Esok adalah 1 Mei di mana semua pekerja yang bekerja di Malaysia ini kecuali yang tak dapat cuti tu…akan meraikan satu hari yang begitu bermakna iaitu Hari Pekerja. Bagi yang makan gaji, atau pekerja swasta tentu best bila sampai Hari Pekerja ni sebabnya adalah..CUTI..hahah..
Tapi mesti tak bape best bagi yang bekerja di pusat membeli belah, restoran makanan segera serta tempat percutian..kompom cuti takleh…sebab orang ramai datang..kan? Tapi bagi mereka yang blogging full time tu, takde masalah bagi mereka tentang cuti tu..depa sendiri leh cuti bila masa depa nak..haha..itu yang best sape yang dah dapat mencapai tahap blogger sepenuh masa.
So adakah blogger adalah pekerja? Erm..mereka bekerja untuk diri sendiri..so dikira bekerja la kan? Macam kawan kita ni, dari seorang engineer tak silap aku, memutuskan untuk buat full time blogging..mesti gila korang kata kan? Dah dapat keje..tapi gile apa duk umah buat blog je..
Aku taktau lagi bila la leh mencapai tahap sebegitu..tapi takpe la yang penting masing-masing ada matlamat dan arah tuju untuk dicapai.
Apa pun Selamat Hari Pekerja! Tak kira la anda boss ke, tukang sapu, pencuci tandas, pegawai kerajaan, ketua pengarah, pengawal peribadi, pengawal keselamatan,penjual air tebu, penggali kubur atau sebagainya…
Popularity: 1% [?]
Related posts:
bukan gila.. cuma nak concerntrate lebih je sikit.. anyway duk rumah hari2 mmg best… he he..
aku belum lagi gile sampai ke arah tu lagi..matlamat belum tercapai..hehe
selamat hari pekerja 2010… semoga kesejahteraan para pekerja dapat ditingkatkan..