Elemen Asas Dalam Sesebuah Website

3

Posted by reezluv | Posted in grafik, web | Posted on 23-02-2010

Ramai rasanya yang nak membuat sesuatu website. Tak kira la korang ada pelajaran formal dalam bidang web design ataupun belajar from Uncle Google sekali pun. Memang tak ramai yang memanfaatkan ilmu web design yang mereka ada sebab ada di antara mereka malas dan sudah tentu perkara yang paling ditakuti adalah..’coding’.Memang ada anak-anak muda sekarang suka copy dan paste sahaja, tambah-tambah dalam assignment kan? Kalau korang nak tau, memang kalau ada assignment web design, kalau korang copy paste jek..memang teramat la rugi nya..

Perkara paling basic sekali nak mempelajari ilmu web design adalah mengetahui bahasa pengaturcaraan yang paling mudah iaitu HTML(Hypertext Markup Language) yang mana sesape yang belajar web design pun mesti tau apa dia HTML tu..korang mesti lah tau code kan kesemua basic code dalam notepad tanpa menggunakan sebarang software WYSIWYG seperti Dreamweaver dan sebagainya. Ini disebabkan korang tak tau dan tak akan nampak sendiri kalau korang tak hafal kesemuanya sekali…bukan susah pun..dan tak banyak sangat..itu pun kalau korang minat la dengan bisnes web design yang mana ramai dah berjaya wat duit freelance keje web design ni..sesenang je dapat USD500 untuk satu job tu. So sape taknak kan?

So hari ni mari sama-sama kita belajar, apakah elemen asas dalam web design yang perlu ada pada sesebuah web.

1.Header

-header merupakan elemen permulaan bagi sesuatu web dimana header merupakan interface pertama sekali yang akan dipandang oleh visitor.Secara tak langsung, penggunaan logo biasanya ada pada header dan selalunya diletakkan diselah kiri header.Kalau korang tengok contoh-contoh web dibawah ini merupakan header dan logo disebelah kiri.

2.Navigation

-navigation atau navigasi bagi sesuatu web amat penting. Ini bagi memudahkan pengguna mengenalpasti arah dan kedudukan mereka pada sesuatu web. Kedudukan navigasi perlulah jelas dan mudah dilihat oleh penggunan. Biasanya butang navigasi berada di atas header dan juga pada footer.

3.Content

-ruangan content pula adalah dimana ruangan teks atau image bagi sesuatu web. Jika anda dapat lihat, ruangan image dan juga mungkin teks pengenalan diletakkan diruangan ini.Ruangan ini merupakan ruangan paling penting dimana segala isi kandungan web berada di ruangan content tersebut.

4.Footer

-Footer merupakan ruangan paling bawah dan biasanya paling akhir sekali dilawati oleh pelawat. Disinilah berfungsinya navigasi tersebut untuk membawa semula pengguna ke ruangan content semula atau ke link-link yang berkaitan atau kembali semula ke home page

5.Home Page

-home page atau dikenali sebagai index.html yang mana jika anda ingin membina sesebuah website, anda perlu ada satu file yang bernama index.html yang akan berfungsi sebagai halaman utama sesebuah web itu. Ini adalah penting kerana, tanpa home page, kesemua link anda tidak akan dapat berfungsi dan domain anda tidak akan dilinkkan ke page pertama anda itu. Oleh itu, adalah amat penting bagi anda untuk menamakan page pertama anda sebagai index.html

Itulah merupakan bahagian paling penting dan asas di dalam sesebuah web dimana tanpa kesemua elemen tersebut. Ia bukannya digelar sebuah laman web.Betulkan ye jika ada kesalahan dan sila tambah jika ada yang perlu.

Terima kasih

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Macam Mana Nak Buat Website?
  2. Review Panduan Asas SEO WordPress
  3. Macam Mana Nak Jadi Web Designer Dalam Masa 1 Jam?
  4. Tak Kenal Maka Tak Cinta
  5. Bagaimana Menjual Website?

Comments (3)

aku mula belajar html ni mase zaman geocities dulu.
mase tu bukak website sendiri, belajar html sendiri.
dia punya website url address panjang giler macam alamat rumah.

zaman study memang ramai yg suke buat web dengan copy paste je.. bukan nak belajar sendiri.. kawan2 aku pon ramai gak camtu dulu.. nama je pelajar multimedia tp main copy paste.. sekarang dpt task buat web, aku jugak yg jadi mangsa nak kene ajar diorang.. babai jelaa.. dulu suruh belajar korang copy paste.. ni nak suruh aku ajar plak.. pehal?

boleh je nk ajar, tp hulur2 la skit.. hehe.. nk suruh buatkan pon boleh.. tp biar kene pada bayaran.. hahaha.. bleh berbisnes plak.. :p

peluang tu..hehe