Tahniah, Anda Sudah Berjaya Ditipu

2

Posted by reezluv | Posted in berita hot, blogger | Posted on 03-12-2009

Tahniah, anda sudah berjaya ditipu oleh kami. Jadi sila jangan buat apa-apa laporan polis kerana anda memang layakditipu..haha..memang ayat tu agak pedas bukan bagi korang atau bagi aku sekalipun. Sebut pasal tipu atau istilah kasarnya “kencing” yang kebanyakan orang cakap atau apa yang orang kebanyakan cakap..apa ayat ni tah..haha..sape dalam hidup dia tak pernah kena kencing atau kena tipu? Aku guna istilah tipu la supaya takde la hancing sangat post aku kali ni nampaknya.

Pernah tak korang mendapat SMS sebegini dan masuk ke inbox handphone korang ye?

Tahniah, no sim kad anda telah berjaya memenangi RM20,000 dari POWER ROOT.Untuk mengambil hadiah, sila telefon XXX-3940920.

Cukup manis ayatnya bukan dan yang paling tak tahan korang tak pasal-pasal je menang duit sedangkan tak pernah plak korang isi borang atau mengetahui dengan lebih jelas lagi tentang peraduan yang korang dapat hadiah itu. Cuma mereka menggunakan nama besar seperti POWER ROOT dan sebagainya.Kepada makcik-makcik atau akak-akak yang taksub tengok duit sebanyak tu korang menang, abaikan sahaja mesej tersebut dan lagi baik lagi korang terus je buat laporan polis berkenaan SMS berkenaan dan laporkan no telefon yang korang dapat tu supaya pihak berkuasa dapat mengesan siapakah disebalik semua ini yang konon-konon nak kasi duit kat korang.

Antara perkara-perkara yang korang kena ambil tahu untuk kenalpasti mereka ini adalah penipu adalah seperti berikut:

1.No yang dihantar adalah dalam bentuk 019-XXX3452 iaitu no telefon biasa akan tertera dan tidak menggunakan nama syarikat seperti MAXIS/CELCOM dan sebagainya.Pastikan korang tengok no pengirim terlebih dahulu.

2.Anda ditawarkan hadiah yang lumayan tetapi disuruh call atau ambil hadiah anda di suatu tempat yang tidak diketahui lokasinya. Biasanya kalau ada penyampaian hadiah rasmi, surat berkepala alamat syarikat akan diedarkan kepada anda terlebih dahulu dan juga pihak syarikat akan menghubungi anda melalui telefon dan tidak melalui SMS.

3.Kalau disuruh call dan anda call, sila berikan soalan berikut kepada yang menjawab telefon.Alamat penuh syarikat beserta no lesen syarikatnya supaya anda boleh memeriksa maklumat syarikat berkenaan dan jangan terus ghairah menanyakan bagaimana boleh ambil duit tersebut dari syarikat. Tanya dengan teliti, sebab kalau company tu nak bagi duit, takdenya company tu berselindung itu ini..siap publish dalam akhbar silap2.

Itu penipuan melalui SMS, macam mana pula tipu secara online ini? Apa plak kesnya ya?

Kes ini banyak terjadi dikalangan mereka yang rajin sangat ambil kesempatan kat mereka yang kurang pengetahuan dalam penggunaan internet, seterusnya mendedahkan mereka dengan bahaya penipuan sebegini. Paling ramai terkena adalah melalui laman lelong atau laman jualan seperti Ebay, Lelong.com.my atau Mudah.com.my. Ramai yang sudah ditipu oleh penjual palsu yang tidak amanah menjual barangan mereka. Barang yang dihantar tidak menepati apa yang dijanjikan.

Kalau ada yang pernah kena tipu, jangan gabra sangat, buat je report polis dan jangan diam je tak buat apa.Tips untuk membeli diinternet untuk elak ditipu adalah seperti berikut:

1.Kalau anda membeli di Ebay/Lelong.com.my pastikan anda melihat rating feedbacknya dahulu dan tanya macam-macam soalan kepada penjual sebelum membeli.Penjual yang beretika akan menjawab pertanyaan anda dengan baik.

2.Pastikan anda melihat screenshot barang tersebut terutamanya barang fizikal secara real life yang mana gambar terkini sahaja yang dipaparkan. Kalau boleh jumpa sendiri dengan penjual jika berkesempatan untuk melihat sendiri barang tersebut.

3.Elakkan untuk membeli barangan elektronik secara online kecuali dari Authorised Seller dari syarikat berkenaan seperti Apple, Sony,Microsoft dan sebagainya.

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Hadiah Untuk Anda Januari Nanti
  2. Pertandingan Review Terbaik di Reezluv.com
  3. Reezluv.com Pulih Kembali
  4. Google Buzz Atau Twitter Pilihan Anda?
  5. Coveraction Pro Sudah Selamat Sampai

Comments (2)

he..23x aku pernah kne tipu di ebay…
feedback die 100% jualan tercapai 29 mmg ramai yg bg testi die ok…

p xtau knpe mgu tersebut die jual 5barang die untuk di lelaong… last2 akaun tutup sume tutup…duit sume dah bg.. ramai gak yg mencarik2..tp xtau nk wat cam mne…

hp pun dah off terus

Penah gak kne tipu secara online.
Bukan ngan penjual, tapi ngan pembeli ebook.
hehe…

Tension tul.
Nak wat camne benda dah jadi.
Redha je la.

Belajar dari kesilapan. :-)