Soalan ini mungkin salah bagi mereka yang tak tahu langsung yang website yang mereka bina itu boleh dijual. Seperti yang aku pernah postkan pada entry sebelum ini tidak lama dahulu, aku pernah membuat satu post tentang hartanah online. Ya, bagi mereka yang tidak tahu, sebenarnya website merupakan salah satu hartanah online yang Pejabat Tanah sendiri tak boleh nak pertikaikan.haha..tapi taktau la plak aku Pejabat Tanah ada kuasa nak kutip cukai tanah tiap-tiap tahun. Tapi sedar tak korang yang mana dalam dunia online juga ada pejabat tanah?
Itulah yang dinamakan Hosting Provider dimana segala file-file website anda dimuat naik ke hosting anda. Tak kira la korang dari hosting Malaysia atau luar negara. Skang ni aku dah tak payah risau tentang hosting lagi sebab aku dah beli ‘tanah’ di luar negara yang bernama Hostgator
So setelah anda siap setup website anda itu, apa yang perlu dibuat? Maksud website yang boleh dijual disini adalah website niche yang mana website yang hanya ditulis hanya pada satu topik sahaja. Sebagai contoh kalau anda semua boleh lihat diinternet. Jika anda ingin search tentang kasut Nike, tentu webnya hanya bercerita tentang barangan Nike sahaja dan sudah tentu tidak pada barangan jenama Reebok atau Adidas? Ini lah yang dimaksudkan dengan niche. Jika lebih spesifik lagi anda hanya menulis tentang barangan sepeti kasut wanita sahaja, atau barangan audio kereta contohnya.
Web seperti ini memang high demand bagi yang ingin membeli web-web niche sebegini. Tapi bagaimana caranya? Memang agak memeningkan tentang caranya bukan? Memang ianya agak teknikal, tapi jika anda sudah mampu setup blog niche anda sendiri dan mungkin tidak pernah terlintas di hati anda mahu menjualnya bukan? cuba lihat screenshot salah seorang rakan saya yang berjaya menjual websitenya…
Beliau baru sahaja setup website beliau selama seminggu dan sudah berjaya mendapatkan USD450 bagi sebuah websitenya yang tidak ada PR pun dan traffic pun zero…PERCAYA??Lihat sendiri di Rahsia Flippa. Kesemua cara dan tekniknya diterangkan secara jelas di dalam ebook berkenaan. Cuma aku masih belum berkesempatan nak mencuba menjual website-website yang anda. Apa yang pasti aku sendiri akan melakukannya tak lama lagi dan mungkin anda ingin mendapatkan USD1000 sebulan? Rasanya tak mustahil nak dapatkan. Owner ebook berkenaan dah buat puluhan ribu sebulan hanya dengan setup blog, then jualkan kepada pembeli yang sentiasa dahagakan web niche ini. Jika anda sudah mempunyai web yang sudah ada PR sehingga PR3 contohnya..sudah semestinya nilainya bakal melonjak naik sehinggan ribuan USD bagi sebuah website.
So kalau korang rasa blogging ni membuang masa dan duit…korang dah silap…tapi blog niche ya? Bukan blog suka-suka untuk menghentam mana-mana pihak atau blog meluahkan perasaan ok?
Popularity: 1% [?]
Related posts:

sy igt nak jual lah blog niche sy tu, nak try tgk berapa demand dia, hehehe
Bila dah boring dengan sesatu blog, bole lah jual kan??
Try buat blog lain plak…
a’a..tapi skang ni belum lagi..tunggu…hehehe
Bro ade beli rahsia flippa x? mcm mane ebook 2? bgs ker, da pnh dpt jual website blom?
aku tak beli, aku dapat free..sebab aku sponsor site tu..hehe..memang bagus..dari testimonial yang diberikan dan bukti dah ada dah. seminggu je leh dapat USD450, tu kira sikit le..tapi aku tak start lagi lor..next month..ada 3 site nak dijual..ngeh2