Kali ni dah masuk episod 3 dah..rasanya ini lah yang penghabisan..aku akan ceritakan sampai habis kat entry yang ni..tapi taktau la kot aku penat sangat kang..aku sambung ar lagi..hehehhe..
Ok,lepas je aku dapat duit dan survive dengan kerja-kerja freelance dan juga mencari pelbagai jenis job diinternet sehingga semurah USD20 dan semahal USD200, memacam yang aku dapat tempuhi dan kenali..rupanya ramai jenis manusia kat dunia ni…paling aku tak dapat lupakan salah satu client dari UK ni..suruh adjustkan logonya je..kasi nampak web 2.0, masa tu memang aku ngah gile web 2.0 pun..so aku adjust ar kaler ngan kasi shining sikit…so deal adalah USD20 untuk logo tersebut..kendian ada sedikit adjustment lagi yang perlu dibuat iaitu kaler kasi tukar, dan ada sedikit perubahan tentang kedudukan iconnya..Aku buat dan aku pun submit balik dan dia amat puas hati dengan hasil kerja aku…esoknya aku tengok, dia masukkan lagi USD20..aku tanya la dia, kenapa? Katanya dia dah susahkan aku..so dia hadiahkan USD20 tu kat aku sebagai bayaran revision…aku ucapkan terima kasih dan itu rasanya kenangan paling manis walau tak banyak..
Pada masa tu jugak aku ada keluarkan satu ebook yang ringkas..tentang Panduan Daftar Paypal yang mana skang ni dah beribu orang yang download ebook tu..aku wat simple jek…tak sangka plak dah beribu orang yang downloadnya….masa tu aku pakai satu domain yang panjang iaitu Reezluvdesign.com namanya. Dulu serius memang aku pening gile nak pilih nama domain..setelah pening kepala, aku decide nak wat niche graphic design…so aku pun buat la tutorial design photoshop di blog aku..pada mulanya aku buat screenshot..sebab leceh sangat prosesnya..aku tukarkan kepada bentuk video..senang sikit..upload kat Youtube..then letak je..setel..kalau korang tengok kat page tutorial tu, tu la antara tutorial yang aku pernah berikan dahulu..memang tak banyak..sebab domain aku tu tak lama…al kisahnya aku eksiden, dan kalau korang nak tau, dulu aku ulang-alik ke cc je sampaikan aku penah dapat satu job dari sorang IM terkenal ni, kena nasihat dari dia..nak buat online business ni kena la ada internet access kat rumah, kalau tak susah la..memang banyak revision dia tu membuatkan aku selalu ulang alik ke cc..tapi aku tak kisah sangat..sabar aje la aku masa tu..ok, berbalik kisah aku eksiden tu, kaki aku retak dan aku kena duk umah selama 3 bulan..so aku decide untuk extend sem aku kat kolej tu satu sem…3 bulan la aku duk umah dan berulang alik hospital…
Masa tu la nasib baik la yang tersayang memahami aku, dia la yang tolong check kan email aku, dan juga log in ke forum tu selalu dan inform kalau ada sesape nak tempah dan beritahu berita tak best tu kat client-client aku tu..kekadang tu aku online kat handphone, tapi apa rasa….kecik jek..tak bernafsu langsung aku dibuatnya masa tu..sekali tengok bill..wacha!..gile babas…masa tu nak pakai celcom broadband? Kat area aku ni masa tu belum sampai…secara rasminya aku rasakan aku terpaksa kuburkan domain aku tu sebab tak mampu nak bayar kos hosting pada masa tu…so let bygone be bygone…
Selepas je sembuh..aku selalu la baca pasal kisah Sifu-Lan yang amat femes dengan Ebay ni…
Masa ni la aku amat teruja dengan kisah beliau dan kisah dropshipper rahsia beliau..tanpa pikir panjang, aku buat keputusan untuk cuba..adakah ini bidang yang boleh aku pegi jauh? So aku pun verifiedkan akaun Ebay aku tu dan aku beli ebook Sifu-lan dan juga ebook Noorizamshah..kedua-duanya aku baca dan fahami..memang betul apa yang Sifu-lan ajar tu menjadi…dalam masa seminggu je, aku dah dapat earning dari Ebay yang buat tu..hasil jual barang dari dropshipper rahsia tu..aku pun teruskan dan mencari droshipper lain yang lagi best…secara tak sengaja aku terjumpa beberapa droshipper lain masa surf kat internet dan juga forum-forum..aku pun try dan hasilnya memang amat best…aku dapat withdraw dari akaun aku sebanyak 3 kali tak silap aku..kesemuanya melebihi USD500 setiap kali aku withdraw..memang best pegi Public Bank pada masa tu..tapi hidup aku masa tu memang takde life..malam tak tido..adoi..selalu sangat pegi cc nya check order dan memacam lagi..bayar fees, kira untung rugi..
Elok je sales aku yang last pada masa tu, seingat aku la..aku dapat surat lapor diri oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran yang mana aku dapat jawatan tetap di Kementerian Pelajaran yang mana aku ditugaskan di Jabatan Pelajaran Perak…masa tu aku runsing gile..dan aku buat keputusan nak let go ebay ni dan nak berjuang dalam dunia blogging kerana aku tau, dengan blogging ni long term income aku leh dapat..tak perlu nak pikir pasal customer bising, shipping tak sampai, ebay fees, ebay rules dan memacam lagi..walaupun banyak caranya nak lepas semua tu..tapi aku tau aku bukannya ebayer yang tegar macam ada depa kat WC tu..
So aku pun beli hosting lain dan membeli domain ini akhirnya..nasib baik la ada…so sekarang ni aku merupakan part time blogger yang mana aku telah mendapat didikan dari Rohaizad.com dimana aku dah berjaya menjana ratusan ringgit dalam masa beberapa minggu je dengan hasil blogging aku tu..terkejut gak aku bila aku kira balik income aku..memang kejap je..tak lama lagi bro Shafawi aku rasa akan ikut jejak langkah aku gak, setelah guide yang aku kasi tu dapat USD30 sekali buat..haha..
Aku sebenarnya ada impian lain berblogging ni dan hala tuju aku adalah buat flipping..itu yang aku bakal buat bulan April nanti..doakan kejayaan aku…aku dapat semangat ni pasal ada satu thread oleh bro Syed Akmal ni wat aku tertarik..lama dah aku minat nak wat flipping ni tapi taktau caranya..tapi dia dah tunjukkan betapa senangnya nak hasilkan RM1848 dalam masa 5 hari je…itu yang paling best…blog takde traffic pun leh dapat income yang camtu..
So sekianlah sudah cerita tentang aku yang korang leh tau..lepas ni taktau la plak apa akan jadi seterusnya..life must go on…..
Popularity: 1% [?]
Related posts:

hahaha..dulu aku ingat reeluv ni ialah Luvleey suatu masa dulu…huhuu…
aku tau…ramai yang amat keliru..hehe
perghh….macam-macamlah projek ko….aku tergelak bila ko cakap dalam wc “aku dah tak sabar nak jual blog aku”….penangan flipping
….ligat betul buat duit.
yela..sebab tu memang target aku..laluan dah betui dah..sebab dari dulu lagi aku nak wat flipping, tapi taktau caranya..skang ni dah tau dah laluan die..senang le..hehe
aku suka baca cerite pasal kisah hidup dan kisah kejayaan macam ko ni.
bagi aku inspirasi dan motivasi.
tq.
Best juga baca kisah seseorang…
Bole wat filem ni…
Apepun congrats bro krn sudah mencapai ke tahap sekarang…sememangnya kisah anda lebih hebat drpd saya…
biasa je…ramai lagi lagi best….