Pakej Fotografi Perkahwinan Ipoh

Siapa Saya? Bahagian 1

Arini aku terasa nak bercerita sedikit kat entry kali ni yang agak personal. Bagi sesape yang tak kenal aku ni sape, aku akan revealkan kat sini dan mana rentetan peristiwa aku terjebak ke dunia online business ni dan kenapa aku pilih bidang ni yang bagi sesetengah orang tu amat blur dan tak tahu sangat apa dia dan juga yang takde ilmu tentang bidang yang aku ceburi ni. So jom sama-sama baca cerita bahagian satu ini dengan tenang..hehe..

Kisahnya bermula pada tahun 2003-2004 yang mana pada masa tu aku masih study lagi kat PUO dalam bidang Kejuruteraan Awam. Masa tu selalu la aku pergi ke cyber cafe dan selalu la habiskan masa dengan chatting kat YM atau kekadang tu main game je kejenya pegi cc dan sampai naik menyampah. Online pun pasal nak cari bahan untuk assignment pada masa tu. Secara tak sengaja masa aku ngah browsing dari satu web ke satu web yang lain aku ada terjumpa satu web ni. Web tu aku tak ingat web apa..tapi lebih kepada web iklan percuma yang ada memacam iklan. Paling banyak adalah iklan buat duit diinternet yang mana aku rasa tertarik nak baca. Paling femes adalah iklan berbentuk begini.

SMS nama dan alamat, saya akan berikan maklumat untuk anda jana wang RM10K seminggu!

Tengok jek iklan tu terus rasa teruja gila sebab maklumlah, student.Memang pokai la kan..hehe. Aku tengok peti surat ada pamplet di dalamnya terkandung pelbagai testimonial yang mana mereka dah berjaya dengan teknik tersebut. Pada masa tu aku amat taksub tengok. Program apa tu aku tak ingat, tapi caranya adalah masukkan wang pos ke akaun yang dah tertulis, kemudian fotostat sebanyak mungkin untuk dapatkan duit. Fuh..memang bersemangat gila aku masa tu. Sanggup berabis duit beli envelop sampai 100 keping..pastu kuar plak duit gi fotostat bahan yang nak di post tu..tak termasuk lagi kos setem…tak cukup dengan tu, masa tu aku praktikal..aku gunakan mesin fotostat syarikat plak dan fotostat sebanyak mungkin..(free kot..) so korang jangan la ikut cara jahil aku ni..haha..pastu aku tunggu la dari minggu ke minggu, dari bulan ke bulan….boleh kata hari-hari aku gi bank nak tengok banyak mana income dah..mana tau kot dah dapat RM20,000 ke?KARUT!!!

Sebulan aku tunggu..ada la dapat satu je..itu pun hanya RM30..tak pulang modal betul la..menyumpah-nyumpah aku masa tu..then aku surf lagi….sampai la aku terjumpa laman web Moneyclicking iaitu bro Kidino punya. Maka dari situ la aku download pelbagai jenis ebook yang mana first time aku rajin kumpul ebook sampaikan dah beribu koleksi ebook yang aku baca..dari situ la aku kenal ngan minisites, affiliate, getresponse, autoresponder, paypal dan sebagainya….

Sebut pasal paypal..masa tu memang aku teringin gila nak ada akaun paypal..

Aku jumpa la Malaysiapal iaitu milik Bro Bitol yang pada masa tu amat top dengan produk beliau itu. Masa tu ar aku kenal juga dengan bro Gobalakrishnan yang namanya juga se top bro Kidino ni.

Ok lah..end of part 1..nanti bahagian kedua plak aku akan ceritakan bagaimana aku dapat akaun paypal dan juga apa langkah aku seterusnya……jangan lupa ye bookmark blog ni sebab mungkin malam karang atau esok aku akan update cerita ni, atau subscribe blog ini dengan click pada banner di sidebar tu..

Related posts:

  1. Siapa Saya? Bahagian II
  2. Siapa Saya? Bahagian III
  3. Saya Generasi…?
  4. Need a little Space
  5. Best Sangat Ke PC Ebay Noorizam Shah?

Dapatkan FREE Updates:
*Please click on the confirmation link sent in your Spam folder of Email*
Recent Related Posts

2 thoughts on “Siapa Saya? Bahagian 1

  1. Assalamualaikum Reez,

    Boleh saya tanya sikit ? Sebelum buat payment, macamana nak tahu samada kita masih ada entitlement untuk harga istimewa RM40 bagi pakej e-grafik, e-banner, e-logo etc (pembeli bawah 100) atau masih boleh di beli atau tidak (pembeli bawah 500). Saya menggunakan adobe photoshop untuk edit imej di laman :

    http://sihatmasayu.wordpress.com/

    Saya perlu mendalami lagi di bidang grafik ini kerana dah mula minat dan perlu untuk digunakan di masa akan datang. Sekian terima kasih

    Salam hormat

    Zainura

       0 likes

    • salam zairuna66:senang je..tengok je pada harganya…kalau harganya berubah selain RM40..maka sudah melebihi 500 jualan…buat masa ni tidak ada peningkatan harga lagi atau limitation bagi jualan ebook ini sehingga mencapai kuotanya lagi. Jika sudah cukup, seperti di surat jualan tersebut, sudah menceritakan,cukup sahaja, saya akan tutup jualan ini…

      harap membantu

         0 likes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>