Entri kali ini ada kena mengena dengan kes blog aku yang siang tadi kena malware. Aku masuk guna Google Chrome, dan browser detect ada malware dan begitu juga rakan-rakan aku yang lain yang mereka dapat tahu ada virus jika masuk ke web aku. So aku pada mulanya memang tak tahu nak buat apa, tapi masalah sebegini memang lumrah terjadi kat blogger yang ada hosting sendiri.
Jika ada blog korang yang terkena Trojan,atau Iframe injection dan biasanya kalau kena Iframe homepage korang takkan keluar dan ada kod dalam directory korang tu hidden yang diinsertkan. So secara tak langsung, homepage korang takkan dapat view di browser dan keluar error. Cara paling baik untuk atasi masalah tersebut adalah dengan buat backup dan install semula di hosting yang lain atau hosting yang asal.
Ok, kat sini aku tunjukkan stepnya secara ringkas dan harap korang fahamkan ye
1.Mula-mula korang pegi kat cpanel blog korang dan pegi ke menu backup
2.Kemudian cari database dimana blog anda disimpan. Jika anda menyimpan banyak blog dalam satu hosting, sila ikut tips yang saya berikan ini ya.
3.Pergi ke cpanel anda semula dan klik pada menu PhpMyAdmin untuk mengenalpasti yang mana satukan blog anda yang terkena infection.
4.Pilih satu persatu database tersebut dan klik pada wp-option untuk melihat keterangan blog anda yang diinstall di directory database berkenaan.
5.Jika betul, pilih directory tersebut dan ulang langkah 1 tadi.
6.Save kan database anda itu di dalam satu folder khas.
7.Dengan menggunakan FTP software, download file plugins,wp-includes,themes dan juga file .htaccess anda.
8.Jika dah selesai, kembali pada menu cpanel anda dan pilih option Fantastico serta remove wordpress installation bagi blog anda itu.
9.Setelah anda berjaya delete kesemua database tersebut. Install semula wordpress di domain berkenaan dengan menggunakan Fantastico semula.
10.Kemudian, kembali di PhpMyAdmin anda dan klik pada Import.
11.Pilih database anda yang telah anda save tadi dan klik butang Go.
12.Setelah berjaya, kembali semula ke wp-admin anda dan lihat pada Dashboard anda…kesemua page dan juga komen-komen blog anda masih ada di blog berkenaan dan juga post yang dah beratus-ratus tu..
13.Akhir sekali, uploadkan kesemua file tadi iaitu plugins,wp-includes,serta theme file tadi dan activate kan semula theme anda itu.
14.View blog anda dan rasanya ok dah…
Diharapkan post ini dapat membantu serba sedikit korang yang tak tahu nak buat apa kalau blog korang tu ada masalah seperti masuk virus atau sebagainya..jangan lupa buat backup selalu, kalau tak..menangis tak berlagu nanti..hehee.
Popularity: 1% [?]
Related posts:

Wah..good info…thanks bos…
salam, terima kasih, atas perkongsian info ini.. takut juga saya kalau lambat back up nanti kena hack…
thank sebab sharing. Love this article.