
Haha..ketika aku duk ngah pelik dengan situasi Malaysian yang banyak guna email Yahoo berbanding Gmail, aku membaca produk yang baru aku beli semalam dengan harga RM14. Bukan buku dan bukannya produk berbentuk ebook Takde pun rasanya di pasaran online yang korang boleh dapat kat memane minisite IM di Malaysia ni. Korang hanya boleh dapat di link yang akan aku bagi nanti..so tunggu dulu, baca sampai abis ya?
Ya, entry kali ni lebih fokus kepada Produk Berkualiti dan Produk Sampah. Sebelum apa-apa jom kita teliti sama-sama apa yang aku nak korang paham tentang produk berkualiti dan produk sampah ini…
Produk berkualiti selalunya membuatkan orang akan sentiasa memuji kebaikannya dan jarang sekali bercakap mengenai keburukan produk tersebut walau ada sedikit berbanding produk sampah yang dikenali dengan kebusukannya. Contohnya kalau korang merujuk kepada produk fizikal..Perodua dan juga Proton (aku tak maksudkan Proton itu produk sampah ye..) Orang lebih mengenali Perodua dengan kebaikannya seperti Jimat Minyak, Tak banyak masalah dan sebagainya. Tapi berbanding dengan Proton, ramai yang sudah tahu, biasanya kereta proton akan mengalami masalah yang tertentu seperi Power Window, dan sebagainya.
Apabila menghasilkan sesuatu produk tidak kira sama ada ianya fizikal atau digital adalah amat penting bagi korang mementingkan aspek kualitinya terlebih dahulu sebelum memasarkannya. Ini disebabkan oleh pengaruh yang dibawa oleh produk berkualiti tersebut lebih hebat berbanding promosi yang dijalankan. Tak nampak lagi? Cuba kita lihat Makcik A membeli sabun Jenama D dari kedai. Makcik B pula membeli sabun Jenama X dari kedai yang sama. Sabun jenama D membuatkan tangan yang dicuci berasa harum dan lebih melindungi dari bakteria. Tetapi sabun jenama X tidak langsung menjadikan tangan berbau harum, cuma ianya boleh mencuci sahaja. Kemudian Makcik A memberitahu semua rakannya di blok berkenaan dan menghebahkannya juga di surau-surau atau majlis-majlis yang terdapat ramai rakan-rakannya yang menggunakan sabun untuk mencuci tangan.
Korang rasa adakah korang juga akan tergerak untuk pergi mencari produk tersebut tanpa perlu disuruh? Cara mempengaruhi seseorang itu berbeza dari setiap negara. Sebagai contoh di negara lain, masyarakatnnya lebih cenderung terpengaruh dengan tulisan di blog/ internet sahaja berbanding suratkhabar. Ada juga yang hanya menjadikan artis sebagai ikut-ikutan. Kalau artis pakai sabun ni, dia pun rasa artis tu memang betul menggunakan sabun tersebut.
Apa pun cuba amati perkataan dibawah ini untuk renungan bersama
Quality product, sell itself!
Related posts:
