama Yahudi dalam kehidupan seharian). Tetapi justifikasi terhadap kebenaran dakwaan bahawa Zuckerberg menggunakan Facebook untuk membunuh penduduk Palestin, hanya ditulis dalam sebuah perenggan ringkas berbunyi:
“… Pun begitu sebelum pengharaman oleh dua buah negara tersebut dibuat, wujud desas-desus yang mengaitkan penglibatan laman web tersebut dalam membiayai peperangan di Gaza”
Itu sahaja kenyataan yang wujud di sepanjang artikel berkenaan dalam mengaitkan Facebook dengan jenayah perang di Palestin. Ada pun isi kandungan lain, kesemuanya menceritakan tentang betapa Yahudinya seorang anak muda bernama Mark Zuckerberg, sesuatu yang tidak pernah diputuskan oleh Islam sebagai sebab untuk produk atau perkhidmatannya diharamkan.
Bagi aku jika teknologi disalahgunakan memang boleh mendatangkan mudarat kat sesape pun dan melalaikan sesiapa sahaja yang menggunakannya. Sama kes juga dengan dadah…tak tertulis di dalam al-Quran perkataan dadah jenis heroin,morfin,ganja,ectasy dan sebagainya yang menerangkan secara jelas akan haramnya dadah..tapi apabila ianya disalahgunakan..maka akan melalaikan dan juga memudaratkan..
So apa lagi korang..gunakan lah dengan bijak dan untuk tujuan kebaikan..jangan duk mengadap Facebook atau Myspace atau mana-mana social network yang lain tu sampai 3,4 jam hanya sebab nak edit profile korang dan komen-komen gambar di page-page kawan-kawan korang dan mengatakan..“comment my pix ya!”
Related posts:
aik? aku first komen kat sini? orang tak nak komen ke, tak berani nak komen?