Bagaimana Menjana Trafik Dengan Facebook?

2

Posted by reezluv | Posted in blogger | Posted on 24-11-2009

Adakah korang seorang blogger? Atau web developer yang inginkan blog atau website korang mendapat traffic? Tak kira la sama ada traffic dari local market atau dari luar negara. Itu sebenarnya bergantung kepada niche blog korang tu. Adalah lebih baik kiranya blog niche international lebih menumpukan kepada international readers.

Tapi macam mana nak dapatkan traffic dengan social network macam Facebook ni ye? Seperti yang korang tau sekarang ni memang Facebook adalah laman sosial no 1 di dunia dan menjadi semakin femes di Malaysia. Ramai yang tak tahu sebenarnya apa itu facebook  juga apa sebenarnya kegunaannya dalam kehidupan seharian. Ada yang kata Facebook ni tempat untuk cari kawan lama yang terpisah..tapi beb..lebih dari tu sebenarnya.

Facebook ni tempat bagi blogger untuk mendapatkan traffic dari laman-laman sebegini..sebab? Laman sebegini mempunya traffic views dan juga daily traffic yang amat kukuh dan pada pandangan Google? Haha..semestinya lah laman camni yang Google suka dan cintai..haha..

So camne plak caranya menjana traffic dari Facebook?Antara cara yang korang boleh lakukan untuk menjana traffic dari Facebook adalah :

1.Menggunakan fungsi group

-korang boleh menggunakan fungsi group di dalam Facebook yang mana korang boleh sertai mana-mana group di Facebook dengan percuma. Join komuniti niche blog korang dan cuba join perbincangan mereka. Dan kalau berkesempatan, selitkan juga url blog niche korang..tapi jangan sesekali spam, dan tinggalkan saja.

contoh group korang boleh lihat kat bawah ni ha..

Kalau korang tengok group kat atas ni korang dapat lihat berapa ramai yang join dan dekat situ je korang dah dapat trace dan juga ada potensi untuk mendapatkan traffic dari user yang online di group tersebut. Paling cantek kalau korang dapat add kesemua ahli di dalam group tersebut bukan?

2.Menggunakan Facebook Ads


-cara ini juga berkesan.Lebih kurang dengan Google Adword caranya cuma iklan ini akan terpapar di dalam laman Facebook sahaja ye.Apa urlnya ye untuk pegi ke Facebook ads? Senang je, http://facebook.com/ads dan korang boleh gunakan dan juga create korang punya iklan yang pertama. Macam mana nak cari funds? Korang leh gunakan coupon di Retailmenot.com untuk mendapatkan kupon ads Facebook yang terkini..itu pun jika masih ada. :P

3.Connect Twitter dan Facebook Melalui Blog

http://www.vimeo.com/2502815

-cara ni amat best dilakukan. Kalau korang amat suka connectkan twitter dari blog korang. Berita best untuk pengguna wordpress. Korang boleh gunakan plugin WPFacebookConnect dimana setiap kali korang update blog post, akan ada update pada status di profile korang.

So aku kasi 3 cara ni dulu ye..kalau ada lagi, akan diupdate kemudian okay?

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. 10 Teknik Terkini Menjana Trafik Web
  2. Bagaimana Link WP Dengan Twitter dan Facebook Status?
  3. Ada Apa dengan Facebook?
  4. Perkara Penting Bagi Blog Untuk Menjana Income
  5. Apa Sudah Jadi Facebook?

Comments (2)

wah, nice tip bro. thanks for sharing. :)

Owh, wujud plugin mcm WPFacebookConnect tu ek? leh pasang ni. Thanks for the info. ;)