Barang Apa Nak Jual Di Ebay?

0

Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet | Posted on 10-10-2009

Ada sesiapa yang amat suka dengan bisnes Ebay? Atau ada yang takut untuk menggunakan Ebay sebagai platform korang menubuhkan sebuah pasaraya secara maya saja?

Realitinya memang ada yang dah dapat sehingga Rm500,000 sebulan hanya dengan buat bisnes dengan Ebay.Tapi macam mana nak mulakan bisnes Ebay sedangkan tak pernah tahu pun tentang Ebay? Banyak alternatif sebenarnya korang boleh lakukan untuk belajar menggunakan Ebay sebagai pasaraya online korang. Cuba korang bayangkan korang ada produk dan tak bape laku di pasaran offline. Tambah lagi korang kena tanggung sewa kedai dan juga kos pekerja dan juga bil elektrik dan sebagainya.Jom sama-sama kita kira kos-kos yang korang dapat jimat dengan bisnes Ebay:

Akaun Ebay-Free

-nak buat akaun ebay memang free. Tetapi untuk membolehkan akaun korang tu diiktiraf sebagai penjual, korang kena la link kan akaun korang tu dengan credit card korang atau bagi yang nak lebih selamat tu, gunakan Paypal akaun. Cara nak setup amat lah mudah. Banyak buku di pasaran korang leh cari.

Supplier

-Supplier barang korang tak semestinya korang kena pegi cari mana-mana kedai. Korang boleh mulakan dengan hanya menjual barang-barang di sekeliling korang sahaja. Cari buku-buku lama atau jeans atau t shirt berjenama korang yang dah lama tu. Atau kalau ada printer, barang elektronik korang yang dah rosak tu, jangan la korang risau jualkan nya di Ebay.Jangan taktau, yang jualan pertama di Ebay adalah sebuah printer rosak..:P

Akaun streamyx, bil elektrik

-ini sudah semestinya lah korang kena ada dan cuba korang kira bape sangat je kos yang terlibat jika korang setup sebuah kedai offline yang tak semestinya ada orang akan datang dan membeli.

Memang satu advantage bagi korang terutamanya suri rumah yang ada banyak masa di rumah tu untuk buat pembungkusan dan juga penghantaran. Tak payah susah-susah korang nak pilih syarikat penghantaran sebab Pos Malaysia pun dah cukup untuk meniaga di Ebay ni. Gunakan apa yang senang, jangan susahkan diri korang.

So sekali lagi, apakah barang yang boleh dijual di Ebay?

Soalan yang ini agak sukar nak dijawab sebab ada jutaan jenis produk korang boleh jual diEbay ni. Kalau nak jual mainan anak-anak korang yang dah tak digunakan tu pun boleh. Antara produk yang sentiasa laku dijual di Ebay adalah

1.ipod

2.iphone

3.PSP

4.PS3,PS3 dan memacam gajet lain lagi..

Kalau korang ada produk yang amat unik seperti hand made keychain,handcraft itu lagi baik..tapi berapa plak nak jual kat area sana? Tak mahal sangat ke? Korang test la market dulu dan tengok serta search barangan yang ada kat sana tu..kalau ada yang sama, cuba tengok harga korang dan juga jangan lupa masukkan sekali kos penghantaran yang terlibat di dalam harga barang korang tu.

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Panduan & Teknik Rahsia Ebay Kini PERCUMA!!
  2. Tips Membeli Di Ebay
  3. Cara Membeli Barang Murah Di Internet
  4. Apa Itu Paypal?
  5. Sejenak Bersama SifuLan

Comments are closed.