Posted by adrenal | Posted in blogger | Posted on 10-02-2010
Salam sejahtera..
Saya pasti ramai di antara kita berminat untuk menulis blog atau dengan maksud lain menjadikan aktiviti blogging sebagai salah satu rutin harian mereka.Ya, blogging juga merupakan salah satu aktiviti yang baik untuk dilakukan (bergantung kepada matlamat dan objektif asal anda untuk berblogging).
Kenapa saya berkata bahawa aktiviti blogging merupakan satu aktiviti yang baik dan berfaedah?
Begini..
Dahulu ketika internet belum lagi menjadi medium perantaraan yang penting, kita pastinya akan berkunjung ke kedai kopi dan warung, ajak rakan-rakan kita duduk semeja sambil minum segelas air,dan bersembang mengenai sesuatu perkara.Masa itulah kita akan menyuarakan pendapat dan pandangan kita berkenaan sesuatu perkara (kadang-kadang sampai kecoh warung tu!).
Dengan adanya internet, kita tak perlu lagi berkunjung ke warung lagi semata-mata untuk berdebat mengenai sebarang perkara yang ingin dibincangkan.Ada internet,ada laman sosial seperti Facebook,Myspace dan Friendster, maka bolehlah kita terus menyuarakan pandangan dan komen kita berkenaan sesuatu perkara (tak perlu lagi pesan air minuman di warung).
Namun, terdapat segelintir individu yang merasakan bahawa adalah lebih baik jika mereka mempunyai laman peribadi mereka sendiri.Maka dengan itu wujudlah laman blog seperti WordPress dan Blogspot untuk memberi ruang kepada pengguna internet yang inginkan laman peribadi mereka sendiri.
Sungguhpun begitu, timbul pula masalah lain di kalangan blogger-blogger ini..
‘apa aku nak tulis di blog aku?’
‘aku dah tulis dah post nih..habis tu post baru nanti nak tulis pasal apa pulak?’
‘pengunjung blog aku minat ke dengan topik aku post nih?’
Ya, itulah dilema yang sering dialami oleh blogger-blogger sama ada blogger baru atau yang sudah lama berblogging.
Jadi apa masalah mereka sebenarnya?
Tiada IDEA!
Jadi apakah jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah ketiadaan idea untuk menulis blog?
Di sini saya berikan tiga cara untuk mendapatkan idea untuk blog anda :
Teknik 1 – Latih Diri Anda Supaya Rajin Membaca
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia amat menyedihkan sekali.Kebanyakan daripada rakyat Malaysia membaca buku secara purata kurang daripada 10 buah setahun.Saya harap anda seorang yang rajin membaca dan tidak termasuk dalam kelompok tersebut.
Dengan pembacaan yang kerap, saya pasti anda akan mendapat idea berkenaan artikel terbaru anda.Anda boleh membaca pelbagai jenis buku atau majalah yang anda minati tidak kiralah sama ada majalah berbentuk hiburan, sukan, memancing dan sebagainya (bergantung kepada niche blog anda).
Kemudian, baca majalah atau buku yang anda sukai itu sehingga habis (jangan pula hanya sekadar menyusunnya di rak buku anda sahaja!) dan pastikan artikel atau topik manakah yang benar-benar menarik minat anda yang terdapat di dalamnya.
Kemudian, berikan pandangan anda berkenaan topik tersebut dengan menulisnya di blog anda.
Nah, anda sudahpun ada artikel terbaru untuk blog anda!
Teknik 2 – Kunjungi Blog Rakan-Rakan Anda
Saya pasti kebanyakan daripada kita mempunyai rakan-rakan yang juga merupakan blogger seperti kita.Sekali sekala apa salahnya jika kita mengunjungi blog mereka dan berikan komen ikhlas terhadap artikel mereka (lebih kerap anda review dan berikan komen di blog mereka adalah lebih baik!).
Di samping dapat merapatkan hubungan antara anda dan rakan-rakan anda, anda juga akan dapat menjana idea-idea baru untuk artikel di blog anda.Dengan membaca artikel yang ditulis oleh rakan anda, secara tidak langsung anda dapat memperoleh idea terbaru berkenaan artikel yang akan anda tulis nanti.
Namun, perlu diingatkan bahawa jangan sesekali anda meniru artikel mereka 100%!Cukup sekadar mengambil idea melalui artikel mereka sahaja supaya blog anda tidak dilabel sebagai blog ‘ciplak’ oleh rakan-rakan anda nanti.
Teknik 3 – Gunakan Laman Sosial Anda Untuk Mencari Idea
Ketika ini laman sosial menjadi tempat untuk jutaan pengguna internet untuk berinteraksi sesama rakan-rakan.Saya pasti anda mempunyai akaun laman sosial anda sendiri sekurang-kurangnya satu akaun bukan?(dan saya pasti ianya adalah Facebook!).
Jadi bagaimana untuk mendapatkan idea melalui laman sosial seperti Facebook?
Teknik ini merupakan teknik yang paling mudah sekali untuk anda mendapatkan idea.Anda Cuma perlu ‘blast’ di profil anda dengan bertanyakan kepada rakan-rakan anda berkenaan artikel terbaru yang ingin anda tulis di blog anda nanti.Minta pendapat mereka dan saya pasti anda akan dapat idea yang ingin anda cari.
Baiklah, itu sahaja artikel saya pada kali ini.Saya harap anda dapat mengaplikasikannya dan berjaya mendapatkan idea untuk blog anda nanti.
p.s :baru sahaja membeli dua buah majalah petang tadi..
p.s.s : kalau tak dapat idea jugak, Tanya bro Reezluv,kot-kot dia boleh tolong..hohohoho..
Jumpa lagi!
Artikel oleh:fuadmuhammad a.k.a adrenal
Related posts:












betul tu.aku pun baru belaja tadi…
bagus2..menulis blog takla susah sgt klu kita tahu mcm mana nak cari idea..keep it up bro!~