Posted by reezluv | Posted in berita hot | Posted on 26-12-2009
Tarikh 26 Disember merupakan tarikh keramat bagi seluruh penduduk dunia dan merupakan tarikh yang paling diingati khasnya penduduk Asia dan penduduk Malaysia amnya. Kenapa dengan tarikh 26 Disember tersebut? Ada apa-apa yang special ke yang berlaku pada tarikh tersebut ye?
Mungkin korang ada tengok berita tadi yang merencanakan kematian 10 penumpang bas Sani Ekspress yang menuju ke arah utara. Bas 2 tingkat tersebut mengorbankan 10 penumpang di tingkat bawah bas dan yang laing mengerikan ada penumpang yang putus kepala. Kejadian dilaporkan oleh pihak polis disebabkan kecuaian pemandu bas yang terlelap seketika sewaktu memandu bas yang pada ketika itu jam 1.00 pagi di lebuh raya utara selatan menghala ke utara.
Penumpang yang mati disebabkan oleh besi penghadang jalan yang masuk ke bawah bas dan seterusnya mengorbankan penumpang dibawahnya. Kejadian tersebut tentu diingati oleh semua kerana tak lama lagi, kita bakal memasuki ke tahun 2010 dan ini pula yang berlaku.
Kemalangan yang sama melibatkan lebuh raya utara selatan juga banyak telah berlaku.Contohnya korang boleh lihat video ini.
Tarikh 26 Disember ini juga menyaksikan satu tarikh keramat bagi semua penduduk Indonesia khasnya dan juga penduduk Thailand yang dilanda Tsunami pada tahun 2004 yang lalu.
Kalau korang tengok video yang aku sertakan tu, korang mesti ingat balik apa yang terjadi. Kot korang sendiri pernah mengalami sendiri semasa kejadian tsunami tu, mesti ada yang kembali ke tempat kejadian. Apa pun yang terjadi, kita haruslah mengambil iktibar atas apa yang terjadi.
Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa kejadian kemalangan Bas Ekspess Sani tersebut semoga tabah menghadapi hari mendatang.
Related posts:













al-fatihah buat semua yang terkorban
Baru lepas tgk Special Documentary Tsunami 2004 kt History Channel jam 6 ptg tadi. Kebanyakan babak di ambil drpd video sebelum, semasa dan selepas Tsunami mangsa2 yg merakam semasa kejadian. Sungguh dahsyat.
Tahun depan setiap 26 Dis kena berjaga2 la selalu.