Pada post kali ini mungkin agak menarik bagi korang yang ingin menubuhkan online bisnes korang yang tersendiri dengan kos yang amat rendah atau sebagaiannya adalah PERCUMA..post kali ini agak panjang, so harap sabar membacanya ok?
Kita mulakan dengan langkah pertama iaitu memilih apakah bisnes yang ingin dijalankan. Pada post ini aku akan guide korang cara nak buat bisnes online jika korang ada produk sendiri atau korang mempunyai barang atau servis untuk dipasarkan diinternet.
Baiklah, kita mulakan dengan tools-tools yang korang perlu ada untuk memulakan bisnes online ini secara ringkas:
1.Komputer dengan sambungan internet.
2.Email account (berbayar atau percuma)
3.Kamera digital (untuk menangkap gambar produk)
Apa langkah seterusnya? Sebagai contoh, jika anda mempunyai produk seperti Tudung, Setem, Kek atau apa sahaja yang anda rasakan amat sesuai untuk dihantar secara fizikal ataupun online. Aku hanya akan terangkan produk berupa fizikal sahaja di post kali ini.
Langkah seterusnya yang anda kena buat adalah setup satu blog, sama ada berbayar ataupun free seperti Blogger.com
Tips:Gunakan nama produk anda sebagai nama blog anda (kuihonline.com/kuihonline.blogspot.com dsbnya).
Pilih template blog anda yang anda rasakan cantik dan tidak hanya stick pada template yang asal untuk tampak lebih menarik. Kemudian masukkan gambar produk anda dengan jelas supaya pembeli minat untuk membeli dan dapat lihat produk anda dengan lebih jelas.
Antara perkara yang anda boleh letakkan di sidebar blog anda adalah seperti :
1.Nama anda
2.Nama Syarikat (jika ada)
3.Sedikit latar belakang bisnes anda
4.No telefon untuk dihubungi
Amaran:Untuk mengelak email anda dari di SPAM oleh spambot yang harvest email anda diinternet, jangan letakkan alamat email anda di page anda itu, saya ada satu rahsia besar yang membuatkan anda tidak perlu meletakkan email anda di blog anda untuk pesanan.
Sebelum terlupa, daftarkan juga akaun email dengan nama bisnes anda kerana anda bakal memeriksa pesanan dari email yang berkenaan.Pastikan anda ingat password dan username anda untuk email tersebut kerana nanti anda yang rugi..hehe..
Baiklah, cukup info setakat ini, kita berjumpa pula di post ke dua nanti ye..teruskan membaca…
Popularity: 8% [?]
Related posts:


jgn letak emel?? apa rahsia besar tu.. aku mmg dah berlambak kena spam emel ni… bukan setakat emel, sms nak supply mcm2 pun dah makin banyak. Diaorang cas aku tokey besor giler je
hehe..aku dah lama tak dapat spam2 ni..ada la satu dua je.tak le berkepul masuk..sms pun takde..ada la tips nya..takla besar mana rahsianya..:P