Blog Tidak Sesuai Untuk Menjana Income Sampingan?

6

Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet, blogger | Posted on 23-02-2010

Adakah blog memainkan peranan penting dalam memasarkan sesuatu produk? Jawapannya ada pada korang sendiri. Tak percaya? Blog sebenarnya mempunyai tempoh matangnya yang tersendiri yang mana korang kena la bersabar sebelum tempoh matang tersebut. Ini yang akan menguji seseorang blogger tersebut. Adakah beliau merupakan blogger sebenar atau hanya buat blog sebab orang lain buat blog. So adakah korang juga orang macam tu?

Ada banyak cara nak dapatkan income dari blog, salah satunya adalah menjadi ejen bagi sesebuah website untuk menjual produk atau service yang ditawarkan oleh sesebuah website itu. Biasanya komisen sebanyak RM10 dan ke atas akan diperoleh hasil dari kejayaan seseorang blogger itu memasarkan produk atau service berkenaan.

Cuba korang lihat screenshot yang aku letakkan kat bawah ni. Ini merupakan sales yang aku dapat melalui referral dari blog aku sahaja, yang mana ada 3 pembelian disitu yang mendatangkan sales. Itu baru 3, kalau dapat 10 sales dalam sebulan? Senang-senang je korang dapat RM250 sebulan macam tu jek. Cuba kalau korang ada blog niche yang mendapat komisen sebanyak USD75 bagi satu sales…jika ada 10 sales dalam sebulan tu, korang dah boleh dapat USD750 hanya dengan setting blog, dan update kannya aje.

Seperti sifu aku cakap, income hasil affiliate ni sebenarnya side income blog jek, so tak payah nak letak banyak2..concentrate kan satu atau dua jek..itu lebih baik dari letak banyak2 banner affiliate, dan tiada sales pun dari banner-banner tersebut. Tak gitu?

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Perkara Penting Bagi Blog Untuk Menjana Income
  2. Best Sangat Ke Contact Form Di Blog?
  3. Income Hasil Blogging dan Buat Duit Dengan Grafik
  4. Bagaimana Menjana Trafik Dengan Facebook?
  5. Sah, Produk IM Malaysia Menipu!

Comments (6)

masyuk….

setuju. side income. nama pun side income.. :)

apa2 pon, nak kene naikkan kite punye blog dulu.. pastu baru la senang skit nk start buat duit kan? kan?

yap..blog english senang jek..asal ada PR..mencanak ar naik income..hehe

Salam.. boleh belajar ngan bro kan.. :) Bila blog dah ada brand sendiri… jadi orang akan kenal kita.. betul tak?

takyah ada brand ape pun leh generate income..janji tahu caranya..that’s all.:D