
photo credit: Sailor Coruscant
Soalan ni bukan ditujukan kepada korang sebenarnya, tapi entry yang kali ni agak buat aku rasa tak best dengan streamyx..sejak semalam petang lagi aku tak dapat access ke internet dengan streamyx aku ni..tetibe rasa lain macam bile internet takde.nampak sangat tu aku dah kena internet addiction..haha..biar la apa pun asal aku bahgia, ye tak?
Aku sebenarnya baru balik dari jadi urus setia bagi kursus profesionalisme pegawai JPN dan PPD bagi negeri perak bagi siri yang pertama yang aku hadiri di Felda Residence, Trolak..setakat ni memang aku respek abis ngan Felda Residence tu sebabnya kemudahan dan juga layanan pihak di sana amat baik dan begitu memuaskan hati..jarang aku tengok hotel mana-mana aku pegi ucapkan selamat pagi setiap kali aku berselisih dengan staff di sana, walau tukang sapu sekalipun.best gile..variety makanan pun best-best belaka..tapi yang best kat sana cuma kekadang fius asik nak tendang je..so macam lampu lip lap la kekadang tu..kejap ada letrik, kejap takde..adus..aritu pukul 5 pagi tetibe padam semua..terus bangun la..huhu..
Siri kedua kursus tersebut akan dijalankan di Taiping yang mana rasanya aku tak terlibat sebab 13hb iaitu hari kursus tersebut aku menghadiri exam perkhidmatan kat BTPN Perak..haha..sape aritu taknak pegi tu, prepare la korang pegi kat Taiping tu..hihihi..ala.bukan susah sangat pun kejenya..lepak je..hehe..makan pun best ape..hehe..
Ini plak untuk makluman bagi sesape yang nak buat tempahan design service tu boleh la berbuat demikian dengan klik ruangan service atau klik pada banner yang aku letakkan kat sidebar tu..boleh tengok la quotation harga yang aku berikan…tapi aku akan terima mulai 19 Oktober sahaja sebabnya aku akan ke Johor Bahru untuk menghadiri Seminar Smart Blogging anjuran Ijad dan juga Wanmus bertempat di UTM Skudai pada 18 Oktober 2009.Duit semua dah bayar semalam dan cuti aku pun dah approve..maknanya Isnin tu aku cuti le..sebab aku gerak dari sana Isnin pagi..sampai Ipoh Isnin petang la jawabnya..nak balik Ahad malam confirm la penat…tak gitu?
Dalam jadual aku gak sibuk nak siapkan produk aku ni yang aku dah confirm JV ngan salah sorang rakan JV aku yang masih lagi rahsia sampai sekarang sehinggalah siap produk tersebut, baru la aku revealkan kat korang kat post nanti ye..hehe..pasal harga tu jangan la risau sebabnya aku akan jual dalam harga yang amat berpatutan..masih mampu milik..ok lah, aku nak gi solat jumaat ni..jumpa lagi dipost akan datang..
Related posts: