Ok setelah habis part pertama iaitu untuk cara setup bisnes online di rumah, kini mari kita teruskan dengan part kedua plak. Kalau korang dah khatam bab satu tu, bolehlah pegi ke step dua ni. Bagi yang dah tau setup blog tu, memang takde masalah kan?
Setelah korang ada email,dan juga blog (berbayar atau percuma) apa yang perlu korang buat adalah menetapkan kategori-kategori produk anda. Jika produk anda tiada kategori, abaikan. Contoh kategori yang boleh korang buat adalah seperti jika produk korang hanya untuk wanita seperti tudung..kategorikan blogpost korang tu seperti dalam kategori warna berbeza, atau jenis atau mungkin jenamanya. Ini bagi memudahkan pembeli memilih kategori yang mereka minat di samping mudah bagi pembeli untuk mendapatkan barangan anda secara teratur.
Apabila selesai, pastikan korang telah melakukan kajian tentang kos penghantaran yang perlu di ambil kira. Antara kos yang perlu di ambil kira adalah seperti berikut:
Kos Barang
-iaitu kos satu barang anda.Jika anda boleh reducekan serendah mungkin, mungkin anda dapat mengaut keuntungan yang lebih. Jika anda boleh mencari supplier yang boleh menawarkan harga yang amat rendah kepada anda, sudah tentu berita gembira bagi anda bukan?
Kos Penghantaran
-kos ini juga penting bagi mengira untung dan ruginya perniagaan anda. Anda boleh memasukkan sekali kos penghantaran ke dalam harga sebenar barang anda atau pun anda split kan keduanya. Contoh adalah seperti berikut:
Barang A – Price-RM40.00 + Rm10.00 (Kos penghantaran)
Total – RM50.00
*Penghantaran adalah melalui Pos Laju
Itu merupakan contoh description yang anda boleh buat untuk kos penghantaran bagi kesemua barang anda itu. Pastikan anda jelaskan kepada pembeli supaya anda tidak menerima sms dan juga email yang banyak hanya untuk menanyakan kos penghantaran yang terlibat.
Sebelum terlupa, anda harus juga meletakan logo-logo bank anda support seperti Maybank,CIMB atau Paypal untuk memudahkan urusan bayaran.Jika anda ingin mendapatkan logo-logo tersebut dengan mudah, dapatkannya di sini Vectorism. Jangan lupa juga memasukkan logo kurier penghantaran anda supaya nampak lebih menarik dan lebih professional seperti logo Pos Malaysia, Logo Pos Laju, Logo Pos Ekspress, Fedex,DHL dan sebagainya jika anda menawarkan penghantaran sedemikian
Setelah anda menetapkan kos penghantaran dan telah mempunyai barang yang mahu dijual, apa seterusnya pula?
Deskripsi barang dan juga tajuk post anda…
Ya.penerangan tentang produk anda perlulah baik dan tidak berbunga-bunga sangat kata orang..hehe..sebab? Orang datang ke produk anda sebab nak beli barang, dan bukannya nak membaca..tak gitu? Cuba bandingkan penerangan tentang produk anda seperti dibawah:
1.Kuih Batang Buruk Untuk Dijual
-pek 10 batang, RM10 + penghantaran, sms atau email ke………..
atau seperti ini?
2.Ingin Dapatkan Kuih Batang Buruk Paling Sedap Di Dunia?
-Anda mampu dapatkannya di blog batangburuk.com dengan harga yang amat murah iaitu RM10 dan penghantarannya PERCUMA!!!
-Bayangkan rakan anda meliur melihat anda makan kuih batang buruk paling sedap ini. AMAT MENYELERAKAN!!
-Klik Di Sini Untuk MENDAPATKANNYA!! (link kan ke email atau contact form/order form anda)
Tentu anda dapat bezakan apakah elemen yang dapat menarik perhatian pembaca untuk membeli. Headline yang ‘Hype’ atau ‘catchy amat penting bagi menarik perhatian pembeli dan menimbulkan tanda tanya..benarkah kenyataan itu, dan terus membelinya untuk mencuba sendiri…
Untuk post seterusnya kita akan menyelongkar tentang cara untuk mendapatkan sales dengan teknik pemasaran percuma serta cara untuk handle order dengan lebih berkesan dan selamat. Bookmark blog ini atau subscribe melalui banner di sebelah kanan blog ini ya.’
Related posts:
Apa ni… entry sikit2… saja buat saspen aku nak baca!
uish.. aku tengok panjang gak entry post ni. Apsal aku rasa sikit..
rilek la bro..kalau panjang sangat kang, takut overload plak..rilek..pelan2..