Posted by reezluv | Posted in berita hot | Posted on 19-11-2009

Tahniah la pada adik-adik kita yang baru dapat result UPSR pagi tadi tu. Mesti mak bapak semua excited je nak tau result anak-anak mereka bukan?Begitu juga dengan student yang dah banyak abih masa mentelaah dan mengulangkaji pelajaran mereka. Aku tengok berita tadi ada peningkatan nampaknya pencapaian UPSR tahun ini dari tahun sebelumnya dan Terengganu sekali lagi mencatatkan keputusan paling cemerlang antara semua negeri..aha..itu sudah ku jangkakan..hehe..
Kenapa aku kata begitu? Sebab aku sendiri memang salute dengan Terengganu dan Kelantan punya perancangan masa depan untuk meningkatkan pencapaian akademik di negeri mereka. Planning yang dibuat memang amat genius dan baik sekali. Walaupun kebanyakan sekolah di Terengganu tu dipandang sebelah mata je oleh sekolah-sekolah kat luar bandar nu..tapi depa la yang paling tinggi dari segi kecemerlangan akademiknya..
Aku kata camtu sebab aku bekerja di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan ada la sedikit sebanyak aku tahu tentang fenomena pendidikan kat negara kita ni. Memang konsep kecemerlangan yang dibawa oleh Terengganu tu membawa hasil sebabnya segala perancangan yang dibuat amat teliti dan teratur serta terbukti keberkesanannya. Ini lah yang dicari oleh setiap Jabatan Pelajaran negeri pada setiap tahun bagaimana nak mengatasi Terengganu yang top ranking tu..Perancangan yang depa buat tu bukan 3 tahun dulu, tapi aku rasa mesti dalam tempoh 10 tahun yang lalu, dan kini depa dah dapat hasilnya..So, negeri lain bila lagi ye?
Kepada adik-adik yang tak dapat result yang baik tu jangan kecewa sangat..sebabnya orang yang dapat result 5,6A tu bukan bleh dapat keje best-best lagi pun..tak caya cuba mintak keje pakai result UPSR tu dan try apply keje jadi engineer, doktor, lawyer, web designer ke..hehe..sure tak dapatnya kan? (ni tiru ayat cikgu aku dulu…hahhaa..). Sebenarnya aku tak heran sangat pun kalau ada yang dapat 5A tu..sebabnya SPM sebenarnya penentu sama ada seseorang tu dapat menentukan masa depannya dengan lebih mudah atau tidak..kalau nanti budak ni dah kenal dunia bila masuk ke alam remaja dan tak dapat nak kawal nafsu dan keinginan..sia-sia je dapat 5A tu..dan mak bapak memang memainkan peranan untuk mengawal anak ni dari terjebak dengan macam-macam anasir-anasir luar..
Jangan anggap anak tak dapat 5A UPSR tu adalah satu kegagalan yang berterusan..pastikan anak-anak tu dapat 12A atau cemerlang semua mata pelajaran bila SPM nanti..dan paling penting sebenarnya sejauh mana anak-anak ni pandai cari duit sendiri tanpa memerlukan kecemerlangan akademik semata-mata…kalau tengok jutawan-jutawan kat dunia ni, bukan semua ada background akademik yang dasat-dasat kan? So..sejauh mana seseorang tu buat sesuatu untuk berjaya dalam bidangnya lebih penting..Akademik hanya on paper sahaja..tapi kalau tak praktikkan..useless juga..
Cukuplah rasanya bebelan aku hari ni ye..:P
p/s: teringat aku zaman sekolah-sekolah dulu…hehehe..UPSR aku dapat 1A 3B jek..
Related posts:











UPSR….. suatu permulaan ujian akademik bagi para pelajar….yang penting usaha mesti diteruskan….