Gitu lah perumpamaannya..tak kenal maka tak cinta..apa ke benda tu? Maksud aku adalah dalam konteks blogging…sape yang kenal blog tu ape..memang akan jatuh cinta padanya..begitulah pada aku adanya..hehe..Ok, pada entri kali ni aku akan kenalkan kat korang sorang awek bernama blog..jom sama-sama kita kenalan ye dengan lebih mendalam lagi apa tu blog sebenarnya.
Dari segi definisi sebenarnya korang boleh la rujuk di Wikipedia yang mana korang leh dapatkan info secara lanjut dan sejelas-jelasnya tentang blog. Kalau nak cite tentang sejarah dan lain-lain tu memang akan jadi sebuah ebook jadinya kalau nak diceritakan. Kat sini aku hanya akan terangkan perkara-perkara yang jarang diterangkan…terutamanya kat Wikipedia tuh..
Kalau korang baca apa yang Wikipedia tu definisikan korang dapat gambaran serba sedikit tentang apa itu blog..masih ingat lagi aku pada masa aku form 1…blog tu orang selalu cakap..”Ala..blog ni macam diari..orang tulis isi hati dan cerita macam diari tu…”
Memang pada mulanya ianya lebih berbentuk sedemikian..tapi lama kelamaan, ianya menjadi satu trend dimana ada yang kongsikan hanya topik-topik tertentu sahaja seperti graphic design,web design,technology, travel dan sebagainya..Akhirnya blogging ini telah berjaya menghasilkan satu lagi budaya baru..iaitu membaca blog…Sayang sekali kita di Malaysia agak lambat untuk mengetahui akan kelebihan blog ini. Tapi sejak pilihanraya yang lalu, baru lah kerajaan amat sedar akan perkara ini sedangkan kita sebenarnya dah jauh sangat kebelakangan dalam bidang blogging ini. Cuma sekarang ini muncul ramai blogger-blogger dari tanah air yang amat popular mengikut niche mereka sendiri..
Ada yang minat nak tulis tentang politik..heran gak kekadang tu ahli politik ni sanggup buat apa sahaja sebab tak nak ketinggalan kan? ehehe..kekadang tu memang takde masa pun nak tulis blog, tapi still nak ada blog..pastu kasi orang lain update..sebab masa penuh dengan mesyuarat..bak kata sorang YB yang aku penah tengok kat internet tentang komennya tentang blog masa sebelum pilihan raya..kalau YB tulis blog, kerja di luar tu sapa nak buat? Sambil tersenyum sinis beliau menjawab…maka dengan sinisnya aku tersenyum dan berkata dalam hati..”Zaman IT skang ni dalam tandas pun boleh publish blog…camne le YB ni leh taktau, sedangkan salah sorang menteri kabinet..” bukannya aku tak puas hati dengan keadaan sekarang, tapi aku agak terasa bila ada yang berkata blogger ni kurang ajar dan takde adab dan macam-macam lagi sedangkan blogger di luar sana tu dihormati dan juga disegani disebabkan penulisannya…
haha..cerita plak pasal politik ye?
Ok, berbalik kepada cerita blog…apa itu blog? dan macam mana nak jadi blogger? Ada orang anggap jadi blogger ni senang je..ala.buat je kat blogspot…kan ke senang..yep..memang senang..kadang-kadang, kita tak tau sangat apa kita cakap tu betul ke tak…hehe..ada yang nak blog dot com juga..tapi disebabkan pengetahuan nak buat tu takde..outsource kan kerja tu dan bila dah siap, tak tau nak handle…erm..susah nak tolong camtu..seeloknya adalah seorang blogger yang nak masuk ke dunia blogging ni paling tidak kena tau la antara basic html dan juga css kalau nak masuk dalam area WordPress Blog ini..kalau korang tak caya cuba korang ushar link yang aku kasi tu dan pahamkan betul-betul. Kalau satu pun korang tak reti atau tak amek peduli nak tahu perkara tersebut…pakai je la blogspot tu….belajar la dari situ..masa aku mula blogging dulu pun aku mula dari situ..lepas 3 tahun baru la aku ada blog dot com sendiri…
Antara elemen-elemen blog yang korang kena tau adalah seperti kat bawah ni:
Dashboard
-bukan dashboard kereta ye..hehe..dashboard ni merupakan ruangan hadapan antara muka bagi keseluruhan page untuk WordPress blog anda, tak kira la nak letak link baru ke,post baru ke..
Sidebar
-setiap blog confirm akan ada sidebar..kat sini la korang leh letak memacam kod html/javascript tu macam kat blog ni..kedudukannya adalah pada sebelah kanan atau kiri blog
Header dan Footer
-macam website biasa gak..header adalah ruangan paling atas iaitu ada gambar yang leh menarik pembaca dan footer lebih kepada credit kepada designer theme berkenaan atau kepada blogger berkenaan.
Content Area
-content area adalah tempat dimana korang letakkan post korang sama ada di tengah-tengah, kiri atau kanan blog korang..terpulang la korang nak pilih theme yang mana satu menjadi pilihan hati..tak gitu?
Blog dot com juga mempunyai hosting dan juga domain name..aku tak nak cite panjang kat sini..korang leh tengok post ini untuk tahu lebih lanjut lagi.Paling penting adalah blog korang, seumpama rumah korang..kalau korang ada rumah, tapi jarang-jarang ada kat umah tu..hehe..serangga perosak senang masuk dan rosakkan rumah korang kan? Ha..tanggungjawab korang la kena bersihkan dan beli insuran siap-siap atau simpan kat dalam bank kalau nak selamat..hehe
