Siapa Saya? Bahagian II

4

Posted by reezluv | Posted in info, santai | Posted on 10-03-2010

Ok, kalau sebelum ni aku ceritakan siapa aku, so skang ni aku akan citekan plak sambungan dari episod satu tu…Sambungan tu ada kena mengena dengan akaun paypal kan. Sebenarnya aku bukan bukak akaun paypal sebaik sahaja aku dapat info dari malaysiapal dan juga moneyclicking tu, tapi aku just memantau dan baca blog-blog yang best serta penuh info.

Pada masa tu lah aku terjumpa dengan forum Wangcyber iaitu forum komuniti usahawan internet yang mana pada tahun 2006 aku dah register sebagai ahli dan berforum.Pada masa tu tak ramai yang ada di Wangcyber…yang mana semuanya dah jadi antara top pioneer usahawan internet di Malaysia ini.Dari situ aku mula kenal dengan dunia perniagaan internet. Pelbagai ebook dan macam-macam panduan aku download. Serentak dengan itu, aku pun join juga satu forum lagi iaitu Digitalpoint atau dikenali sebagai DP sahaja. Kat sana aku hanya melepak kat thread yang aku minat iaitu Graphic & Multimedia sahaja kerana kat situ la aku leh sembang lebih sikit..hehe..

So setahun lepas tu, aku dapat duit dengan titik peluh aku sendiri iaitu aku memenangi satu pertandingan reka logo di forum Wangcyber..fuh..masa tu lah duit grafik/online pertama aku pada masa tu. Aku usaha lagi dan simpan sikit duit..last sekali aku cadang nak buat akaun paypal…

Setelah membaca pelbagai ebook, dan juga sempat gak masa tu menyembang-nyembang ngan Catz kat Wangcyber masa tu..kalau korang nak tau, Catz ni la banyak guide aku..bape kali aku kena basuh ngan die sebab aku ni cam biasa ar..malas dan agak lampi..kekke..yang die tu dah tahap pro dewa-dewa dah..hahaha..walaupun die sentiasa low profile..tapi sebenarnya die amatlah otai..jangan silap..die ni pompuan tau…pompuan ganaih aku panggil..(catz,jangan marah na….hehe..)

Kejadian aku nak create akaun paypal ni satu lagi cerita..masa tu heboh dengan Debit Kad Ambank yang mana boleh dibeli di 7E je masa tu dan masa tu memang tengah hot juga pasal Public Bank Debit kad..disebabkan nak cepat, aku pun pegi la Ambank dekat umah aku tu nak register amek debit kad tu..die tanya, nak guna debit kad ni untuk apa? Shopping ke?Aku cakap takde la..nak verify akaun Paypal….die agak tercengang..apa tu?So aku pun macam pegawai bank, terangkan la serba sedikit apa yang aku tau masa tu..confirm die tak paham…hahahahdisebabkan masa tu aku agak takde duit..sengkek la katakan..feesnya pun murah dan cepat katanya..so aku pun try la amek..sekali masalah melanda..jenuh la aku tunggu pin dari Ambank tak dapat2..aku antar email pun tak berbalas..nak kol? dah la sengkek..nak kol plak..adoi..haha..so aku let it go je le..kasi burn..

Seterusnya aku teruskan lagi langkah cari duit dan juga peluang kat Wangcyber tu..Alhamdulillah, dapat juga beberapa job di WC tu yang boleh menampung sikit bajet aku nak amek debit kad lagi satu iaitu PB debit kad atau Public Bank nama penuhnya..waktu rehat kat kolej aku gunakan sepenuhnya untuk aku datang kat kaunter tu dan tanya nak buat debit kad..then dia kasi borang dan mintak aku IC nak fotostat katanya..sekali die nak scan IC aku takleh detect..bape kali amoi tu padam ngan pemadam..die kata memang camtu..IC kita ni memang low quality cipnya…katanya, ada yang baru buat, terus pegi bank..sama juga, takleh detect..kenapa ye IC Malaysia tak buat kualitinya sama macam kredit kad atau ATM kad tu ek? Sampai skang aku tak paham…

So solutionnya aku kena kasi salinan surat beranak…aiseh..so esoknya aku datang la bawak salinan tersebut dan aku diberikan kad debit yang rupa ni ha..

Lepas tu dengan sepantas kilat aku cakap aku nak apply online akaun yang mana aku leh access statment aku secara online..tujuannya sebab aku nak dptkan expuse number tu dengan cepat.So lepas masukkan amaun RM50 kat dalam tu, aku pun verify kan dan akaun aku dicaj sebanyak USd1.95 untuk verified…memang best gile dan cepat prosesnya.Masa ni rasa best gile ada akaun paypal..haha..sebab dah leh terima payment dari luar negara..Ha..apa plak eh USD pertama aku eh? Aku dapat dari mana ye agaknya tu..tak lain dan tak bukan..aku dapat hasil USD pertama aku adalah dari BuatDuitGrafik yang mana aku dapat payment untuk buat logo pada masa tu dengan hanya USd20..walaupun kecik..tapi best betul la dapat…hehe..ye ar..USD pertama tu beb…sengih je aku tengok akaun paypal aku pada masa tu..dan ada amaun dalam tu..hehe..

Sambungan cite seterusnya adalah bagaimana aku menceburi bidang online business yang lain, yang jauh sangat dari area expertise aku sebenarnya..(bila nak abis da..)..so sambung lagi la nampaknya ke part yang ke-3…

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Siapa Saya? Bahagian 1
  2. Siapa Saya? Bahagian III
  3. Maybankard Menghampakan!
  4. AWAS!!Pengguna Kad Debit Visa Maybank…
  5. Cara Keluarkan Duit Dari Paypal

Comments (4)

ooo….kira ko ni anak didik catz lah….apapun pengalaman pertama sesuatu perkara pasti akan lekat di fikiran sampai bila-bila pun.

boleh la dikira cenggitu..hehe..tapi lagi banyak aku belajar sendiri..tapi die la yang kenalkan aku blog wordpress ni..love her so much..haha

pic tu..kad sendiri ke? panjang tul kuku!

pic yang mana tu? oho..business card tu? a’a..memang nampak panjang..tapi realitinya tak pun..eehhe