Selamat sejahtera.
Sejak akhir-akhir ini, kita sering mendengar di media massa berkenaan kecaman terhadap blogger-blogger di Malaysia yang dikatakan terlalu bebas bersuara sehingga ada di kalangan blogger sanggup menghina Institusi Beraja di negara ini (antara isu yang hangat diperkatakan ketika ini) dan beberapa lagi isu besar yang berlaku di negara ini yang tidak ingin saya sebutkan di sini.
Saya tidak berminat untuk menyentuh isu-isu tersebut dengan lebih mendalam.Apa yang saya ingin kupas pada artikel kali ini adalah mengenai siapa yang sepatutnya berblogging (Ya, siapa pun boleh berblogging asalkan mempunyai minat, pandai menggunakan komputer dan mempunyai sambungan internet!) dan siapa yang seharusnya tidak terlibat dalam dunia blogging demi untuk menjaga nama baik blogger-blogger lain yang tidak terlibat dalam mencetuskan sebarang provokasi di negara ini.
Baiklah, untuk memahami persoalan yang telah saya bangkitkan pada awal artikel ini, eloklah kita kembali kepada persoalan asas iaitu berkenaan fungsi dan tujuan sebenar blogging.
Blogging wujud apabila masyarakat semakin sedar akan kepentingan mereka menyuarakan pendapat mereka di samping berfungsi sebagai media alternatif untuk mendapatkan berita dan maklumat.Kini masyarakat tidak lagi perlu bergantung kepada media massa seperti televisyen dan akhbar semata-mata untuk mendapatkan berita dan maklumat terkini.
Namun, seperti juga teknologi yang lain, blogging juga boleh disalahgunakan oleh individu-individu yang tidak mempunyai rasa tanggungjawab semasa menyuarakan pandangan peribadi mereka yang keterlaluan di blog mereka.Mereka menulis dengan sewenang-wenangnya tanpa mempedulikan perasaan dan sensitiviti masyarakat sekitar.
Jadi di sini saya ingin bertanya satu soalan kepada anda.
Apakah tujuan sebenarnya anda berblogging?
Saya pasti ramai yang akan menjawab soalan saya itu dengan memberi jawapan seperti di bawah :
1 – Memberi pandangan peribadi terhadap sesuatu perkara dan isu-isu
Semasa secara berhemah
2 – Mencari kenalan untuk berkongsi pendapat dengan anda
3 – Ingin menjana pendapatan melalui blog
4 – Mencari maklumat dan berita terkini
Senarai jawapan yang saya berikan di atas hanyalah sedikit daripada 1001 jawapan yang mungkin anda boleh berikan kepada saya untuk menjawab soalan yang saya kemukakan tadi.
Jika jawapan yang ingin anda berikan terdapat di atas, saya dan blogger-blogger lain amat mengalu-alukan kedatangan anda dalam dunia blogging dan anda mendapat sokongan penuh daripada kami semua.Selamat datang ke dunia blogging!
Tetapi jika anda berhasrat untuk mencetuskan kontroversi dan provokasi serta menjadikan blog anda sebagai medium untuk anda melaksanakan hasrat anda itu, MAAF!ANDA TIDAK KAMI ALU-ALUKAN! (kami AMAT berharap anda tidak menjadi seorang blogger jika itulah matlamat dan tujuan anda untuk berblogging!).
Jadi siapa yang patut dan tidak patut berblogging sebenarnya bergantung kepada tujuan sebenar anda dan kenapa anda berblogging.Apa yang penting, ‘jangan kerana nila setitik, habis susu sebelanga’.
Jagalah nama baik blogger-blogger lain kerana mereka adalah sahabat kita di dunia maya (walaupun tidak pernah bersua muka di dunia nyata).Hormati mereka jika anda ingin dihormati.
p/s : artikel saya kali ini adalah sebagai satu nasihat kepada diri saya sendiri dan rakan-rakan blogger yang lain agar tidak menggunakan blog untuk tujuan yang tidak berfaedah serta merugikan diri sendiri dan orang lain.
Sehingga berjumpa lagi!
Artikel ini ditulis oleh : Fuadmuhammad aka Adrenal
Related posts:

patutlah rasa lain je baca entri ni, rupanya bukan reez yang tulis.
aku sokong titan 100%
we-(web+log)
we-weblog
=blog
bagi aku? ada banyak misi. antaranya..
1. cari duit. nak makan nasi.
2. cari duit. nak kahwin.
3. cari duit. nak cari orang yang mesti dicari..
dan sebagainya. Hehe..
titan nak cari sape sebenarnya tu?