Perkara Penting Bagi Blog Untuk Menjana Income

5

Posted by reezluv | Posted in Bisnes Internet, blogger | Posted on 24-02-2010

Jika sebelum ni aku ada menulis tentang blog tidak sesuai untuk menjana income sampingan, kali ni aku nak buat satu post untuk para blogger sekalian, yang mana aku akan kongsikan kat korang apakah antara perkara penting pada blog yang perlu ada untuk korang menjana income dengan blog ni.

Pada asasnya aku akan anggap korang sudah pun memiliki blog, terutamanya blog yang self hosted. Apa plak blog self hosted tu? Bermaksud blog sama ada dot com atau dot net atau apa sahaja la.Sebab kesemua perkara yang akan aku sebutkan ini tiada gunanya untuk blog blogspot.

Kalau korang minat sangat nak dapatkan income blogging seperti yang aku dapat selama ni dan kalau korang pembaca setia blog aku, cuba ikut tips-tips yang aku berikan kat bawah ni dan bandingkan dengan blog-blog yang telah anda bina selama ni..adakah sama atau tidak.

1.Pilih niche

-perkara paling asas yang perlu ada adalah blog niche, sebelum ni memang aku sendiri takde pun blog niche, silap, sebenarnya ada.Aku pernah memiliki sebuah blog niche yang dah mendapat advertiser yang direct contact dengan blog aku. Masa tu niche aku adalah web design dan graphic design.Cuma mungkin aku tak nampak peluang pada masa tu, blog tu pun dah berkubur. Untuk menjana income macam aku, mestilah ada blog niche dan mestilah dalam Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu bukan tak boleh, tapi agak sukar dan terlalu lambat untuk mendapat hasilnya, tapi kalau korang seorang usahawan yang berniaga barangan fizikal melalui blog, ianya mungkin tidak ada masalah.

2.Update Selalu

-update selalu ni bukan bermaksud update hari-hari..tapi cukup la kalau 3 kali dalam seminggu. itu yang selalu aku buat bila dah malas sangat nak update blog-blog aku..hihih..

3.Mempunyai PR

-blog yang amat pantas dan amat digemari oleh advertiser adalah blog yang mempunyai PR.Seperti yang sifu aku juga pernah cakap sebelum ini, korang boleh tengok apa yang ditulis oleh Rohaizad.com tentang jenis-jenis advertiser.

1. Advertiser yang gila pada PR (pagerank) – do follow backlinks (Google dan Yahoo).
2. Advertiser yang gila pada traffik – Alexa rank.
3. Advertiser yang gila pada SEO – HPK (high paying keyword) di SERP + keyword BIASA via in content link program.
4. Advertiser yang gila pada persembahan blog – blog yang cantik dan menarik.

Jika blog korang ada salah satu kriteria pada jenis-jenis advertiser berkenaan, maka korang memang layak dan secara automatik dapat menjana income macam aku juga, janji korang ada blog..hehe.

4.Tidak terlalu semak dengan iklan

-ada yang berpendapat, bahawa banyakkan letak pelbagai jenis banner affiliate, clickbank dan sebagainya di blog niche, ini membolehkan korang menjana income dari blog tersebut. Ya memang betul..tapi jika blog korang tu belum sampai tempoh matang lagi, adalah dinasihatkan untuk mengurangkan jenis banner di blog niche korang. Paling maksimum pun 2 atau 3 sahaja.

5. Muzik tidak perlu

-kalau korang rasa blog niche memerlukan muzik sebagai hiburan untuk pembacanya..korang salah sama sekali, sebab pembaca blog niche biasanya mencari maklumat dan bukannya untuk mendengar muzik. So elok kiranya korang buangkan muzik yang auto play di blog korang sebab ianya akan mengganggu visitor korang sama sekali..walaupun korang rasa lagu tu sedap didengar..

Cukup rasanya lima tips untuk blog pada kali ini. 3 point pertama tu merupakan perkara paling penting sekali dalam berblogging. Kalau korang dapat mencapainya..tahniah!

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Blog Tidak Sesuai Untuk Menjana Income Sampingan?
  2. Bagaimana Menjana Trafik Dengan Facebook?
  3. Income Hasil Blogging dan Buat Duit Dengan Grafik
  4. Berita Baik Bagi Blogger!
  5. 5 Perkara Terbaik Yang Korang Ada

Comments (5)

yup. benda yang sama aku cerita kat blog aku. itu yang kita kena ada. baru senang duit nak masuk..

yang no 3 tu belum terlaksana lagi tapi dalam proses untuk mendapatkannya.

best,,hehehe,tips yang bernas!

sangat2 bersetuju dengan entri ni.. dan yang pasti, muzik itu tak perlu.. blog bukan radio.. melainkan niche die adalah music dan radio..

yap betui