Bagaimana Nak Buat Blog?
Blog sebenarnya makin digilai oleh rakyat Malaysia. Kalau dulu takde sape pun tau ape ke bendanya blog tu. Tapi sekarang ni ramai sungguh yang kenal dan tahu apa dia blog tu. Website dengan blog sebenarnya dua benda yang berbeza. Kalau korang rasa blog tu tempat untuk meluahkan perasaan korang atau seperti diari..korang betul kalau korang berada 10 tahun dahulu. Tapi sekarang orang buat blog bukan sekadar untuk meluahkan perasaan. Ada yang menggunakannya sebagai platform perniagaan atau peribadi dan sebagainya.
Kalau korang tengok contoh design-design blog yang aku tunjukkan kat bawah ni mesti korang rasa seperti website bukan? Padahal, kesemuanya adalah digelar blog. Zaman dah berubah, dunia dah maju. Platform paling popular yang korang boleh dapat buat blog secara percuma adalah blogspot. Banyak lagi platform seperti WordPress.org, WordPress.com, Typad dan sebagainya. Dari segi untuk jangka masa panjang, paling digalakkan adalah mempunyai blog yang self hosted serta mempunyai nama domain yang tersendiri.
Kenapa menggunakan nama domain tersendiri dan menggunakan self hosted? Bukankah kosnya mahal?
Kalau dulu korang rasa kosnya amat mahal, tapi sekarang amat murah. Korang boleh dapatkan self hosted blog tak sampai RM60 pun ada sekali domain. Cara nak buat blog ni pun tak susah, aku akan tunjukkan caranya sebentar lagi.
Berikut merupakan cara untuk install blog wordpress korang, jika korang menggunakan self hosted blog melalui cpanel.
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=5nxXsROoBYs[/youtube]
Itu kalau korang inginkan blog dot com korang sendiri untuk berblog. Murah je..kos adalah tahunan. Takla berat mana dan korang siap dapat custom email lagi dengan nama korang. Mana nak cari kan?
Yang ni plak aku kongsikan kat korang cara-cara nak buat blog free, sila rujuk video yang diberikan.
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=UF4q0JSdhFE[/youtube]
Apa plak kelebihan menggunakan blog self hosted ni ye? Bukan sama je ke? Memang sama kalau dilihat tanpa ilmu..kalau korang mendalami lagi ilmu blogging ni banyak kerugiannya kalau korang host kan kat blog platform free seperti blogger.
Contohnya seperti situasi dibawah…
Situasi A
Karim telah start blogging selama 7 tahun dengan menggunakan blogspot dan traffic ke blognya sudah mencecah 50,000 sehari dan semakin hari semakin ramai. Tetapi Karim hanya membuatnya sekadar suka-suka dan dia rasakan blognya hanya sekadar hobi dan tidak akan mendapatkan apa-apa wang pun. Selepas tahun ke 8, Karim mengambil tindakan menutup blognya.
Situasi B
Jessica mula blogging dengan menggunakan platform WordPress.org dan menggunakan nama domain niche yang tersendiri dan menggunakan niche yang berkenaan dengan tips penjagaan kereta kerana Jessica amat meminat kereta jenis Honda.
Traffic yang terhasil dari blog beliau setelah setahun berblog adalah sebanyak 5,000 sehari.Setelah 5 tahun berblog, Jessica membeli lagi domain yang lain dan menulis tentang Travel blog pula.Trafficnya sehari mencecah 10,000 sehari. Pada suatu hari, beliau telah dihubungi oleh salah sebuah syarikat penerbangan di Russia yang mengatakan ingin mengiklan di blog beliau dengan harga USD500 sebulan. Bagi blog niche keretanya pula, satu syarikat aksesori kenderaan di USA menghubungi beliau dan ingin membeli blog beliau dengan harga USD1.2 juta.
Jessica hanya tersenyum dan seterusnya terus berblog tanpa ragu-ragu lagi dan hanya tinggal dirumah sahaja tanpa perlu pergi bekerja di pejabatnya lagi dengan menjana wang dari blognya.
Jadi adakah korang dapat membezakan antara Jessica dengan Karim?
Biasanya, advertiser dari luar negara kurang menyukai blog yang berplatform percuma seperti blogspot. Ini disebabkan bila-bila masa sahaja blog korang akan ditutup tanpa notis jika Google syak sesuatu pada blog korang. Pada ketika tu, kalau korang antar surat mahkamah sekalipun tak ada gunanya…
Tapi kalau korang tengok Jessica? Apa yang membuatkan korang terfikir? Bagus bukan ada blog? Seperti korang beli rumah, lepas tu harga rumah tu akan naik dari tahun ke tahun..tapi dengan blog je, korang boleh dapat duit dengan harga 2 biji rumah..haa…amacam? ada best?
Kalau korang nak tau bagaimana cara step by step siap dengan support sekali..korang klik banner kat bawah ni dan korang beli panduan ni dan aku jamin, korang takkan menyesal, sebabnya owner produk ni amat menjaga kualiti produknya dan support yang diberikan amat mantap!
Link yang best tu ada kat sini…Klik Sini



Auwww!! Seksi lah suara pak eh…!!
eh eh..ada komen..hihhik
kalau nak minta you yg buat kan blog blh?
RM300 untuk bina blog + hosting + domain
sila gunakan contact form untuk maklumat bayaran.
tq
thank you, bro..
mana nak cari domain dan self hosted murah ek..
domain murah, banyak kat Godaddy..cari le kupon-kuponnya..berganda murah leh dapat..hosting murah,gi kat Onebytes..murah gak tu..:D
kesimpulan: blogging memang satu profession yang menjanjikan kemewahan.
Pisyek punya entri terbaru best tak?..Joomla! Day Malaysia 2011
hehe..kalau amat serius memang boleh..:D
contoh terbaik adalah abang luv ini sendiri. hahaha.
Pisyek punya entri terbaru best tak?..Blogger Perak di Teluk Batik
info yang menarik…
terbaik bro!
blog rahsiasiber pun apa kurangnya, memang sarat dengan info-info berguna untuk para bloggers kot.
Pisyek punya entri terbaru best tak?..Blogger Perak di Teluk Batik
info yg bagus.. memang self hosted terbaik berbanding yg platform percuma.. biasa la, bende percuma kn byk pantang larang die.. hehe
Wah, bagus lah video tu. Blog sy, upah org je utk setup. Nk express, hehe.
buang duit je kalau setakat upah orang untuk setupkan. hahaha. Tapi ok jugak, kalau tak macam mana orang macam aku ni nak cari makan. hahaha..
Pisyek punya entri terbaru best tak?..Blogger Perak di Teluk Batik
ada yang taktau langsung beb..:D
Sya hari tu set up sambil ym dngn hosting provider