Seketika Bersama Seniman Teater

0

Posted by reezluv | Posted in interview | Posted on 11-03-2010

Pada post kali ini aku berbesar hati ingin berkongsi dengan korang yang minat dengan bidang seni teater. Aku sebenarnya minat, tapi tak la terlalu minat sampai nak pegi tengok teater..tapi teringin sebenarnya nak tengok live teater..

Ok..untuk sesi interview kali ini, kita akan bersama dengan salah seorang aktivis teater di Negeri Perak iaitu di tempat aku sendiri..meh aku kenalkan dengan korang siapa dia ni dan sedikit latar belakang mengenai beliau.

Nama: Rashidi Bin Abdul Kharis

Pekerjaan : Pembantu Am Pejabat

Tempat Pekerjaan : Jabatan Pelajaran Perak

Pencapaian Dalam Teater :

-Pengarah Terbaik Pekan Teater Negeri Perak 1994

-Pelakon Lelaki Terbaik Pekan Teater Negeri Perak 1998

-Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Pekan Teater Negeri Perak 2002

Beliau merupakan seorang yang aku kagumi kat tempat kerja aku tu sebab beliau amat passion dengan apa yang beliau buat dan aku amat minat dengan apa yang beliau lakukan. Oleh sebab itu, terdetik di hati aku ingin bersama beliau di blog aku ini untuk aku hebahkan kat korang yang mana mengenali…jom tengok sesi pengenalan beliau menerusi video di bawah.

YouTube Preview Image

Apa pun beliau memang banyak pengalaman dalam bidang teater dan aku harap satu hari nanti beliau akan menjadi salah seorang pelakon yang berjaya..Mari sama-sama kita hayati sesi temuramah dibawah

1. Bagaimanakah pada mulanya tercetusnya minat abang dalam bidang seni teater ini?

Mulanya saya berminat kepada bidang lakonan kerana sering menonton drama tv terbitan rtm ketika masih di bangku sekolah rendah lagi. Oleh kerana sangat berminat kepada bidang lakonan ini saya sedia pergi menonton opera cina atau wayang cina di sebuah tokong berhampiran dengan rumah. Satelah tamat persekolahan saya terbaca sebuah iklan mencari ahli baru kumpulan teater Badan Budaya Perak pada tahun 1984 lalu menyertai kumpulan tersebut. Mulanya sebagai ahli biasa dan telah dilatih oleh ahli lama yang berpengalaman seperti Azizul Hakim,Rustam Shariffudin,Azmi Zulkifli,Mohd Nazri,Rosenah Samsulam dan Rohani Che Dan.Selepas itu sering dihantar mengikuti kursus dan bengkel teater anjuran kementerian kebudayaan dan swasta.

Kini saya merupakan timbalan pengerusi ,pengarah ,jurulatih teater Badan Budaya Perak. Selain itu juga saya memegang jawatan sebagai naib yang dipertua majlis teater perak, jurulatih seni budaya Negara bagi negeri Perak dan Fasilitator Penghayatan sastera dan budaya PLKN kem negeri Perak. Saya juga sering di panggil untuk menjadi penceramah,panel hakim dan mendeklamasi puisi.

2.Apakah kenangan manis yang pernah dikecapi sewaktu berada dalam bidang ini?

Detik paling indah dalam kerjaya saya ini yang sukar dilupakan bilamana dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik pekan teater peringkat negeri perak pada tahun 1994 dan menerima Anugerah cemerlang perkhidmatan yang disumbangkan oleh polis kontijen negeri perak 2009 kerana membantu mereka menjayakan pantomen dimajlis santapan di raja.

3.Pada pandangan abang, sejauh manakah kesedaran anak-anak muda zaman sekarang dalam bidang seni teater ini?

Pada pandangan saya tentang kesedaran anak-anak muda dalam bidang seni teater ini masih belum boleh dibanggakan lagi.Rata-rata dikalangan mereka belum cukup terdedah dalam bidang ini. Banyak acara-acara majlis di sekolah lebih kepada seni tari. Maka bak kata perpatah tidak kenal maka tidak cinta.

4.Apakah impian abang yang belum dikecapi  dalam bidang seni teater ini?

Impian saya agar seni teater akan terus berkembang dan maju memberi ruang serta peluang kepada para pelajar dan orang ramai mengenali dan menceburi bidang kesenian ini di samping dapat membentuk kepribadian bangsa yang mantap jati drinya kerana teater itu dapat memanusiakan manusia.

5. Akhir sekali, apakah harapan abang terhadap perkembangan seni teater di negara ini?

Harapan saya agar kesenian teater ini akan terus diminati oleh semua lapisan masyarakat dengan bermula dari pendidikan rendah lagi seperti mana yang dilakukan di Negara barat sehinggalah kepada persatuan-persatuan,jabatan kerajaan maupun swasta.Program bimbingan seni budaya Negara harus dimantapkan lagi serta dikembangkan ke serata sekolah agar seni teater ini dapat dikenali dan dihayati.Kegiatan maupun aktiviti kesenian ini harus diperbanyakan supaya ianya dekat dan melekat di hati masyarakat……

Apa pun ribuan terima kasih diucapkan kepada abg Shidi (kat opis aku panggil abg Shidi je..) sebab sudi ditemuramah oleh Reezluv.com yang mana kalau tak lama artikel ini diterbitkan. Tapi atas masalah-masalah tertentu, maka agak lambat pula diterbitkan.

Jadi kalau sesape nak berkenalan atau menghubungi beliau, bolehlah melihat profile Facebook beliau untuk berkenalan dengan lebih mesra lagi…:D

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Sejenak Bersama SifuLan
  2. Interview Bersama Noorizam Shah
  3. Apa Jadi Bila Mac Vs PC?

Comments are closed.