Pakej Fotografi Perkahwinan

P. Ramlee Lagenda Filem Malaysia

Pada ketika aku nak update entry aku yang seterusnya, aku ngah tengok Pendekar Bujang Lapok kat TV2..tergerak plak aku nak menulis serba sedikit tentang lagenda filem Malaysia yang telah lama meninggalkan kita. Cuma filemnya sahaja yang masih tak lapuk ditelan zaman.

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=vhzvyWWf4Xc[/youtube]

Aku amat respek dengan kesemua jenis filem beliau yang aku rasa tengok sampai bila-bila pun takkan jemu punya untuk ditonton..tak gitu? Aku kekadang tu sampai dah hafal dah sesetengah dialog atau scene yang menarik hati..tapi still nak tengok jugak cite tu..korang penah tak ada pengalaman camtu?

Bila dah digelar ‘legend’ tu memang amat patut ar direspek dikalangan penggemar filem. Kalau korang tengok filem P. Ramlee sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat yang melangkaui imaginasi pemikiran pembuat filem pada masa tersebut.

Jom kita ushar sekejap sedikit mengenai P.Ramlee

Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri 22 Mac 1929 kepada pasangan Teuku Nyak Puteh Teuku Karim (1902 – 1955) dan Che Mah Hussein (1904 – 1967). Bapanya yang berasal dari Lhokseumawe, Acheh, telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth. P. Ramlee juga mempunyai seorang adik-beradik tiri, Syeikh Ali, yang sama ibu dengannya.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah Francis Light. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, beliau belajar di Sekolah Tentera Laut Jepun sebelum kembali ke Penang Free School apabila tamat perang.

Bermula dengan bermain ukele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf “P” (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya.

Filem pertama lakonan P.Ramlee adalah “Chinta” pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakon di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955. Salah seorang pendorong dan guru P. Ramlee dalam dunia perfileman Melayu adalah Datuk L. Krishnan (Pengarah filem Melayu tahun 50-an dan 60-an yang terkenal). Gaya lakonan P. Ramlee yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi P. Ramlee daripada dua pelakon terkenal India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan. Filem terakhir lakonan beliau ialah “Laksamana Do Re Mi” pada tahun 1972 dan lagu dan lirik terakhirnya adalah “Ayer Mata Di Kuala Lumpur” pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya. Wiki

Seterusnya mari kita tonton kejap beberapa filem P.Ramlee yang menjadi kegemaran aku dari kecik, sampai la ke hari ini..haha

1.Ali Baba Bujang Lapok

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=f1aBC8HR1dM[/youtube]

Filem ni paling hebat bagi aku sebab segala props yang digunakan amat rare lah orang cakap kan..dan juga bahasa yang digunakan amatlah santai dan tak lah macam filem sekarang ni yang bagi aku, asal lain sikit je..mula lah ada orang komplen..tak ikut bahasa la..apa la..

2.Pendekar Bujang Lapok

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=vhzvyWWf4Xc[/youtube]

Menggabungkan unsur-unsur humor dalam adat resam Melayu pada masa dahulu dengan diselitkan juga unsur-unsur tradisional dan moden.

3.Laksamana Do Re Mi

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=NdQpSdaOFnA[/youtube]

Filem ni plak agak updated dengan masa tu. Tapi daya imaginasi yang diilhamkan oleh P.Ramlee memang menambat hati penonton dahulu dan sekarang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge