Seorang blogger biasanya kurang dikenali oleh ramai orang kecuali die meletakkan mukanya di header blognya atau pun mungkin dia taknak dikenali, hanya meletakkan gambar avatarnya di forum-forum yang dia selalu posting..Baru hari tu aku tengok berita TV3 pasal kes Anwar Ibrahim iaitu Kes Liwat tu, baru la aku tau ada plak persatuan blogger..erm..rasanya itu untuk blogger politik je kot. Biar je la depa hidup dengan blog politik depa..asal tak kacau aku sudah..Yang pentingnya aku masih mampu tersenyum tengok kat akaun paypal aku walaupun masa aku demam..hehe.
Apa yang aku heran lagi adalah, bila blogger diberi tempat khas di mahkamah pada masa tu..aku taktau la kot aku dapat masuk ye tak? Mesti rasanya kena register persatuan blogger kot.tapi bagi blogger yang senyap macam kami ni kena ke berpersatuan ke? Tah la..bagi aku tak best sangat pun ada persatuan ni..bukan nak menyuarakan apa-apa pun dan takde plak rasa tak puas hati dengan memane blogger pun..sebab blogging for profit adalah lain berbanding blogging politician di mana kami tak kisah pun apa blogger lain nak buat asalkan tak kacau periuk nasi orang. Tak gitu?
Ok cukup la aku membebel pasal blogger ni semua dan tajuk entry kali ni pun cam dah tersimpang jauh plak dari apa aku cakap kat atas tadi tu kan? Ok, camne nak jadi blogger yang ensem? Cuba korang tengok antara kriteria yang aku berikan kat bawah ni. Ada salah satu, sahlah korang memang seorang blogger yang hensem!
1.Tulis dengan jujur dan berhemah
-Ya, seorang blogger yang hensem, menulis dengan jujur dan berhemah, ini disebabkan blogger ni nak kasi orang baca, so kalau kesemua tulisannya adalah dalam bentuk maki hamun tak puas hati atau post yang mengkondem orang lain dan sebagainya, mungkin agak kurang hensem disitu.
2.Selalu Update Blog
-Istilah selalu tu agak subjektif bagi sesetengah orang, ada yang kata kena update blog hari-hari. Ada juga yang kata kena update blog at least 3 kali seminggu dan begitu juga sebaliknya. Malahan ada yang kata, sebulan sekali pun dah cukup. Yeke? Blogger yang hensem selalunya update blog mereka selalu…(selalu ni bukannya hari-hari atau sebulan sekali) tetapi ikut blogger tu..selalunya ikut mood beliau. Betul tak? Kalau korang blogging personal blog, adakah blog entry korang mengikut jadual..let say..hari Jumaat ni kena update blog ini dan itu..selalu gak terbabas kan? Lain la korang dah ada lebih dari 50 blog untuk diupdate, ye tak?
3. Educate People
-Mengajar orang lain sesuatu yang betul adalah satu amalan mulia dan beliau layak digelar hensem walau muka beliau macam tepung gomak! Kenapa? Sharing is caring beb, so kalau tak share, maka tak caring? Gitu? Tak jugak..kenapa sekolah pegi kena bayar yuran? Sebab mana nak cari duit bayar itu ini? Bil-bil sekolah dan memacam lagi. So sesape yang share knowledge free je memang hensem la beliau sesangat…
4. Make Money From Blogging
-Part ni paling best dan antara menaikkan lagi saham beliau menjadi lebih hensem..ok cuba bandingkan dua situasi ni.Along ada blog tentang kereta lumba dan begitu juga Bob.Blog Bob mendapat dalam lebih kurang USD200 sehari dengan blognya tapi Along tak dapat apa pun sebab Along blogging hanya hobinya sahaja dan tak pernah pun Along pikir ke mana hala tuju blognya. Along hanya bangga bila ada member-member nya komen..Wah..Along..best nya..ada website sendiri..kereta pun semua power-power! Dasat la ko..
Tapi Bob plak hanya tunjuk screenshot earningnya kat blog personal nya atau kat Facebook beliau..makin ramai plak awek-awek yang nak dibelanje Bob (cam la Bob nak..haha)..dan mengatakan Bob ni hensem walau dulu kenal Bob pun tak..tak gitu?
5.Respek
-Blogger yang hensem juga respek each other. Walau korang sorang blogger yang otai..dah ada earning ribuan USD sebulan atau traffic sampai 500K sehari, jangan la wat bodo je ngan blogger-blogger yang ikan bilis ni sebab mungkin suatu hari nanti, blogger-blogger ini akan jadi lebih dasat dari korang. Cuba kenang balik beberapa tahun dulu, dimana korang…tak gitu..
Ha..ada ke kriteria semua tu atau salah satunya? Kalau ada..korang memang blogger hensem!Tahniah!
Related posts:

tetiba je nak komen kat sini. boleh abg cinta?
hensemkah aku?
ko modify kat gif image ni ->
http://reezluv.com/wp-content/themes/Rainbow/images/button_replay.gif
ok thanks..nanti aku editkan..jenuh gak sebenarnya aku mencari..
aku tgk ko da tukar “replay” ke “reply” bagus la.
ya sudah..tima kasih sebab gitau..aku ingatkan kat css.rupanya guna image..tak perasan
aku pon lebih kurang mcm topo kot.. haha..
P.S: yang button kaler itam kat komen tu sepatutnya “Replay” atau “Reply”?
reply tu..template ni jenuh aku cari kat mana tah nak ubahkan..kot ada sesape terer leh ubahkan?
cari kat comments.php pun takde..kat mana ek?
hohoho maknanya aku boleh dikira hensem la jugak ek.. hohoho