Pakej Fotografi Perkahwinan Ipoh

Salam Aidil Adha 2009

Salam Aidil Adha 2009 buat semua pembaca setia blog reezluv.com ini dan juga kepada rakan-rakan blogger sekalian diharapkan korang semua sehat sejahtera la hendaknya nak beraya ni kan? Aiseh, dah macam cakap kat perantauan kan?kekekee..Sebut je pasal raya haji atau raya korban ni mesti banyak kampung atau masjid yang mengadakan ibadah korban lembu, kambing, unta dan macam-macam lagi la..asal boleh sembelih dan dimakan je..semua korbankan..haha..

Bagi aku time raya haji ni tak meriah sangat kat kampung aku.Maybe kat area Kelantan suasananya amat meriah bukan?Kalah raya puasa kot ye? Erm.banyak betul perkara yang jadi kat aku masa tahun ni..dengan jadi bloggernya la..apa la..sedangkan sebelum ni takde plak aku terniat nak jadi seorang blogger..tapi makin lama makin syok plak aku update blog dan ada je visitor ke blog aku ni walau apa yang aku tulih takla sehebat mereka-mereka kat luar sana tu yang dah tayang screenshot ratus2 USD kat blog depa..aku je  belum dapat hasilnya lagi..baru je 4 hari lepas aku setelkan satu lagi domain dan masuk ni dah ada 3 domain termasuk domain ini dan mungkin next week aku akan tambah lagi satu domain untuk niche yang lagi satu iaitu 3 niche wajib yang bro Ijad suggest pada peserta seminar tempoh hari..tinggal satu lagi domain jek..:P

Nasib baik ar hosting aku tu ada 5 add on domain..best sikit..lepas ni tunggu dapat income dari blog yang 3 ni, lepas tu baru la aku akan beli hosting lain plak..dan begitu la seterusnya..kali ni aku nk try beli yang unlimited..erm..sasaran aku adalah hosting oversea..:P

Untuk tahun 2010 ni aku merancang untuk menumpukan lebih kepada market luar dan service design aku mungkin akan ke luar dan aku akan brandingkan service design aku ni.Beli satu domain khas untuk service design aku, then launch kan kat internet..senang jek..lebih sikit income aku dapat..hahaha..tak gitu? Boleh la upah article writers yang best2 untuk update blog-blog aku yang ada tu..hehe..apa nama domainnya nanti? Namanya dah ada, cuma taktau la ada orang amek ke atau tidak…belum check lagi…jap..aku nak gi check..sementara ingat ni kan..

Nampaknya domain dot com dah takde dan cuma tinggal dot net sahaja untuk dibeli..erm..nampaknya kena pikir nama domain lain la kot atau aku  amek je la kan dot net tu nanti..apa pun itu nanti dulu..dan memang aku takkan concentrate untul local market untuk tahun 2010..dah lama aku ceburkan diri dalam bisnes online ni, baru sekarang aku rasa nak pegi ke luar..hehe..kenapa ek? Tah la..mungkin dulu belum sedia agaknya..aku start 2006 dan kini dah 2009..2010 baru aku berani nak pegi..hehe..

So akhir kata, salam Aidil Adha 2009 dan semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur kepada kalian semua. Berhati-hati sewaktu memandu dan jangan lupa datang lagi ye..:D

Related posts:

  1. Salam Hari Raya 2010 Dari Reezluv.com
  2. Salam AidilAdha 2011
  3. Gambar Raya 2009
  4. Salam Tahun Baru
  5. Salam Tahun Baru 2010

Dapatkan FREE Updates:
*Please click on the confirmation link sent in your Spam folder of Email*
Recent Related Posts

One thought on “Salam Aidil Adha 2009

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>