Jika sebelum ni kita bersama dengan otai Ebay barang fizikal, sekarang aku nak kasi korang pendedahan pulak tentang sorang otai dropshipper plak ni. Memang beliau amat terkenal dengan dropshipper rahsia beliau yang begitu ramai taksub sehinggakan Malaysia menerima Paypal disebabkan terlalu ramai ebayer di Malaysia hasil usaha Sifulan dan juga ebayer-ebayer lain yang membuat seminar tentang bisnes Ebay ini.Hasilnya peningkatan mendadak para penjual di Ebay dari Malaysia.
So,jom kita sama-sama hayati dan kita baca sedikit info yang bakal kita kenal melalui sesi temuramah ini
Soalan 1
Boleh saudara terangkan sedikit mengenai latar belakang saudara dan bagaimana tercetusnya idea nak masuk ke dunia Ebay?
Saya dilahirkan di Negeri Sembilan dan lama menetap di Melaka. Jadi bila ada orang bertanya saya berasal dari mana, saya akan katakan sahaja saya orang Melaka. Latar belakang pendidikan saya juga tidaklah hebat, hanyalah seorang lepasan SPM yang tidak sabar-sabar mahu hidup sendiri. Langsung tiada latar belakang IT. Agak panjang juga ceritanya kalau nak diceritakan. Dipendekkan cerita, saya mempunyai pengalaman luas dalam perniagaan offline dan pernah menjadi usahawan berjaya satu ketika dulu. Ketika ini, saya amat meminati perniagaan internet dan mula mempelajari teknik membuat laman web, grafik dan menjadi mahir dalam programming dalam tempoh yang amat singkat. Di sebabkan kejatuhan perniagaan saya (gulung tikar), barulah saya mula serius dalam perniagaan online dan bertekad untuk menjalankan perniagaan seorang diri tanpa sebarang rakan kongsi. Setelah mencuba banyak teknik & peluang perniagaan di Internet. Perniagaan yang mula-mula menjana pendapatan kepada saya adalah eBay. Saya mula mencipta teknik dan strategy jualan tersendiri dan akhirnya mula memperoleh pendapatan yang lumayan di eBay.
Soalan 2
Apakah barang pertama yang berjaya dijual di Ebay dan berapakah nilainya? Kongsikan jika tidak keberatan.
Sudah tentu boleh. Ketika kali pertama mencuba membuat listing di eBay, saya hanya menyenaraikan beberapa jenis mousepad ‘Apple’ dan membuka auction selama 3 hari. Saya langsung tidak menyangka ada orang yang akan membelinya kerana ia adalah percubaan pertama saya menjual barangan yang tiada di tangan saya. Hanya sekadar menggunakan supplier online yang langsung tidak terkenal ketika itu. Keesokan harinya, saya dapat lihat jualan saya telah mula mempunyai 1 dan 2 bidaan. Hingga hari terakhir, kesemua mousepad saya terjual dan jualan paling tinggi adalah pada harga USD21.50 (kalau sy tak silap). Untuk pertama kalinya, saya melihat terdapat wang di dalam akaun PayPal saya dan ia membuatkan saya tersenyum sepanjang hari. Selepas saat itu, saya mula menyenaraikan lebih banyak listing dan pelbagai produk lain di eBay.
Soalan 3
Apakah perkara pahit dan perkara manis ketika menjual di Ebay?
Perkara paling pahit yang pernah saya lalui adalah apabila akaun pertama saya disuspend oleh eBay kerana menyenaraikan barangan ‘copyright’. Saya hampir putus asa ketika itu dan tidak mahu meneruskan perniagaan eBay lagi. Sehinggalah sifu saya ‘Zul Botak’ (low profile) orangnya memberitahu bahawa akaun disuspend adalah perkara kecil dan beliau menceritakan kepada saya bagaimana beliau membuka semula akaun dengan begitu mudah selepas ia disuspend. Pendek kata, inilah ketikanya saya belajar untuk tidak cepat berputus atas dalam perniagaan eBay.
Perkara yang paling manis sekali adalah apabila saya mula-mula menjual mousepad dulu, seorang pelakon Hollywood terkenal ‘Adam Sandler’ membeli mousepad saya. Memang tak menarik pun tetapi waktu tu memang saya rasa gembira semacam. Hehe. Sebab memang minat semua filem dia. Tambahan pula dapat bersembang-sembang dengan beliau melalui email.
Soalan 4
Jika Sifulan tidak menjalankan bisnes Ebay, rasanya apakah yang Sifulan buat sekarang?
Jika saya tidak menjalankan bisnes eBay, saya amat pasti sudah tentu saya adalah seorang blogger sepenuh masa kerana saya memulakan blogging pada masa yang sama ketika memulakan perniagaan eBay. Cuma eBay telah memberi keuntungan dengan cepat berbanding blogging yang memerlukan sedikit masa.
Soalan 5
Jika Sifulan diberi lampu ajaib, apakah 3 hajat yang diinginkan dalam hidup?
Ada beberapa impian yang masih belum saya dapat. Saya bukanlah jenis orang yang gemar berkongsi impian dengan orang lain kerana bagi saya menjadi do’er adalah lebih baik dari dream’er. Jika ditanya tentang matlamat saya, sudah tentulah ingin memperoleh kejayaan di dunia, dan di akhirat.
Soalan 6
Apakah pesanan dan nasihat kepada mereka diluar sana yang ingin menceburi bisnes Ebay?
Nampaknya tahun 2009 ini menunjukkan pertumbuhan mendadak penjual eBay dari Malaysia. Nasihat saya adalah cuba belajar dan fahamkan keseluruhan konsep perniagaan eBay terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan ini. Lebih banyak yang kita faham, lebih lancar perancangan perniagaan eBay kita. Polisi eBay yang kini semakin ketat adalah untuk kebaikan bersama dan menjadikan platform eBay laman web jual beli paling selamat di dunia. Jika berlaku sebarang halangan & kesukaran ketika dalam proses permulaan, janganlah cepat berputus asa. Sebaliknya belajarlah dari kesilapan kita. Jangan sesekali menganggap saingan satu beban di eBay tetapi anggaplah ia satu kelebihan untuk menjadikan kita yang terbaik.
Nampaknya itulah sahaja sesi temuramah kita pada kali ini.Untuk mengetahui lebih lagi tentang sifulan, boleh lah rujuk URL yang disertakan berikut ya!
Related posts: