Ada yang kata untuk jadi seorang blogger anda hanyalah kena ada pengetahuan untuk menulis sesuatu dengan baik ataupun tidak menyalahi mana-mana tatabahasa. Betul ke? Pada pendapat aku, tidak semestinya. Tengok juga kepada siapa dan blog itu ditujukan kepada siapa. Siapakah antara targeted readernya.
Sebagai contoh blog yang dibuat oleh ramai ahli politik, target reader mereka adalah mereka yang terlibat dalam politik dan juga dikalangan rakyat amat gemar berblog dan membaca blog. Takkan la target reader mereka adalah makcik penoreh getah tu kan?

Ok berbalik kepada persoalan yang aku ajukan pada tajuk post kali ini. Aku hanya tujukan kepada mereka yang berblog niche sahaja..diulangi, blog niche sahaja. Kepada mereka yang dah pernah baca post Rohaizad iaitu tentang income bloggingnya itu, mesti rasa teruja nak pegi seminar smartblogging tu kan? Kepada mereka yang ingin berblog seperti ini, pengetahuan basic HTML adalah amat penting bagi menjana wang menerusi blog niche tersebut. Kesemuanya adalah hasil dari penjualan ruangan advertising walaupun blog anda takde traffic pun…
Apa plak HTML tu ye? Mesti yang baru kenal blog berasakan nak belajar HTML ni punya la payah. Tapi aku cukup heran bila ada yang sanggup nak edit layout Myspace/ Friendster sampai 3,4 jam dan bangga bila ada orang puji layout mereka dan banyak komen gambar…adakah itu berbaloi membuang masa? Atau korang layan game Facebook setiap kali buka internet dan tak mau ambil kisah nak belajar basic html?
HTML atau (Hypertext Markup Language) merupakan bahasa pengaturcaraan web yang paling asas dalam pembinaan laman web yang seterusnya di kenali dalam bentuk file html seperti (index.html,contact.html) dan sebagainya. Laman web seperti W3schools menawarkan pengajaran secara percuma sahaja dan anda hanya perlu baca satu persatu dan fahami. Atau kalau korang ada duit lebih, pegi la menuntut ilmu dengan sifoo-sifoo yang menawarkan pembelajaran pembinaan laman web dan jangan kisah sangat dengan harga, biasanya rate nya takde la sampai beribu ringgit..Ilmu yang korang dapat tu amat lah berbaloi jika nak dibandingkan dengan apa yang korang bakal dapat nanti.
Antara kod html yang perlu korang tahu dan paling penting adalah seperti kod untuk link kan sesuatu perkataan. ianya amat penting kerana advertiser amat cerewet dalam pemilihan ruangan untuk mereka letakkan link mereka di blog niche anda. Jadi anda perlu bijak meneliti dimanakah sepatutnya anda meletakkan kod tersebut.Antara contoh kod tersebut adalah seperti dibawah.
<a href=”http://linkdomainanda.com”>Anchor text Link anda</a>
hasilnya adalah : Anchor text Link anda
Anda dah nampak kan? So sape kata tak penting. tak caya, tanya la mana-mana blogger yang dah lama buat blog, adakah mereka tahu kod tersebut..sudah semestinya kan?
Kepada peserta Seminar Smartblogging pada hujung bulan ni, tahniah diucapkan kerana anda telah berjaya memilih satu income source yang amat best sekali dan yang penting, ianya tak akan putus..hehe
p/s: baru tadi aku dapat satu job dari advertiser bernilai USD45 semuanya termasuk satu blogpost…placement link tu yang membuatkan aku keliru (thanks tu Rohaizad atas tunjuk ajar) Tunjuk ajarku SIFU!

Dah biasa mata aku nengok kod html , tambah2 lg aku pakai blogspot buat masa ni , nak edit template semua pakai html .
basic kena tau, itu memang standard
bagi aku sangat penting. Tak perlu tanya kenapa, memang kena tahu. Kalau tak tahu, kena belajar. Itu aje.
memang betul..tak tahu memang le kena belajar..kalau dah malas tu..nak wat camne ye tak?
pada aku mesti kena tau html..yang basic2 pun ok dah..tak susah kot..kalau rajin godek memang cepat pandai..
aku paling byk belajar coding kt w3schools tu.. recommended!
wajib tahu jugak2 yg basic2 HTML ni…
Bak kata pepatah, tak kenal maka tak jatuh cinta
erm html kena tahu cikit dah kira okla..
kira yang basic2 pun dah cukup bagus tuh… erm.. yang link atas tuh kira contoh..