Posted by reezluv | Posted in grafik | Posted on 02-04-2010
Familliar tak korang dengan Photoshop action? Kalau korang taktau apa itu Photoshop action di dalam penggunaan software photoshop, sudah semestinya banyak lagi perkara dalam PS tu yang korang kena explore lebih lagi. Kalau korang mengambil masa satu atau dua jam contohnya untuk mengedit gambar dengan effect yang sama setiap kali, mungkin apa yang bakal aku revealkan kat korang ni sedikit sebanyak akan membantu.
Video selama lebih kurang 5 minit di atas tu korang boleh lihat tutorial dengan lebih jelas lagi apa itu photoshop action dan bagaimana hendak menggunakannya. Aku selalu menggunakan photoshop action untuk menjimatkan masa mengedit gambar. Bayangkan kalau korang kena mengedit gambar sebanyak 1000 keping dan kesemua effect adalah sama..dan satu effect tu korang setel buat selama 3 jam bagi satu gambar? Berapa lama ye baru nak siap kan?
Kat sini aku akan kasi beberapa photoshop action yang mungkin berguna bagi korang untuk editing gambar atau pun kegunaan lain yang rasanya kalau korang rasa ianya berguna, silalah download…selalu kalau nak resize gambar, aku akan buat satu photoshop action aku sendiri..caranya ada pada video di atas.
Ok, tanpa membuang masa mari aku kongsikan kat sini antara koleksi rahsia photoshop action yang tak ramai yang tahu ini..

Action yang pertama ini sebagaimana yang korang lihat, result gambarnya korang boleh dapat dalam pelbagai. Jadi pilih saja style bagaimana yang korang minat dan terpikat. Aku memang agak terpikat dengan action ini.
Ini pula macam korang tengok sendiri, gambar yang agak under expose boleh jadi over expose dan macam ambek gambar ni dengan speedlight adanya..try la nak tau best ke tak..hehe.
Kalau korang sukakan gambar-gambar cenggini memang sesuailah korang download action ini untuk simpanan korang. Aku memang suka dengan awan yang biru..walau aku takde CPL filter nak buat awan jadi biru semula jadi..korang leh ikut jejak langkah aku dengan download action ini ye.
Ini pula kalau korang minat dengan effect ala-ala shining-shining dan macam artist..ini pun antara effect yang aku amat suka gunakan.
Ya..black and white..atau BNW yang memang ramai gak yang suka, tambahan plak gambar potrait..ramai lah yang jatuh cinta bukan?
Adakah korang inginkan tone warna yang sebegini? Aku pun sebenarnya tengah mencari dan dah dapat..apa lagi korang yang tak dapat tu, cepat2 la download dengan segera..haha
Action seterusnya adalah untuk menyerlahkan lagi tone pada sesuatu subjek. Cuba korang lihat subjek yang telah diedit itu dan cuba implement kan dengan gambar yang korang snap tu..adakah makin cantik? Bukan susah pun..klik2 jek dah setel kan?
Bagi peminat HDR plak mai aku nak kasi korang satu action yang aku amat puas hati sehingga hari ini. Gunakan dengan bijak ye. Korang tak payah pakai Photomatix tu untuk buat HDR effect..dengan action tu je korang leh dapatkan.
Ini plak tone ala-ala lomography gitu. Sape yang minat? Download je. Free
Seterusnya pula adalah bagi yang cintakan kehijauan, bolehlah download action ini yang mana akan menghijaukan yang mana patut hijau tu.
Tone ni plak bagi sesape yang suka tu, download lah. Tone ni memang peberet..
Bagi yang suka dengan effect lomography, mungkin ini salah satu teknik dimana korang leh dapatkan tone sedemikian tanpa perlu membeli lomo kamera.
Seperti dalam gambar di atas korang leh lihat sendiri camne rupanya gambarnya nanti.Cantik bukan?
Peminat IR? Ini satu action yang paling best korang leh gunakan. Tak payah nak korbankan kamera korang. Gunakan je action ini habis cite..hehe
Ok. cukup setakat itu dahulu, kalau ada lagi nanti akan aku upload lagi ye..happy downloading.
Related posts:

























salam..ermm saya masih baru dalam photoshop ni..macam mana nak gunakan action yang dah di download?
maffkn saya yang hina dina ni yang masih mentah dlm photoshop..
sila rujuk video yang telah disediakan ye.terima kasih
huhu..saya online guna internet sekolah..tak dapat nak play video tu sebab mungkin telah diblok..thanks for this secret hehe..bnyak mmbntu..
kalau camtu.camni caranya..
1.Pada PS click Window-Action
2.Load Action
3.Select Action dan tekan button play
ok..dah dpt..thanks master..