Ok, kali ini aku akan tunjukkan secara jelas step by step bagaimana nak install blog dot com korang selepas selesai membeli domain dan hosting dari syarikat yang korang gemar. Syarikat yang aku paling gemar di sini untuk hosting adalah Hostgator ataupun Justhost yang mana harganya bagi aku amat murah dan sesuai untuk korang yang nak berblogging sepuasnya..
Takde ke hosting Malaysia yang murah? Ada banyak sebenarnya..sebelum ini aku pernah ceritakan tentang Tips Beli Hosting untuk korang yang nak berblog menggunakan domain sendiri.
Berbalik kepada tajuk asal kita ni, cara install blog anda melalui cpanel adalah seperti berikut
1.Mula-mula sekali adalah anda perlu Add Domain anda di hosting anda. Jika masa beli hosting tu dapat free domain, tak payah risau, sebab company tu dah setelkan.Tapi jika korang beli dari Namecheap atau Godaddy, pastikan korang dapatkan Nameserver hosting anda dan redirect ke Nameserver hosting anda. Contoh adalah seperti ini:
2.Ini adalah ruangan di mana korang boleh access ke domain nameserver (DNS) anda dan tukarkan direction domain itu.Setelah selesai, klik Add On Domains di Cpanel seperti dibawah.

3.Masukkan nama domain anda tadi, masukkan hanya domainanda.com dan tidak perlu http atau www untuk memasukkan nama domain itu.Kemudian click Add Domain.Domain anda akan automatik dimasukkan di hosting anda dan satu directory baru akan terhasil di FTP anda nanti.
4.Kemudian klik Home dan masuk ke Fantastico pula dan anda akan dapat page seperti ini.
5.Klik pada WordPress dan kemudian klik pada New Installation.Terpapar di situ versi WordPress yang terkini di dalam Fantastico anda. Biasanya pihak hosting akan update versi WordPress ini dari semasa ke semasa, anda hanya perlu tekan Update sahaja nanti.
6.Seterusnya paparan seperti ini akan terhasil,Pada ruangan install on domain tu, Fantastico akan senaraikan nama domain yang anda ada jika anda mempunyai lebih dari satu domain. Pilih je yang mana satu.
7.Install in directory pula bermaksud,anda boleh install blog anda di directory seperti blog/blogaku/rakanku/kedai dan sebagainya. Hasilnya nanti,blog anda akan menjadi sebegini http://domainanda.com/blog.Kalau taknak, biarkan kosong.
8.Admin access data merupakan data untuk anda login nanti, dalam tutorial ini, aku akan tunjukkan untuk install di directory yang lain.Setelah selesai semua,klik Install WordPress
9.Akhir sekali, klik Finish Installation
10.Paparan seperti dibawah akan terhasil dan pastikan anda salin atau anda boleh emailkan login id dan password anda untuk anda save pada email anda.
11.Pada paparan itu juga anda akan dapat lihat, url untuk anda login iaitu http://domainanda.com/wp-admin, pastikan anda login ke Dashboard blog anda dengan menggunakan url tersebut, walau seberapa banyak blog yang anda hasilkan..cuma kalau anda install directory seperti saya, ianya akan jadi begini http://domainanda.com/blog/wp-admin
Tahniah! Anda sudahpun mempunyai sebuah blog dot com sendiri dan cari la theme-theme yang best atau upah ke Wordpres Theme Designer yang best-best kat luar sana untuk menjadikan blog anda unik..hehe..kalau suka, sebarkan url ini dengan segera!hahaha..
Kalau rasanya nak penerangan dan juga banyak bonus-bonus yang lagi best..korang leh dapatkan produk yang amat best ini di sini
p/s:Erm..teringin rasanya nak design custom theme untuk reezluv.com dari dulu lagi..masa masih mencemburuiku nampaknya..adoi la..
Related posts:











Pingback: Reezluv.com-Blog,Blogging,Blogger » Blog Archive » Tak Kenal Maka Tak Cinta
salam bro.
ini mmg terbaik dari ladang lah..details giler…thanks bro..
Detail giler,kalau blogger baru still x boleh ikut gak..tak tau lah..