Posted by reezluv | Posted in info | Posted on 03-04-2010
Entri pada kali ini sebenarnya terhasil setelah aku lihat satu slot di Astro Awani yang mana satu topik perbincangan tentang sistem pendidikan dan dunia akademik di Malaysia ini. Ada yang berpendapat sistem pendidikan di Malaysia sudah tepu dan patutnya diubah.

Kalau korang semua dapat lihat beberapa minggu yang lepas, adik-adik kita yang baru sahaja mendapat keputusan SPM. Ada yang lulus dengan cemerlang atau ada yang gagal dalam sesetengah mata pelajaran. Mengikut panel yang memberi pendapat di dalam slot berkenaan, aku agak kagum dengan salah seorang panel yang menerangkan kita hanya ada student yang mengejar A sahaja. Kebanyakannya adalah menghafal. Oleh sebab itu kita lihat kebanyakan dari pelajar cemerlang adalah perempuan, dimana mereka lebih suka menghafal daripada lelaki.
Mengikut panel berkenaan, ada juga dikalangan kita yang menggredkan jika seseorang berada dalam aliran Sains, dia berada dikalangan pelajar-pelajar pintar, tetapi bagaimana pula dengan pelajar Aliran Sastera atau Teknikal. Memang jika di teliti, kebanyakan yang akan menjawab, Apa Cita-Cita kamu nanti? Kebanyakan akan menjawab, Akan Jadi Doktor atau Peguam..bukan?
Jadi di manakah hero yang sebenarnya? Mungkin tak ramai yang sedar, ada dikalangan mereka yang mendapat 17A atau lebih ini lebih kepada dunia akademik dan bagaimana pula dengan interaksi antara masyarakat. Jadi, ianya akan menjadi seorang yang tidak pandai menghadapi dunia sebenar. Memang di sekolah, dia akan didedahkan dengan pelajar sealirannya..tetapi jika dia ke dunia sebenar, segenap lapisan masyarakat akan mereka tempuhi dan ini akan menyukarkan mereka satu hari nanti jika tiada pendedahan dalam dunia sebenar.
Tetapi di dalam dunia serba maju dan tanpa sempadan masa kini, ramai yang dah mulai sedar, dan telah wujudnya ramai usahawan internet yang muda-muda dan mereka tidak berpaling lagi, syukur kerana ada yang sedar, malah tak kurang juga yang sesat…apa pun kalau korang sebagai remaja masih tidak sedar akan kelebihan internet itu sendiri..mesti korang tahu, betapa ruginya mengadap Myspace atau Facebook selama 3,4 jam lamanya sekadar membalas komen, tetapi ramai yang tidak sedar, INTERNET lebih dari itu..
Related posts:










