Minat Vs Impian

1

Posted by reezluv | Posted in blogger, santai | Posted on 10-01-2010

Korang sure ada minat kan dan juga impian korang memasing kan. Tadi aku baru je jenguk kat WC ada satu thread yang terpanggil untuk aku tulis kat situ tentang minat dan juga impian aku selain apa yang aku buat skang ni. Aku bukannya IM pun dan juga bukan juga designer.Aku hanya freelance designer dan bukan certisfied designer tau dari Lim Kok Wing ke atau dari memane design arts company ke. Tapi memang impian aku ada kena mengena gak ar dengan design-design ni. Disebabkan aku tak mampu nak ke arah tu, tapi nak wat camne kan. Mungkin rezeki aku kat sini dan apa yang aku buat selama ni mungkin nak ke arah tu walaupun jauh..haha..

Ada dua impian dan minat aku yang mana satu aku dah separuh berjaya dan lagi satu belum sikit pun tercapai. Pe dia ye? Kalau korang ikuti blog aku ni dari awal, mesti ada yang perasan aku cite tentang dua benda ni je dan aku paling minat dua perkara ni. Bukan Photoshop..tapi ianya ialah Fotografi dan juga Motion Graphic. Kalau ada penah tengok motion reel yang aku penah letakkan kat post lama aku ni. Ada 10 rasanya kalau tak silap dan memang aku suka motion graphic. Sebab aku dulu bidang Multimedia, nak wat camne, rezeki aku bukan dalam bidang ni plak. Itu yang aku cuba explore lebih ke arah lain iaitu web/minisite design. Itu pun belum 100% terer..

Cuba korang tengok je la salah satu contoh video motion graphic yang aku amat minat kat bawah ni ha…aku sure korang pun tentu minat kan? Kesemua elemen multimedia dan grafik ada kat situ..sound,image, text animation dan banyak lagi digabungkan menjadi sesuatu yang kreatif dan menarik..itu la satu-satunya impian aku yang masih sedikit pun tak tercapai..nak buatnya pun aku tak reti langsung…masa kat kolej dulu belajar tak sempat nak belajar abis sebab masa tu pack sangat jadual, lecturer terpaksa speed up kelas..erm..kecewa aku dengan kelas tu..pakai After Effect plak tu.tambah plak aku skang keje kat area yang bukan area aku iaitu bidang pengkeranian atau lebih kepada pentadbiran yang bagi aku agak membosankan..

YouTube Preview Image

Minat kedua aku yang dah separuh tercapai adalah fotografi. Memang dah separuh, sebab aku dah berjaya beli sebijik DSLR D90. Walaupun skang ni aku ada kit lense jek..tapi aku puas hati dengan shot-shot yang aku buat, sampai ada yang tak caya aku pakai kit lense..Impian aku nak beli 50mm,Wide Angle Lense, SB900, Battery Grip and Battery Pack..itu je lagi belum ada..mesti korang cakap..ala..beli je la..murah je semua tu..erm..kalau ikutkan nafsu..lama dah aku beli semua tu..tapi disebabkan aku pikir untuk jangka masa panjang..aku biarkan dulu dan aku decide aku sambar Coveraction Pro dulu..baru aku pikir lain-lain..sebab dengan aku beli script tu, banyak lagi peluang akan menanti aku disamping income blogging aku pun dah makin mendapat hasilnya.

So apa plak impian dan apa plak yang korang minat selain apa yang korang sedang buat sekarang?Tak kira la korang ni blogger ke, IM ke, atau usahawan tani sekalipun..hehe

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. 5 Sebab Kenapa Aku Tak Minat Bola
  2. Duduk Diam Dapat Duit Dari Blog
  3. Keputusan Pertandingan Review Terbaik 2010 Diumumkan
  4. RM200 Bakal Menjadi Milik Anda Jika…
  5. Jom Update Pagerank!

Comments (1)

minat aku lebih ke arah grafik.. impian aku plak nak jd kaya raya.. hehe.. :p