2010 Menanti Penuh Harapan

0

Posted by reezluv | Posted in berita hot, blogger | Posted on 22-12-2009

2010 bakal menjelang tiba, begitu juga dengan para student PMR yang rasanya berdebar-debar nak amek keputusan PMR depa pada 24hb ni nanti..tinggal bape hari je lagi kan? Aku plak perancangan 2010 nanti terlalu banyak dan planning yang dibuat agak besar. Begitu juga investment yang aku buat nanti pada tahun 2010 memang mengerah keringat dan juga mengerah poket juga nampaknya..haha..bercakap pasal 2010 ni plak, malas dah aku nak tau apa azam baru korang la apa la..bosan plak aku.

Mesti ada yang menunggu gak post aku selama 2 hari ni kan? 2 hari ni aku agak bz dengan macam-macam perkara. Perkara utamanya adalah urusan motor aku tu. Aku baru je tukar motosikal baru. Bukan kereta ye..Insyallah lepas kawen baru aku angkat satu..bukan mengangkat ye..hahaha..selama ni tak pernah plak aku impikan nak pakai moto, bayar pakai duit sendiri tanpa ada pertolongan dari FAMA (Father & Mother).Aku dah keje skang ni, so senang la nak bayar bulan-bulan tu.

2010 nanti juga aku akan mengembangkan lagi bisnes design aku dan juga penghasilan produk aku nanti yang bakal dilancarkan pada awal Januari nanti. Korang boleh lihat pada post sebelum ini yang mana aku akan kasi freebies dan juga produk yang mampu milik mahupun korang budak nak amek PMR..apa pun, produk ni memang best, sebabnya ialah korang mungkin tak sangka perkara ni amat mudah, tapi korang tak sedar akan kelebihannya untuk make money online. Apa pun nanti kan apa benda nya tu..haha..Pada ketika ini juga aku sedang membaca Seminar Smartblogging yang diadakan oleh Rohaizad.com yang mana katanya ia merupakan seminar terakhir beliau untuk para blogger yang ingin blog for profit dengan gaya yang amat sempoi! Seperti kat Smartzul di FB, blogging memang sempoi! Ianya sebenarnya santai, sebab korang boleh menulis apa sahaja yang korang rasa amat menarik untuk dikongsikan.Tak gitu?

Masa untuk aku mendapatkan Coveraction Pro 2 pun dah semakin hampir. Mungkin Jumaat atau Sabtu ni aku akan buat order dan Insyaallah minggu depannya aku akan terima produk tersebut..haha..tak sabar rasanya nak tengok..hehe..Baloot dengar cite dah beli Smashing Magazine punya buku tu..aku memang nak beli..tapi nanti dulu ar..hehe..beli yang ni je dulu..

Ok, sampai jumpa di entry yang akan datang, salam 1 Malaysia.haha

Blog Widget by LinkWithin
Share and Enjoy:
  • Digg
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Ping.fm
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • Yahoo! Buzz
  • del.icio.us

Related posts:

  1. Merancang 2010
  2. Salam Tahun Baru 2010
  3. Hadiah Untuk Anda Januari Nanti
  4. Minggu Depan Cover Action Pro Sampai
  5. Alhamdulillah, Target Dah Lepas

Comments are closed.

Copy Protected by WP-CopyProtect Thanks to Chetan.

Dont want to go to the cinema? Watch Movies Online.